.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, August 15, 2013

Tiga Program Pembangunan



Program Pembangunan Diri ini telah dibangunkan bagi membantu seseorang individu itu menjadi seorang yang berdikari dan produktif.

Berdasarkan kepada Program Pembangunan Diri ini, berdikari dan produktif mudah dicapai bila seseorang itu jelas dengan matlamat hidup yang mahu yang dicapai serta jelas apakah perkara yang perlu beliau laksanakan bagi mencapai matlamat hidup beliau itu.

Bagi membina keperluan ini, program Anda Dilahirkan Berjaya akan membantu seseorang itu menjawab dan mengambil tindakan terhadap soalan-soalan berikut;

Siapa Saya?
Dimana Saya?
Kemana Saya?
Bagaimana Saya?

Dalam membantu menyusuri keempat-empat soalan ini, seseorang itu perlu memperkasakan keupayaan hati (spiritual) serta keupayaan kreativiti beliau. Kedua-dua keupayaan ini akan diterangkan dalam program My Heart dan Kreativiti Untuk Berjaya.



Program Pembangunan Kerja Berpasukan ini telah dibangunkan bagi membantu seseorang individu itu menjadi seorang ahli pasukan yang produktif kepada pasukannya.

Berdasarkan kepada Program Pembangunan Kerja Berpasukan ini, ahli pasukan yang produktif mudah dicapai bila seseorang itu jelas dengan matlamat pasukan yang mahu dicapai serta jelas apakah perkara yang beliau dan pasukan perlu laksanakan bagi mencapai matlamat pasukan beliau itu.

Bagi membina keperluan ini, program Kami Berjaya Part 2 akan membantu seseorang itu menjawab dan mengambil tindakan terhadap soalan-soalan berikut;

Siapa Pasukan Saya?
Dimana Pasukan Saya?
Kemana Pasukan Saya?
Bagaimana Pasukan Saya?

Dalam membantu menyusuri keempat-empat soalan ini, seseorang itu perlu memperkasakan semangat berpasukan beliau. Keupayaan ini akan diterangkan dalam program Kami Berjaya Part 1.



Program Pembangunan Kepimpinan ini telah dibangunkan bagi membantu seseorang individu itu menjadi seorang pemimpin yang produktif kepada organisasi beliau.  

Berdasarkan kepada Program Pembangunan Kepimpinan ini, pemimpin yang produktif mudah dicapai bila seseorang pemimpin itu jelas dengan matlamat organisasi yang mahu dicapai serta jelas apakah perkara yang beliau dan organisasi perlu laksanakan bagi mencapai matlamat organisasi beliau itu.

Bagi membina keperluan ini, program Pimpinan Berjaya Part 2 akan membantu seseorang itu menjawab dan mengambil tindakan terhadap soalan-soalan berikut;

Siapa Organisasi Saya?
Dimana Organisasi Saya?
Kemana Organisasi Saya?
Bagaimana Organisasi Saya?

Dalam membantu menyusuri keempat-empat soalan ini, seseorang itu perlu memperkasakan keupayaan mempengaruhi beliau bagi mempengaruhi orang yang dipimpin. Keupayaan ini akan diterangkan dalam program Pimpinan Berjaya Part 1



Ketiga-tiga Program Pembangunan di atas membentuk satu program yang diberi nama Program Produktiviti Bersepadu 3K (Kesedaran Diri + Kesedaran Kerja Berpasukan + Kesedaran Kepimpinan) atau ringkasnya PPB3K. PPB3K amat diperlukan oleh seseorang anggota kerja sebuah organisasi itu bagi menjadikan beliau seorang yang produktif. Inilah satu pendekatan sistematik yang amat diperlukan oleh anggota kerja bagi menyediakan mereka untuk membantu organisasi mencapai matlamat organsasi tersebut.


Program PPB3K ini bila dilaksanakan secara bersepadu sudah pasti dapat mempercepatkan ‘learning curve’ seorang anggota kerja itu. (Rujuk rajah di atas). Ini penting bagi menyedarkan seseorang anggota kerja itu betapa penting membina kompetensi dalam kerja masing-masing dan akhirnya akan mempertingkatkan nilai diri beliau dalam pasaran.


Ini satu pelaburan yang sememangnya berbaloi dari tuan puan untuk organisasi tuan puan!

No comments:

Post a Comment