.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, August 27, 2013

Adakah Matlamat Aku sekadar Bayang-Bayang Ilusi?


Untuk menetapkan matlamat hidup itu satu perkara penting. Namun setakat menetapkan matlamat tetapi tidak benar-benar berusaha untuk mencapainya merupakan satu perkara yang perlu kita beri perhatian.

Kenapa ini terjadi? Terjadinya perkara sebegini kerana dalam banyak perkara fikiran kita banyak tertumpu kepada jurang besar antara dimana kita sekarang dan matlamat itu sendiri. Fikiran jadi terlalu ‘overwhelmed’ dengan jurang besar ini. Sebab fikiran kita pandai, sudahnya fikiran akan cuba mencari ‘escape route’ bagi mengelak terjebak dalam jurang besar itu.

Itulah yang terjadi pada ramai antara kita.

Jika itulah ‘mindset’ kita dalam berusaha mencapai matlamat, usahalah macam mana sekalipun, kemunginan besar usaha itu tidak kemana-kemana. Hanya ‘going in circle’. Kita jadi letih sebab kita tidak nampak progress dalam usaha mencapai matlamat itu.

Bila ini terjadi, sekali lagi, disebabkan fikiran kita pandai, fikiran akan cuba mencari satu lagi ‘escape route’. Kali ini, kita akan mula mencari reasons mengapa matlamat itu tidak baik untuk kita. Akibatnya kita mula blame sana sini. Kita menipu diri sendiri.

Adakah kita sedar kewujudan hal-hal ini dalam kehidupan kita? Kemungkinan, jika kita benar-benar mahu melaksanakan perubahan dalam hidup, perkara ini perlu kita tangani.

Jika tidak matlamat kita sudahnya hanya merupakan satu Bayang Bayang Ilusi. Pengalaman cerita di atas senang digambarkan melalui lagu dibawah ini. Renungkan …


Moga kita dapat mengambil iktibar dari cerita di atas. Ameen.   

1 comment:

  1. Its a great song...really awake me about what should I do to attain my goals. ...thanks bro..

    ReplyDelete