.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, August 3, 2013

Niat Hidup Aku


Sempena Ramadhan ini, saya ambil kesempatan untuk menyusun kata-kata dibawah ini bagi merenung kembali makna hidup ini dan apakah niat hidup seterusnya.

Dalam keadaan dunia yang penuh dengan muslihat dan keruntuhan nilai manusia, saya harap kata-kata ini mampu menyedarkan kita agar sedar erti hidup ini. Sudahnya kita mampu bawa diri masing-masing untuk masuk kembali ke landasan yang diredhai Yang Maha Kuasa.

Perhati dan Renungi kata-kata ini …

Aku tahu dan aku sedar
Kalau terus leka
Tentu akan kecewa
Dunia kini penuh muslihat
Tidak mahu aku tertidur
Bermimpikan angan dan impian
Biarkan aku terus sedar
Kerana takut tidur ku nanti
Semua akan hilang sekelip mata
Sekarang aku berniat untuk mengubah diri.
Adakah niat berubahini kerana hati yang menginginkan
atau kerana seseorang atau sebab lain?
Niat aku mesti betul …

Kalau aku keluar rumah tidak memasang apa-apa niat
Rugi sekali
Kalau aku membuat sebarang kerja tidak ada niat apa-apa
Aku membuang masa
Jika aku membaca tidak ada apa-apa matlamat
hanya sekadar ingin ilmu
Itu termasuk mensia-siakan umur aku
Sekali-sekala aku rehat-rehat tidak mempunyai niat
Terbuang sahaja masa aku
Aku makan, minum, berpakaian hanya berlaku begitu sahaja
Aku telah merugikan kebiasaan
Aku berseronok-seronok dengan anak isteri tidak ada tujuan apa-apa
Masa aku percuma sahaja

Sekalipun apa yang aku buat, usaha, makan dan minum
belum termasuk kawasan dosa
Tapi aku telah mensia-siakan itu semua
Kalau aku pasang niat dihubungkaitkan dengan Tuhan,
bukankah ia jadi ibadah?
Berapa banyak ibadah-ibadah tambahan yang aku perolehi
Jika di dalam satu perkara itu memasang niat yang banyak,
lebih-lebih lagi bertambah banyak pahala aku
Hanya yang aku pasang niat ibadah-ibadah asas
Selain itu aku membuatnya bersahaja tanpa apa-apa matlamat

Kalau begitu apa matlamat hidup aku sebenarnya?
Mengapa matlamat hidup aku, aku sendiri yang membataskannya?
Sedangkan apa yang aku buat terlibat dengan masa
Padahal sebahagian kecil amalan aku yang mempunyai niat
Ertinya berapa banyak masa aku yang terbuang begitu sahaja
Di sinilah nanti aku akan menyesal
tidak sudah-sudah di Akhirat kelak
Itu kalau masa yang terbuang itu tidak di dalam lingkungan dosa
Jika sudah termasuk kawasan dosa
lebih-lebih lagilah aku akan menyesal dan menderita

Kerana itulah apa sahaja yang hendak aku buat biar ada matlamat
Kerana aku datang ke dunia ini dengan tujuan
beribadah kepada Tuhan
Kalau begitu biarlah seluruh hidup aku menepati ibadah
Aku niat berubah kerana hati yang menginginkan dan
semestinya kerana Dia!

Harapan saya, kata-kata ini ada gunanya untuk hidup kita semua. Untuk lebih menyelami maksud kata-kata ini, tontoni video dibawah. Apa pun, saya harap dan saya doa moga hidup kita semua dirahmati Tuhan terutama dalam Ramadhan ini. Ameen.



No comments:

Post a Comment