.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, September 28, 2013

Kisah Lelaki Tua Dengan 3 Anaknya


Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki. Semuanya sudah remaja. 


Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.

Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya..jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi
makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben. "Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang, Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap, boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis. "Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"  Apa yang dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal, tolong hantar ayah ke pulau seberang.

Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan. Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh sampan. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.


Moral :

Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA
Anis ialah ANAK-ISTERI
Amsal ialah AMAL-SOLEH


Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ni janganlah lupa dengan akhirat.

Thursday, September 26, 2013

Nama Baik


Alkisah pada suatu ketika dahulu, Angin, Air dan Nama Baik berjalan bersama-sama.


Angin, datang terburu-buru seperti orang yang sedang marah. Selalu melompat di sini dan menendang debu di sana. Air berjalan dalam bentuk seorang puteri. Ia selalu membawa kendi ditangannya, menitiskan beberapa air di atas tanah sekitarnya. Nama Baik hadir dalam bentuk seorang pemuda yang tampan dengan sikap-sikap yang baik, namun sedikit pemalu.

Mereka saling menyukai, meskipun sangat berbeza di antara satu sama lain. Ketika mereka harus berpisah, mereka bertanya, "Bila kita dapat bertemu untuk berjalan bersama lagi?"


Angin menjawab, "Engkau boleh menemui aku di puncak gunung-gunung atau melompat-lompat di sekitar kakimu. Meniup debu ke mana kamu pergi."

Air berkata, "Aku juga akan selalu ada disekitarmu. Kamu boleh pergi ke laut atau ke sungai, bahkan ke dapur, untuk menemuiku."

Nama Baik tidak mengatakan apa-apa.

Angin dan Air bertanya,"Nama Baik, bila dan dimana kita akan bertemu lagi?"


Nama Baik menjawab, "Kamu tidak akan bertemu aku lagi di mana pun. Sesiapapun yang telah kehilangan aku sekali , takkan pernah dapat memperolehi aku lagi."
  
Moral: Kita perlu sentiasa menjaga maruah dan nama baik diri kita dan keluarga. Kerana jika sekali kita kehilangannya, amat sukar untuk kita memperolehinya sekali lagi.

Sunday, September 22, 2013

Kerana Sebiji Epal


"Indah sungguh suasana di tepi sungai ini. Airnya mengalir tenang dan anginnya bertiup lembut. Biarlah saya duduk di sini untuk berzikir kepada Tuhan," kata Abu Salleh sendirian lalu duduk di tepi sungai.


Sungai itu terletak di sebuah pekan kecil bernama Jilan. Di situlah tempat tinggal Abu Salleh. Ketika dia sedang berzikir, terpandang olehnya sebiji epal hanyut di tebing sungai. Perutnya yang memang belum diisi sejak awal pagi berbunyi beberapa kali. "Mungin ini rezeki untuk saya," katanya lalu mengambilnya.

Abu Salleh memakan sebiji epal itu sehingga habis. Tiba-tiba dia berdiri dengan wajah yang terkejut, "Saya memakan epal ini tanpa izin tuannya. Tentu pemilik epal ini berada di hulu sungai."

Abu Salleh berjalan menyusur tebing sungai menghala ke hulu sambil memerhati kesekeliling kalau-kalau ada pokok epal di situ. Jauh dia berjalan meninggalkan pekan Jilan. Dia terus berjalan sehingga akhirnya dia menemui sebuah ladang epal.

"Syukurlah akhirnya saya menemui ladang epal. Saya yakin epal yang saya makan tadi datang dari ladang ini. Lebih baik saya segera menemuinya." Abu Salleh terus memasukki ladang epal itu dan menemui pemiliknya. Pemilik itu bernama Sheikh Abdullah. 

"Saya memohon maaf dan mohon dihalalkan sebiji epal yang saya memakannya," pinta Abu Salleh kepada Sheikh Abdullah. Sheikh Abdullah memerhatikan Abu Salleh untuk beberapa ketika lalu tersenyum. Dia menarik nafas panjang dan berkata, "Saya boleh memaafkan saudara dengan satu syarat."

"Katakanlah apakah syarat itu? Saya akan memenuhinya."

"Saya mahu saudara bekerja di ladang epal ini selama dua belas tahun!"

Tanpa banyak soal, Abu Salleh mengangguk dan menyatakan persetujuannya. Bekerjalah Abu Salleh di ladang epal milik Sheikh Abdullah itu selama dua belas tahun dengan penuh amanah dan tanggong jawab. Sheikh Abdullah memerhatikan tingkah laku Abu Salleh sepanjang tempoh itu dan mula tertarik hati. Dia bercadang untuk mengahwinkan puterinya dengan Abu Salleh.

