.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, July 7, 2013

TNB Distribution, Negeri Sembilan


Rabu lepas, saya lunch bersama Bro Kamal (Pengurus Besar TNB Distribution Negeri Sembilan) di Restoran Nelayan, Seremban bersama-sama dengan pengurusan tertinggi Bahagian Pembahagian Negeri Sembilan. Mmmm Restoran ini simple je. Tapi masakannya memang class. Masak pure Melayu. Macam rasa makan kat kampung je. Saya strongly suggest restoran ini.

Balik cerita pasal Bro Kamal ini. Saya tertarik dengan kata pertama beliau semasa lunch itu iaitu mengenai hasrat utama beliau ialah untuk membina sebanyak leaders yang mungkin dalam organisasi beliau.  Memang leaders yang sebeginilah yang mahu saya bekerjasama.  Mudah lagi kerja saya. Kenapa?

Kita membina leaders sebab kita faham bahawa leaders mengutamakan soal efektif dalam melaksana sesuatu tugas. Efektif disini bermakna kita perlu jelas terlebih dahulu apa tujuan akhir yang mahu kita capai dalam sesuatu tugas itu. Tak guna kita menjadi efisien (berkaitan dengan kesempurnaan melaksanakan sesuatu tugas) jika kita tidak efektif terlebih dahulu.

Anologi efektif dan efisien ini ialah seperti katakan kita pergi ke Johor Bharu dan kita ingin menziarahi seorang sahabat. Namun katakan kita tidak tahu dimana duduknhya beliau. Yang ada di tangan kita hanyalah alamat beliau. Katakan juga kita singgah di setesen minyak dan kita beli satu peta. Peta yang kita beli itu bukannya peta Johor Bharu tetapi kita terbeli peta Pulau Pinang.

Bayangkan jika berpandukan peta yang silap ini untuk mencari rumah kawan kita itu (soal efektif), walau macam mana baik usahanya kita (soal efisien), pasti kita tidak akan tetap sesat. Itulah sebab mengapa kita perlu efektif dahulu sebelum kita menjadi efisien.

Satu renungan, jika kita efektif, mudah kita untuk kekal efisien. Jika mulanya kita efisien tetapi tidak efektif, satu masa kita akan bertanya pada diri kita sendiri apa yang kita sebokkan dan sudahnya keefisiensi kita merudum. Fikirkan ...

Komitmen Bro Kamal terhadap usaha membina leaders ini memang bukan hanya di mulut saja. Buktinya? Semasa saya melaksanakan penerangan Business Model Canvas dalam perhimpunan bulanan untuk anggota kerja TNB Negeri Sembilan  di sebelah paginya, saya lihat Bro Kamal turut serta dalam majlis tersebut. Malah beliau telah mengatakan kepada hadirin semua bahawa beliau turut belajar dari apa yang telah saya sampaikan.

Inilah ciri-ciri pemimpin yang amat saya pandang. Beliau mempunyai nilai pemimpin hebat iaitu beliau participate, ikhlas, humble dan berani. Dan saya kira, Bro Kamal amat beruntung kerana mempunyai orang-orang kanan yang setia dan komited. Mmmm … saya tak hairan, dalam sedikit masa nanti, kita akan mendengar berita kemajuan dan pencapaian dari organisasi ini. Mark my words!  


Cerita seterusnya? Distribution Negeri Sembilan telah meminta saya untuk mengolah satu program bagi menggerakkan organisasi mereka menuju ke matlamat mereka. Walau saya tahu saya punya masa yang cukup terhad, tetapi saya pasti tidak akan melepaskan peluang ini kerana bagi saya, selagi para leaders sesuatu organisasi itu benar-benar focus dalam hal ini, kejayaan yang mahu dicapai itu akan lebih mudah dicapai.

This is fun!  :)

No comments:

Post a Comment