.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, October 25, 2013

Terbaik!


Selalu saya lihat di waktu ini ramai yang suka menyebut slogan ‘Terbaik’ bilamana bertemu dengan sebarang perkara yang mengujakan diri masing-masing. Ada yang menyebutnya sebagai ‘Terbaek’ atau ‘Terbayek’. Kelakar juga tengok gelagat-gelagat mereka. ;)


Apapun, kita fahamkah bagaimana kita boleh jadi terbaik dalam hidup ini?

Secara peribadi, terbaik boleh kita capai jika pada mulanya kita jelas apa yang mahu kita capai dalam ruang masa hidup masing-masing. Mana mungkin kita boleh beri yang terbaik jika kita tidak passionate dengan apa yang mahu kita capai?

Itulah, langkah awal untuk jadi terbaik ialah kita mesti jelas sejelasnya apa matlamat kita dalam hidup ini. Saya tak nampak cara lain yang lebih praktikal bagi mencapai tujuan ini. Fikirkan …


Kenapa kita perlu jadi terbaik? Mudah sahaja. Hidup kita ini sementara dan singkat. Itu sebabnya. Kalau hidup kita ini kekal dan panjang, kita mungkin ada sebab untuk tangguhkan jadi yang terbaik. Fikirkan …

Hidup memang tidak sunyi dari masalah dan dugaan. Kadang-kadang kita rasakan segala masalah dan dugaan itu semacam tidak masuk akal. Kita rasa pelik macam mana masalah dan dugaan itu boleh hinggap pada diri kita. Bak kata satu quote yang yang terbaca baru-baru ini;

“Life has a way of testing a person's will, either by having nothing happen at all or by having everything happen at once”.

Tapi itulah kehidupan, walau apa juga masalah dan dugaan yang datang, pasti ada hikmahnya Tuhan berikan kepada kita. Hidup kita akan mudah jadi hilang punca jika diri begitu tertumpu kepada masalah dan cabaran. Ini pasti akan mencuri  masa kita yang sifatnya sementara dann singkat itu.

Jika kita tidak berhati-hati kita akan jatuh hanyut dalam hidup ini. Itu sebab untuk kekal terbaik kita perlukan matlamat. Kerana matlamat adalah ibarat ‘light house’ dalam hidup kita. Walau apa juga badai yang melanda kita, dengan izin Tuhan, matlamat mampu bantu kita untuk terus jadi yang terbaik.  

Segala apa yang kita lalui di masa lepas hanyalah merupakan satu peninggalan kita. Jika peninggalan itu terbaik, puaslah kita. Jika peninggalan itu sekadar ala kadar sahaja, termenunglah kita. Apa pun perjalanan bernama hidup ini perlu diteruskan. Selagi Tuhan beri kita masa, mari sama-sama kita usahakan jadi yang terbaik pada segenap ruang masa itu. Mengapa ini perlu? Renungi quote dibawah ini;

“You have the power to be somebody’s hero — not for the glory of it, or to call yourself a hero, but to take with you an amazing deed, ‘cause that’s all we can take forward in our lives: the deeds that we do, and the doas (prayers) that we get.”

Walau macam mana senang kita atau walau macam mana susahnya kita, semua susah senang itu hanya sementara. Hidup perlu diteruskan. Rugi sangat jika terus bertangguh terutama untuk jadi yang terbaik. Yes. ‘Terbaik’ we must! Satu ‘equation’ untuk jadi terbaik;

Niat + Ilmu + Usaha + Ikhlas + Tawakkal + Redha = Hidup Terbaik.

Saya melihat equation diatas bukan semata-mata satu teori tetapi lebih kepada satu cerita perjalanan bagaimana terbaik boleh kita capai dalam hidup kita. Setiap komponen disebelah kiri equation ini perlu hadir dalam hidup kita untuk mencipta ‘Terbaik’ itu. Renungkan …


Moga-moga dengan berpendirian begini, Tuhan akan meredhai, merahmati dan mengampuni dosa-dosa kita. Kita berhak jadi Terbaik! Ameen.

No comments:

Post a Comment