Akhirnya tamatlah tempoh dua belas tahun lalu Abu Salleh menemui Sheikh Abdullah. "Saya sudah menunaikan syarat tuan. Halalkanlah epal yang saya makan itu." Sheikh Abdullah terpegun dengan kata-kata Abu Salleh yang jelas menggambarkan dia adalah seorang anak muda yang jujur lalu dia berkata, "Saya akan mengenakan satu lagi syarat ke atas saudara."

"Katakanlah syarat itu, saya akan tunaikan."

"Syaratnya ialah, saudara mesti mengahwini puteri saya. Tetapi biarlah saya berterus terang tentang keadaan puteri saya itu."

"Katakanlah! Saya akan mematuhinya."

"Puteri saya bernama Ummu Khair Fatimah. Dia seorang yang lumpuh, pekak, buta dan bisu. Mahukah saudara mengahwini puteri saya itu sebagai syarat kedua untuk saya memaafkan saudara?"

Sejenak Abu Salleh termenung membuatkan dada Sheikh Abdullah berdebar-debar. Akhirnya Abu Salleh memandang ke arah Sheikh Abdullah dan tersenyum, "Saya akan mengahwini puteri tuan sekiranya tuan menghalalkan sebiji epal yang saya makan tanpa izin dua belas tahun yang lalu."

"Baiklah. Saya akan menghalalkan sebiji epal yang saudara makan itu sekiranya saudara mengahwini puteri saya."


Maka berlangsunglah satu majlis perkahwinan di antara Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah. Pada malam perkahwinan itu, Abu Salleh masuk ke bilik pengantin dan memberi salam.kepada isterinya. Sebaik sahaja isterinya menoleh ke arahnya. Wajah Abu Salleh berubah kerana dia amat terkejut lalu berlari ke ruang tamu menemui bapa mertuanya, Sheikh Abdullah.

"Adakah seorang perempuan lain di dalam bilik pengantin? Di manakah isteri saya yang lumpuh, buta, pekak dan bisu itu?"

Sheikh Abdullah tersenyum mendengar pertanyaan Abu Salleh lalu menjawab, "Perempuan yang berada di dalam bilik pengantin itu ialah puteri saya, Ummu Khair Fatimah. Saya mengatakan dia lumpuh kerana kakinya tidak pernah menjejak ke tempat maksiat. Saya mengatakan dia pekak kerana dia tidak pernah mendengar perkara yang terlarang. Saya katakan dia buta kerana dia tidak pernah melihat perkara yang haram dan saya mengatakan dia bisu kerana dia tidak pernah menuturkan sesuatu yang sia-sia."

Tersenyumlah Abu Salleh sebaik sahaja Sheikh Abdullah menghabiskan kata-katanya lalu dia menadah tangan, "Ya Tuhan! Hambamu mengucapkan syukur yang tidak terhingga!"


Hasil perkawinan Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah ini lahirlah seorang ahli agama yang terkenal diberi nama Sheikh Abdul Kadir Jailani. Beliau digelar Mahyuddin yang bermaksud, Yang menghidupkan Agama!

Saturday, September 21, 2013

Orang yang Berjaya


Suatu hari, dua orang sahabat menghampiri sebuah kedai buku untuk membeli buku dan majalah. Penjual buku itu melayani mereka dengan buruk. Mukanya nampak masam saja. Sahabat yang pertama itu jelas tidak puas hati menerima layanan seperti itu. Yang menghairankan, sahabat kedua itu tetap enjoy, bahkan bersikap sopan kepada penjual itu.


Lantas sahabat pertama itu bertanya kepada sahabatnya, “Hei. Kenapa you bersikap sopan kepada penjual yang menyakitkan hati itu?”

Sahabatnya menjawab, “Ala, kenapa aku harus mengizinkan dia menentukan caraku dalam bertindak? Kitalah yang penentu atas kehidupan kita, bukan orang lain.”

“Tapi dia melayani kita dengan buruk sekali,” bantah sahabat pertama itu. Beliau sebenarnya masih berasa tidak puas hati dengan layanan si penjual itu tadi.

“Ya, itu masalah dia. Dia mau bad mood, tidak sopan, melayani dengan buruk, dan lainnya, itu tidak ada kaitannya dengan kita. Kalau kita sampai terpengaruh, bererti kita membiarkan dia mengatur dan mempengaruhi hidup kita. Padahal kitalah yang bertanggung jawab atas diri kita sendiri.”

