.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, October 2, 2013

Warisan


Baru-baru ini, melalui satu program pembinaan karekter dan kerja berpasukan,  saya tertarik dengan lagu Warisan nyanyian Sudirman ini. Bila saya renungi kata-kata lagu ini, sememangnya ianya mempunyai makna mendalam kepada hidup saya sendiri. Jika ianya benar untuk saya, rasanya ianya turut benar untuk ramai antara kita juga.  Mari saya huraikan makna lagu ini …

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Rangkap lagu di atas ini memberi makna bahawa apa yang saya cita-citakan sekarang ini seharusnya menjadi satu warisan peribadi saya untuk Negara tercinta ini. Jika ini cara fikir saya, sudah semestinya hidup saya ada makna. Ini satu perkara yang amat penting untuk diberi tumpuan.

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Rangkap di atas ini pula memberi saya kesedaran betapa pentingnya Negara kepada saya. Jangan sampai kita hilang Negara baru mahu sedar. Apa pun, tanpa Negara, kemanakah harus saya curahkan segala bakti?

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Rangkap ini pula memberi makna bahawa saya sanggup untuk ke mana saja di bumi bernama Malaysia ini bagi mencurahkan segala bakti sebagai tanda syukur bahawa saya punya Negara sendiri.
  
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata

Rangkap ini pula menyedarkan bahawa saya bukan punya segala kekuatan mutlak.

Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini …

Rangkap ini menegaskan pula bahawa walau saya tidak punya kekuatan mutlak, namun dalam ruang yang ada, saya sanggup memberi bakti berdasarkan kepada apa pengetahuan dan kemahiran yang ada.

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

Rangkap akhir ini pula merupakan komitmen saya untuk beri yang terbaik kepada Negara ini. Sememangnya sayalah penyambung warisan.

Tegasnya lagu Warisan ini memang penuh makna. Satu lagu semangat yang bukan calang-calang impaknya kepada diri saya. Lagu ini semestinya mengingatkan saya agar fokus kepada memberi dan saya harap akan terima yang terbaik dari Tuhan. Hayati lagu Warisan ini …


video

1 comment: