.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, October 8, 2013

Apa kata Hati?


Apa kata Hati anda mengenai Negara ini? Anda rasa syukur anda punya Negara? Apa rasanya jika anda tidak punya Negara? Adakah anda sudi lakukan sesuatu untuk kesejahteraan Negara ini? Apakah perkara tersebut?

Di atas merupakan beberapa persoalan yang jarang-jarang sekali saya dengar dibincang oleh kita semua. Mungkin ini mengapa kita lihat sekarang ramai di antara kita lupa dan sudahnya selalu terjerumus dalam perkara-perkara yang merugikan diri dan akhirnya Negara ini.

Pagi Ahad lepas, saya duduk disebuah kedai kopi. Membaca buku berjudul ‘The One Thing’ sambil menikmati roti canai kesukaan saya itu. Pagi itu saya lihat ramai yang datang ke kedai itu. Mungkin hari minggu. Masa untuk berbual santai dengan jiran tetangga.

Sedang saya membaca menanti roti canai tiba, tiba-tiba datang seorang ini dengan lantang mengutuk Kerajaan dalam bahasa yang begitu kesat sekali. Saya kenal sangat dengan beliau ini. Sentiasa ingin jadi hero di kedai kopi. Kalau betul beliau merupakan pejuang Negara, mana mungkin beliau bertindak begitu. Sebagai seorang Islam pula, apakah beliau sanggup bertindak begitu terhadap saudara seIslamnya. Memang senang mencari kesalahan orang tapi bukan senang nak menjadikan sesuatu perkara itu. Pelik saya. Malu saya.

Memang benar ada yang tidak betul mengenai Kerajaan itu tetapi pada masa yang sama jika kita mengatakan tidak ada yang betul mengenai Kerajaan ini pun tidak betul. Mana mungkin perkara-perkara positif yang kita lihat dalam Negara ini terjadi begitu saja jika bukan sesuatu yang positif telah dilaksanakan terdahulu oleh Kerajaan itu? (Hukum Memberi dan Menerima)  

Apa sudah jadi dengan warga Negara ini? Kita selalu terperangkap dengan isu-isu kecil tetapi gagal melihat sesuatu perkara itu secara menyeluruh. Kita tidak punya ilmu yang cukup dan kita tidak cuba berusaha kearah sesuatu yang positif. Itu sebab kita mudah diperdaya.

Itu sebab kita harus pulang menghayati segala soalan asas di perenggan pertama di atas. Hati kita perlu benar-benar Ikhlas dalam menjawab soalan ini. Baru kita mampu bertindak secara Ehsan (giving the best) untuk Negara ini. Hati kita perlu dipujuk agar jangan sampai Negara ini tergadai.

Hayati lagu berikut. Maknanya amat mendalam. 



No comments:

Post a Comment