Sahabat, tindakan kita kerap dipengaruhi oleh tindakan orang lain kepada kita. Kalau mereka melakukan hal yang buruk, kita akan membalasnya dengan hal yang lebih buruk lagi. Kalau mereka tidak sopan, kita akan lebih tidak sopan lagi. Kalau orang lain kedekut terhadap kita, kita yang semula jadinya pemurah akan tiba-tiba menjadi kedekut juga bila berurusan dengan orang itu.


Cuba renungkan. Mengapa tindakan kita harus dipengaruhi oleh orang lain? Mengapa perlu kita hanya berbuat baik bilamana ada terdahulunya orang yang berbuat baik terhadap kita? Jaga suasana hati. Jangan biarkan sikap buruk orang lain kepada kita menentukan cara kita bertindak! Pilih untuk tetap berbuat baik, sekalipun menerima hal yang tidak baik.


Orang yang berjaya dalam hidup ini ialah orang yang tetap sejuk di tempat yang panas, yang tetap manis di tempat yang sangat pahit, yang tetap merasa kecil meskipun telah menjadi besar, serta tetap tenang di tengah badai yang paling hebat.

Monday, September 16, 2013

Second Chance


It's another morning. Again I have to go to office.


Ooh, this is me. I shouted having a glance on my snap in today's news paper. But what the HELL it is doing in the death column?

Strange.

One second. Let me think, last night when I was going to bed I had a severe pain in my chest, but I don't remember anything after that, I think I had a sound sleep. Its morning now, it's already 10:00 AM, where is my coffee? I will be late for office and my boss will get a chance to irritate me.

Where is everyone? I screamed.

"I think there is a crowd outside my room, let me check." I said to myself. So many people. Not all of them crying. But why some of them crying.

WHAT IS THIS??? I'm laying there on the floor. "I AM HERE" . I shouted!!! No one listen.. LOOK I AM NOT DEAD" . I screamed once again!!! No one is interested in me. They all were looking me on the bed. I went back to my bed room.

"Am I dead??" I asked myself.

Where is my wife, my children, my mom-dad, my friends? I found them in the next room, all of them were crying. still trying to console each other. My wife was crying. she was really looking sad. My little kid was not sure what happened, but he was crying just coz his mom was sad.


How can I go without saying my kid that I really love him, I really do care of him?
How can I go without saying my wife that she is really most beautiful and most caring wife in this world?
How can I go without saying my parents that I'm just because of you ?
How can I go without telling my friends that without them perhaps I have done most of the wrong things in my life?

I can see a person standing in the corner and trying to hide his tears. Ooh. He was once my best friend, but a small misunderstanding made us part, and we both have strong enough ego to keep us disconnect. I went there ... and offered him my hand, "Dear friend. I just want to say sorry for everything, we are still best friend, please forgive me."

No response from other side, what the hell?? He is still preserving his ego, I'm saying sorry ... even then!!! I really don't care for such people. But one second ... it seems he is not able to see me! He did not see my extended hand. My goodness.

AM I REALLY DEAD??? I just sat down near ME. I was also feeling like crying.

"OHH ALMIGHTY!!!! PLEASE JUST GIVE ME FEW MORE DAYS." I just wasn't to make my wife, my parents; my friends realize that how much I love them.

My wife entered in the room, she looks beautiful. "YOU ARE BEAUTIFUL" I shouted. She didn't hear my words, in fact she never heard these words coz I never said this to her.

"GOD!!!!" I screamed. a little more time plzzzzzzzzzzzzzz. I cried.

One more chance please. to hug my child, to make my mom smile just once, to feel my dad proud on me at least for a moment, to say sorry to my friends for everything I have not given to them, and thanks for still being in my life. Then I looked up and cried!!!! I shouted.


"GOD!!!! ONE MORE CHANCE PLEASE!!!!"

"You shouted in your sleep," said my wife as she gently woke me up. "Did you have a nightmare?"

I was sleeping. Ooh that was just a dream. My wife was there. she can hear me. This is the happiest moment of my life. I hugged her and whispered.. "YOU ARE THE MOST BEAUTIFUL AND CARING WIFE IN THIS UNIVERSE.. I REALLY LOVE U DEAR"

I can't understand the reason of the smile on her face with some tears in her eyes, still I'm happy.

"THANK YOU GOD FOR THIS SECOND CHANCE!"

Dear Friends, 
Keep your ego aside and express your love, care, appreciation, friendship, because you won't get a second chance always.Don’t regret after the things happen. Always show your love to everyone. Thank you for everything.

