.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, July 24, 2013

Stick Person Revisited - Part 2


Sudahnya bila seseorang itu mulai jelas akan konsep stick person ini, kenapa beliau tidak juga mampu berubah?

Untuk menjawab soalan ini mudah sahaja. Apa yang kita pelajari dari konsep stick person ini semata-mata teori. Untuk mendapat kesan dari sebarang teori itu, kita perlu amal. Itulah kekuatan amal. Amal mampu menukarkan sebarang apa yang kita tahu (theory) kepada pengalaman (wisdom).

Kita mengamalkan konsep stick person ini dengan berusaha untuk meningkatkan nilai setiap dimensi diri ini. Rancang dan usaha apa yang perlu ditingkatkan untuk setiap dimensi ini. Jika itu yang kita lakukan, pasti kita mulai merasai kehebatan diri. Rajah stick person akan memberi gambaran samada peningkatan ini berlaku atau sebaliknya.


Walaubagaimanapun kita harus sedar mengenai satu perkara mengenai amal ini. Berdasarkan kepada rajah ‘Value-Rich Cycle di atas, amal (action) yang tidak disertakan dengan keyakinan (belief) yang kukuh (certainty) akan membawa satu jenis amal (action) yang tidak menghasilkan hasil (results) yang diingini walau kita berusaha berkali-kali. Ini soal mindset, soal bagaimana kita melihat sesuatu perkara itu. Mindset yang positif membawa hasil yang positif. Mindset yang negatif bawa hasil yang negatif.

Sebagai contoh, katakanlah kita mahu melaksanakan satu perubahan dalam organisasi. Jika pada mulanya kita tidak mempunyai keyakinan yang kukuh bahawa usaha itu akan berjaya, kita usahalah macam mana sekalipun atau kita beritahulah kepada penggerak perubahan itu bahawa mereka punya potensi yang tinggi bagi menghasilkan hasil yang diingini, kemungkinan besar hasil itu tidak akan diprolehi.

Pembinaan mindset yang positif dicapai melalui satu bentuk susulan yang sistematik dan berterusan terhadap apa yang kita mahu capai. Tanpa susulan yang bentuknya bersistematik dan berterusan, pasti akan menjemput kecundang. Inilah ‘support system’ yang amat diperlukan.

Sehingga kini, saya belum berjumpa jenis ‘support system’ lain selain apa yang dinyatakan di atas yang benar-benar berkesan. Jika ada jenis ‘support system’ lain yang sifatnya lebih cepat dan berkesan, pasti individu yang menemui pendekatan ini akan menjadi antara manusia terkaya atas mukabumi ini! 

Satu kaedah yang praktikal untuk memudahkan kita meningkatkan nilai dimensi diri ini ialah dengan menetapkan matlamat untuk diri. Bila kita punya matlamat, dengan sendirinya setiap dimensi diri ini akan digunapakai bagi mencapai matlamat tersebut. Semestinya dengan adanya konsep stick person, kita boleh memantau kemajuan dalam pencapaian matlamat itu dengan lebih jelas.

Sepertinya kita membasuh kain, bukan sahaja kain itu bersih tetapi lantai dimana kita membasuh kain itu pun akan turut bersih. Begitulah bilamana kita berusaha mencapai matlamat, bukan sahaja matlamat itu akan tercapai malah nilai setiap dimensi diri ini juga akan turut meningkat.

Jika kita gagal melaksanakan syor di atas, saya fikir itu sebab mereka tidak akan merasakan wisdom dari konsep stick person ini. Sudahnya teori tinggal teori. Orang yang tidak amalkan ini semua sebenarnya keadaannya lebih teruk dari sebelum dia tahu mengenai konsep stick person ini. Kenapa? Akan timbul satu perasaan gelisah dalam diri mereka kerana mereka sedar akan siapa diri mereka sebenarnya tetapi mereka juga tahu mereka belum lagi menggunakan diri seoptima mungkin. Mana saya tahu? Satu masa saya pernah merasai ini semua. Sakit!!! Fikirkan …


Itulah mengapa dalam setiap penerangan saya mengenai konsep stick person ini, saya sentiasa sudahi dengan satu quote, ‘Cerita stick person ini mudah tetapi ramai yang tidak mengetahuinya’. Tuan puan, adakah cerita saya mengenai konsep stick person ini make sense to you. If you want to know more, contact me. Akan saya terangkan konsep stick person ini dalam satu pendekatan yang cukup interesting! Ikhlas dari, www.miorazli.com (019-2245-079)

No comments:

Post a Comment