.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, July 24, 2013

Stick Person Revisited - Part 1



Rasanya dah beratus kali saya share idea stick person ini dengan orang lain. Boleh dikatakan setiap kali saya facilitate sebarang program, stick person pasti akan menjadi tunggak kepada message yang saya kongsikan. Entah kenapa, tiba-tiba pagi ini saya tertanya pada diri saya sendiri mengenai soalan berikut ...

Adakah stick person ini memberi sebarang makna kepada mereka dan juga kepada diri saya sendiri? Adakah mereka dan saya melihat stick person hanya semata-mata sebagai satu teori untuk menerangkan konsep kenal diri? Atau mampukah mereka dan saya menggunakan stick person ini sebagai satu pendekatan untuk meningkatkan kualiti diri? Bagaimana cara pandang mereka dan saya kepada stick person ini?

Ini antara persoalan asas tetapi pokok yang mesti saya ketahui penjelasannya. Bagaimana konsep stick person ini menjadi signifikan kepada hidup ini yang mahu saya perjelaskan disini.

Bila saya berjalan dalam mana-mana organisasi, ramai yang sudah mulai tahu tentang dimensi diri iaitu ...

Spiritual - kuasa membuat pilihan
Intelektual - kuasa untuk menganalisa dan merancang
Emosional - kuasa untuk merasai
Fizikal - kuasa untuk membuat tindakan


Mereka sedar akan kepentingan memberi perhatian kepada dimensi diri ini dalam membangunkan seseorang individu itu. Kenapa ianya penting? Ini penting bagi memastikan perlaksanaan sebarang aktiviti bagi mencapai sebarang matlamat organisasi itu dilaksanakan dengan seoptima mungkin. After all, siapa yang kita nak harapkan untuk melaksanakan ini semua jika bukan manusia itu sendiri?

Tetapi saya lihat mereka ini umpama orang yang sedang teraba-teraba dalam kegelapan. Kenapa? Bagaimana mereka boleh menangani dimensi diri ini bilamana mereka tidak tahu apakah peranan setiap dimensi diri ini dan kaitan setiap dimensi ini dalam menghasilkan sebarang hasil? Cerita pasal peranan setiap dimensi diri dan bagaimana setiap dimensi diri ini saling berkaitan akan mudah diceritakan bila kita ada satu rajah bagi mengambarkan dimensi diri ini. Disitulah peranan stick person ini!

Stick person memaparkan dengan jelas kepada kita bahawa keempat-empat dimensi ini perlu dibangunkan. Tanpa gambar mengenai dimensi diri seperti konsep stick person ini, kita akan hanya mampu untuk nampak bahagian fizikal sahaja. Disebabkan kita nampak bahagian fizikal sahaja, sudahnya usaha kita banyak tertumpu kepada bahagian fizikal. Bahagian yang tidak nampak itu (intelektual, emosional dan spiritual) akan mudah kita abaikan kerana kita tidak nampak!

Bila ini berlaku, itulah mengapa ramai dari kita manusia melihat manusia lain hanya sebagai objek (fizikal) tetapi tidak mampu melihat manusia sebagai manusia. Kita melihat manusia sebagai manusia bila kita mulai menghargai manusia lain itu punya fikirannya sendiri (intelektual), perasaannya sendiri (emosional), pilihannya sendiri (spiritual) dan tindakannya sendiri (fizikal). Kita mulai melihat manusia secara menyeluruh (holistic).


Satu persoalan, apakah masalahnya kita melihat manusia sebagai objek? Masalah yang timbul bila kita melihat sebarang perkara atas dunia ini sebagai objek ialah samada kita sedar atau tidak, kita akan sentiasa tanyakan pada diri samada objek tersebut boleh digunakan untuk mencapai hajat kita atau samada objek tersebut akan menjadi penghalang kepada hajat kita. Dalam kata lain kita melihat sebarang objek itu sebagai relevan kepada kita atau sebaliknya. Dan itulah yang sebenarnya terjadi kepada banyak perhubungan antara manusia ketika ini bila kita melihat manusia lain sebagai objek!

Itulah mengapa disana sini kita dapat lihat banyak isu mengenai keruntuhan nilai manusia. Peperangan, perlanggaran hak asasi manusia dan ketidakupayaan membina ‘excellence’ dalam sebarang organisasi merupakan antara contoh akibat daripada cara pandang sebegini.


Sebaliknya, bila kita mulai melihat manusia sebagai manusia, yakni mulai saling menghargai fikiran, perasaan, pilihan dan tindakan antara kita, bukankan jelas isu keruntuhan nilai manusia ini boleh kita elakkan? Fikirkan …  

No comments:

Post a Comment