Saturday, September 14, 2013

Kejap (Bermakna Utuh)



Kejap-kejap pegang amanah
Jangan leka dek karenah
Hidup ini sentiasa indah
Kalau amanah tak pernah disanggah



Kejap-kejap memegang janji
Agar diri tidak dimaki
Tidak munafik dalam hati
Terpelihara jiwa dan budi



Kejap-kejap memegang tanggungjawab
Agar diakhirat tidak dihadap
Seribu satu pertuduhan
Asalnya sedikit namun berlarutan



Betapalah anak kita
Digari dan dirantai
Sudahlah tentu
Namun budi bahasalah jadi penentu
Dalam melayari hidup satu persatu

Thursday, September 12, 2013

An Old Man and a Scorpion


An old man saw a scorpion drowning and decided to pull it out from the water. He calmly extended his hand to reach the creature.


When he did, the scorpion stung him. With the effect of the pain, the old man let go the creature and it fell back into the water. The man realizing that the scorpion was drowning again, got back and tried to rescue it but then again it stung him. He let go of it again.

A young boy standing by, approached the old man and said, “Excuse me Sir, you are going to hurt yourself trying to save the evil-vicious creature, why do you insist? Don't you realize that each time you try to help the scorpion, it stings you?”

The man replied, “The nature of the scorpion is to sting and mine is to help. My nature will not change in helping the scorpion.”

So the man thought for a while and used a leaf from a nearby tree and pulled the scorpion out from the water and saved its life.

MORAL LESSON:

Do not change your nature. If someone hurts you, just take precautions. Some pursue happiness while others create it. Let your conscience be your guide in whatever you do.

Tuesday, September 3, 2013

Mengapa Seorang Pekerja memerlukan ‘Sedia Untuk Berjaya’ (SUB)?



Ramai pekerja menyangka bahawa apa yang pelanggan mahukan dari mereka hanyalah apa yang mereka laksanakan dalam kerja mereka. (Takrif Pelanggan: Sesiapa yang menerima khidmat atau produk yang dihasilkan oleh kita secara langsung). Itu sebab ramai pekerja yang marah-marah bila pelanggan mereka masih tidak puas hati walaupun mereka telah bekerja kuat. Tetapi fahamilah, satu-satu pekerjaan itu akan hanya bermakna bilamana seseorang pekerja itu mampu memberi nilai apa yang dimahukan oleh pelanggan mereka. Fikirkan ...

Seseorang pekerja itu perlu berusaha untuk mengenalpasti apakah nilai yang pelanggan beliau mahukan dari kerja beliau. Setelah itu beliau perlu berusaha sedaya mungkin bagi menghasilkan nilai tersebut. Agar pekerja tersebut mampu menangani keperluan ini, beliau perlu mahir menggunakan satu alat pengurusan bernama ‘Business Model Canvas’.

Di dalam environment Business Model Canvas, sebelum pekerja itu mampu mengenalpasi (Value Proposition) dan membina (Key Activities) nilai apa yang pelanggan beliau mahukan dari kerja beliau, satu soalan pokok yang perlu beliau tanyakan pada diri beliau ialah adakah beliau jelas dengan produk atau servis (Key Resources) yang ada di tangan beliau. Sekali lagi, fikirkan …

Bagi setiap individu pekerja itu, produk dan servis yang ditawarkan ini sebenarnya ialah kompetensi, kemahiran atau satu produk yang mereka hasilkan. Kompetensi, kemahiran atau produk ini seharusnya menjadi tujuan atau matlamat yang mahu mereka bina dalam kerja mereka untuk diri mereka sendiri.

Namun matlamat ini perlu sejajar dengan apa yang dimahukan oleh organisasi beliau terhadap beliau. Dengan itu, baru wujud ‘win-win’. Ini penting bagi memastikan seseorang pekerja itu mempunyai nilai tinggi dalam pasaran buruh. (labour market).

Namun berapa ramai pekerja-pekerja yang menyedari hakikat ini? Bagi membantu mereka mengenalpasti matlamat mereka, satu lagi alat pengurusan bernama S.W.O.T. akan digunakan. Penggunaan S.W.O.T. ini sedikit unik berbanding kaedah S.W.O.T. yang biasa digunakan bagi mencapai maksud di atas. Dengan menggunakan S.W.O.T. ini nanti, seseorang pekerja itu akan dipimpin untuk mengenalpasti matlamat beliau itu secara sistematik dan praktikal.

Untuk menwujudkan satu suasana dalam diri pekerja itu agar benar-benar ghairah dan yakin untuk menetapkan matlamat diri serta berusaha mencapai matlamat diri tersebut, pekerja tersebut perlu didedahkan dengan satu bentuk ilmu kenal diri. Bila seseorang itu mula kenal diri, maka beliau akan mula sedar diri. Sedar diri disini bermaksud beliau faham mengapa beliau berada di atas mukabumi ini dan kaedah bagaimana diri beliau beroperasi dalam menghasilkan sebarang hasil.

