.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, September 3, 2013

Mengapa Seorang Pekerja memerlukan ‘Sedia Untuk Berjaya’ (SUB)?



Ramai pekerja menyangka bahawa apa yang pelanggan mahukan dari mereka hanyalah apa yang mereka laksanakan dalam kerja mereka. (Takrif Pelanggan: Sesiapa yang menerima khidmat atau produk yang dihasilkan oleh kita secara langsung). Itu sebab ramai pekerja yang marah-marah bila pelanggan mereka masih tidak puas hati walaupun mereka telah bekerja kuat. Tetapi fahamilah, satu-satu pekerjaan itu akan hanya bermakna bilamana seseorang pekerja itu mampu memberi nilai apa yang dimahukan oleh pelanggan mereka. Fikirkan ...

Seseorang pekerja itu perlu berusaha untuk mengenalpasti apakah nilai yang pelanggan beliau mahukan dari kerja beliau. Setelah itu beliau perlu berusaha sedaya mungkin bagi menghasilkan nilai tersebut. Agar pekerja tersebut mampu menangani keperluan ini, beliau perlu mahir menggunakan satu alat pengurusan bernama ‘Business Model Canvas’.

Di dalam environment Business Model Canvas, sebelum pekerja itu mampu mengenalpasi (Value Proposition) dan membina (Key Activities) nilai apa yang pelanggan beliau mahukan dari kerja beliau, satu soalan pokok yang perlu beliau tanyakan pada diri beliau ialah adakah beliau jelas dengan produk atau servis (Key Resources) yang ada di tangan beliau. Sekali lagi, fikirkan …

Bagi setiap individu pekerja itu, produk dan servis yang ditawarkan ini sebenarnya ialah kompetensi, kemahiran atau satu produk yang mereka hasilkan. Kompetensi, kemahiran atau produk ini seharusnya menjadi tujuan atau matlamat yang mahu mereka bina dalam kerja mereka untuk diri mereka sendiri.

Namun matlamat ini perlu sejajar dengan apa yang dimahukan oleh organisasi beliau terhadap beliau. Dengan itu, baru wujud ‘win-win’. Ini penting bagi memastikan seseorang pekerja itu mempunyai nilai tinggi dalam pasaran buruh. (labour market).

Namun berapa ramai pekerja-pekerja yang menyedari hakikat ini? Bagi membantu mereka mengenalpasti matlamat mereka, satu lagi alat pengurusan bernama S.W.O.T. akan digunakan. Penggunaan S.W.O.T. ini sedikit unik berbanding kaedah S.W.O.T. yang biasa digunakan bagi mencapai maksud di atas. Dengan menggunakan S.W.O.T. ini nanti, seseorang pekerja itu akan dipimpin untuk mengenalpasti matlamat beliau itu secara sistematik dan praktikal.

Untuk menwujudkan satu suasana dalam diri pekerja itu agar benar-benar ghairah dan yakin untuk menetapkan matlamat diri serta berusaha mencapai matlamat diri tersebut, pekerja tersebut perlu didedahkan dengan satu bentuk ilmu kenal diri. Bila seseorang itu mula kenal diri, maka beliau akan mula sedar diri. Sedar diri disini bermaksud beliau faham mengapa beliau berada di atas mukabumi ini dan kaedah bagaimana diri beliau beroperasi dalam menghasilkan sebarang hasil.

Bagi mencapai maksud kenal diri ini, satu alat kenal diri bernama ‘Stick Person’ akan digunakan. Melalui konsep ‘Stick Person’, proses kenal diri akan dibuat dengan mudah serta praktikal.

Jika kita rumuskan apa yang dibincangkan di atas, seseorang pekerja itu akan mulai menjadi produktif bilamana beliau faham tiga perkara;

Mengenalpasti dan membina nilai yang dimahukan oleh pelanggan beliau.
      (Alat: Business Model Canvas)

   Mengenalpasti dan berusaha mencapai matlamat beliau di tempat kerja.
  (Alat: S.W.O.T.)

Mengenali diri.
      (Alat: ‘Stick Person’)
  
Kesemua cerita di atas akan diperincikan dalam program Sedia Untuk Berjaya (SUB). Diakhir program SUB ini nanti, para peserta akan dibekalkan dengan satu metodologi bagi mengamalkan apa yang telah diketahui dari SUB ini. Tanpa metodologi ini, kemungkinan besar segala ilmu yang telah diketahui itu nanti akan hanya menjadi satu kenangan. Program 3 hari 2 malam inilah yang diperlukan oleh pekerja bagi membina produktiviti dalam diri masing-masing.

Saya yakin, tuan puan yang bertanggungjawab terhadap produktiviti pekerja masing-masing nampak akan logik di atas pendekatan ini. Tuan puan cubalah. Saya janji akan beri yang terbaik.

No comments:

Post a Comment