.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, October 12, 2013

Pengurusan Perubahan dan PPB3K


Pengurusan Perubahan dilaksanakan untuk meningkatkan pencapaian sesuatu organisasi dan agar terus relevan dalam industri yang diceburi oleh organisasi tersebut. Ini amat diperlukan dalam keadaan dunia sekarang yang penuh dengan perubahan dan cabaran.  Ada berbagai definasi Pengurusan Perubahan. Saya suka memetik definasi Pengurusan Perubahan seperti yang tertera dibawah ini;

Change management is a structured approach to shifting or transitioning individuals, teams and organizations from a current state to a desired future state. It is an organizational process aimed at empowering employees to accept and embrace changes in their current business environment”. -  Jeff Hiatt, author of Employee's Survival Guide to Change

Berdasarkan kepada definasi di atas, jelas menunjukkan perkara paling asas yang perlu diberi tumpuan dalam Pengurusan Perubahan ialah anggota kerja sesuatu organisasi itu sendiri. Ini adalah kerana anggota kerja merupakan faktor utama yang menentukan jatuh bangun sesuatu organisasi itu. Penglibatan (engagement) anggota kerja terhadap segala inisiatif organisasi amat kritikal dalam usaha mencapai segala matlamat organisasi.

Berdasarkan kepada definasi di atas juga bilamana bercakap mengenai anggota kerja, ada tiga perkara asas mengenai anggota kerja itu perlu ditekankan iaitu;

- Tanggapan anggota kerja mengenai kerja
   (Kesedaran Diri)
- Bagaimana anggota kerja bekerja dalam satu pasukan
   (Kesedaran Kerja Berpasukan)
- Bagaimana anggota kerja memimpin organisasi 
   (Kesedaran Kepimpinan)

Secara amnya, tiga perkara asas mengenai anggota kerja ini digambarkan berdasarkan kepada rajah dibawah;


Tiga perkara di atas perlu ditangani secara bersepadu, sistematik dan berterusan agar sudahnya semua anggota kerja dalam sesuatu organisasi itu rela menerima perubahan dan seterusnya berupaya mempengaruhi dan menyumbang dalam membawa organisasi ke satu tahap yang lebih baik dari keadaan ketika ini.

Masakini kelihatan banyak organisasi terlepas pandang atau tidak berupaya mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memenuhi tuntutan ini. Ini bukan bermakna organisasi ini tidak peka akan kepentingan dan kritikalnya aktiviti Pengurusan Perubahan ini tetapi rata-rata dari organisasi tidak tahu bagaimana melaksana Pengurusan Perubahan ini pada kadar masa yang paling optima serta paling memberi impak kepada hasil yang diingini.

Tambah pula, aktiviti Pengurusan Perubahan ini biasanya bersifat penting tetapi tidak terdesak (kuadran II) menyebabkan aktiviti Pengurusan Perubahan ini selalu menjadi aktiviti nombor 2 dibelakang sebarang aktiviti penting dan tedesak (kuadran I). Sila rujuk rajah dibawah;


Jika organisasi terus menerus berada dalam keadaan kuadran I dan terus bertangguh melaksanakan aktiviti Pengurusan Perubahan ini, organisasi pasti akan terdedah kepada berbagai risiko yang menyebabkan organisasi tidak berupaya menangani perubahan dan cabaran masa depan. Dalam kata lain, jika organisasi itu berhasrat untuk kekal lama dalam industrinya, aktiviti Pengurusan Perubahan ini perlu dilaksanakan.

Wujudkah satu program asas bagi melaksanakan Pengurusan Perubahan yang sesuai dengan iklim negara ini?

Bagi menyahut keperluan persoalan di atas, itulah mengapa Program Produktiviti Bersepadu 3K (Kesedaran Diri – Kesedaran Kerja Berpasukan – Kesedaran Kepimpinan) atau ringkasnya PPB3K diwujudkan. PPB3K telah disediakan dengan mengambil kira tiga perkara asas mengenai anggota kerja di atas. Cubalah!

No comments:

Post a Comment