Bagi mencapai maksud kenal diri ini, satu alat kenal diri bernama ‘Stick Person’ akan digunakan. Melalui konsep ‘Stick Person’, proses kenal diri akan dibuat dengan mudah serta praktikal.

Jika kita rumuskan apa yang dibincangkan di atas, seseorang pekerja itu akan mulai menjadi produktif bilamana beliau faham tiga perkara;

Mengenalpasti dan membina nilai yang dimahukan oleh pelanggan beliau.
      (Alat: Business Model Canvas)

   Mengenalpasti dan berusaha mencapai matlamat beliau di tempat kerja.
  (Alat: S.W.O.T.)

Mengenali diri.
      (Alat: ‘Stick Person’)
  
Kesemua cerita di atas akan diperincikan dalam program Sedia Untuk Berjaya (SUB). Diakhir program SUB ini nanti, para peserta akan dibekalkan dengan satu metodologi bagi mengamalkan apa yang telah diketahui dari SUB ini. Tanpa metodologi ini, kemungkinan besar segala ilmu yang telah diketahui itu nanti akan hanya menjadi satu kenangan. Program 3 hari 2 malam inilah yang diperlukan oleh pekerja bagi membina produktiviti dalam diri masing-masing.

Saya yakin, tuan puan yang bertanggungjawab terhadap produktiviti pekerja masing-masing nampak akan logik di atas pendekatan ini. Tuan puan cubalah. Saya janji akan beri yang terbaik.

Sunday, September 1, 2013

Teach For Malaysia


Ramai yang bercakap mengenai kepincangan pendidikan di negara ini tetapi saya tidak nampak satu perlaksanaan bagi menangani  isu ini secara berkesan. Ramai yang hanya menunding jari sana sini tetapi tidak ada siapa yang sanggup benar-benar turun padang untuk menangani isu ini.


Bagaimana anda rasa jika ada sekumpulan orang yang sudi mengorbankan masa mereka untuk membantu meningkatkan taraf pendidikan seseorang individu itu? Itulah yang saya jumpa dalam satu organisasi bernama ‘Teach For Malaysia’ (TFM). Berbekalkan misi mereka yang berbunyi 'One day, all children in Malaysia will have the opportunity to attain an excellent education’, saya nampak mereka mempunyai satu pelan tindak yang cukup strategik tetapi praktikal bagi menangani isu diatas.


Itu sebab saya lihat ramai individu dan organisasi yang bukan calang-calang pencapaian mereka sudi untuk turut serta berganding bahu bagi merealisasi hasrat misi TFM ini.

Pertama kali saya didedahkan dengan idea TFM ini, saya sememangnya excited dengan idea ini. Bila anak sulung saya, Yang Safia mengutarakan keinginan beliau untuk menyertai TFM ini, saya tanpa teragak-agak menyetujuinya. Malah dalam diam-diam saya harap, satu masa nanti, anak-anak saya yang lain juga turut berpeluang untuk menyertai TFM ini.


Secara peribadi, saya lihat TFM menyediakan satu landasan bagi membina kepimpinan dalam diri sendiri. Secara logiknya, kepimpinan dapat kita bina dengan jayanya sekiranya kita mampu mendedahkan seseorang individu itu dalam berusaha untuk mempengaruhi sekumpulan orang untuk mencapai sesuatu hajat dalam hidup mereka. Mana keadaan yang lebih mencabar dari melaksanakan ini semua jika bukan dalam suasana masakini sekolah-sekolah di Malaysia?


Itu sebab saya begitu teruja bila dipelawa untuk memberi ucapan sempena majlis sambutan Fellowship baru TFM baru-baru ini. Kepada Dzameer, MD TFM, terima kasih atas jemputan itu. Bila saya berbual dengan beberapa ahli ‘Board of Trustees’ TFM ini seperti Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, pengasas MERCY Malaysia dan Dato’ Noor Rezan Bapoo Hashim, Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia, saya tahu TFM is in good hands.Semangat dan buah fikiran dua wanita hebat ini sememangnya mengujakan!


Untuk TFM. All the Best and God Bless. Lagu berikut saya tujukan khas untuk semua mereka yang terlibat dengan TFM terutama kepada semua Fellows TFM. Saya harap anda menyukainya.

video

Teringat kata-kata itu, 'What you give is what you will get in return'. Salam Merdeka!