.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, July 19, 2013

Sedia Untuk Berjaya!


Semacam ada satu fenomena sekarang, dimana saya lihat ramai yang datang bekerja seolah-olah mereka terpaksa. Nampak benar tekanan di wajah-wajah mereka. Bila buat kerja itu, saya lihat ramai yang just getting by. Tidak ramai yang mahu beri yang terbaik. Jarang yang mahu berfikir  bagaimana mahu meningkatkan kualiti kerja masing-masing walau organisasi mereka menyediakan berbagai prasarana ke arah itu.

Tidak dinafikan ramai yang menjadikan niat untuk naik pangkat walaupun tempat untuk kenaikan pangkat itu tidak disukai mereka. Itu saya dengar sendiri dari seorang pemimpin korporat baru-baru ini. Sebab itu, office politics berleluasa. Masing-masing berusaha untuk menduduki kedudukan yang cukup terhad. Sudahnya, pasti lebih ramai yang frust berbanding yang happy.

Kenapa ini terjadi? Kalau ikut kata seorang sahabat, “Ahh biasa lah. Orang makan gaji memang macam tu mentality mereka. Tujuan datang kerja nak cari duit jer. Dia orang tak nampak benda lain”. Bunyi kata sahabat ini mungkin agak keras tetapi tidak disangkal ada kebenarannya.

Perkara ini yang telah saya renungi dan cuba cari jalan bagaimana menanganinya untuk beberapa bulan yang lepas. Berdasarkan perbincangan dengan sahabat, pengalaman yang diperolehi dari memfasilitator beberapa program dan bacaan dari beberapa buku benar-benar membuka fikiran saya untuk menangani isu ini. Satu pendekatan  mudah dan praktikal telah saya temui.

Kekadang saya terfikir, mungkin ada mereka diluar sana merasakan pendekatan ini semacam mudah sahaja tetapi harus saya tekankan di sini, untuk sampai kepada pendekatan ini, saya perlu melakukan banyak revision. Nampak simple tapi tak simple. Never ever let the simplicity of these ideas to deceive you. Bak kata Leonardo da Vinci, “Simplicity is the ultimate sophistication”.

Pendekatan yang saya maksudkan disini sebenarnya banyak dipengaruhi dari apa yang saya lihat dalam beberapa syarikat besar dunia seperti Google, Facebook, Apple, Cirque du Soleil dan lain-lain lagi. Saya lihat satu perkara yang wujud di kalangan syarikat ini ialah syarikat ini telah berjaya membina satu environment yang membenarkan anggota kerja mereka membina satu kompetensi yang benar-benar mereka mahukan dalam skop tugas mereka.

Mereka bukan sahaja menyediakan satu proses bagi mencapai maksud diatas tetapi juga mempengaruhi cara pandang anggota kerja mereka terhadap skop tugas mereka. Bila ini dilakukan, itu sebab mengapa kita lihat syarikat-syarikat ini mampu mengeluarkan hasil yang di luar dugaan. Memang dasar manusia, bila mereka ketemukan makna mengapa mereka melaksanakan sesuatu itu, mereka dengan sendirinya akan menjadi luar biasa! Itu lumrah.


Apa yang saya temui ini telah saya susun dalam satu modul yang saya namakan ‘Sedia Untuk Berjaya’. Modul ini telah saya susun sedemikian rupa agar ianya boleh dilaksanakan dalam masa 1 hari, 2 hari atau 3 hari. Of course, lagi panjang tempoh program ini, lagi banyak input yang disampaikan. Dari pandangan yang saya dengar, ramai yang mengatakan kandungan program ini amat relevan dengan tugas mereka. Mereka suka dengan cara penyampaiannya yang tidak membosankan.

Bagi saya pula, apa yang ada dalam modul ini sebenarnya merupakan jalan-jalan yang telah saya sendiri lalui dan hasilnya terbitlah Program Produktiviti Bersepadu 3K (PPB3K) itu. I know it works! Untuk itu, saya jemput tuan puan untuk melabur dalam program ini untuk anggota kerja organisasi tuan puan. You will never regret, Insyallah.

No comments:

Post a Comment