.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, November 12, 2013

Agenda


Satu pagi itu, saya duduk berbincang dengan seorang Datuk ini mengenai apa yang perlu dilaksanakan bagi menjayakan program pembangunan kepimpinan untuk satu organisasi besar di negara ini.


Saya ‘bombard’ Datuk ini dengan pelbagai soalan dan syor untuk program ini. Saya lihat Datuk ini ‘deep’ memikirkan sesuatu sebelum dia senyum merenung saya.

“Betul Mior, there are so many things to be done to realize all these program. Actually at the moment I sedang membaca buku karangan seorang Professor Harvard ini. Professor ini sebenarnya merupakan seorang pakar dalam bidang ‘negotiation’. 

Dalam buku ini, she said, dalam kepala kita ini ada macam-macam agenda yang mahu kita laksanakan. Kita perlu ada ability untuk negotiate dengan diri kita apakah agenda utama yang perlu kita lakukan.

Jika kita tidak berupaya negotiate dengan diri kita, pasti kita akan rasa overwhelmed dan sudahnya nothing happen. Even at this point of time, I pun rasa overwhelmed sebab demand yang tinggi dari customer. But I know I have to establish apa agenda yang perlu dilakukan terlebih dulu. Jika tidak, huru hara.


Actually Mior, itu baru antara I dan diri I. Belum lagi cuba nak negotiate agenda dengan orang lain. Lagi havoc. But somehow, selepas kita tahu inilah realiti keadaan kita, we have to accept the situation dan move on. Yang penting whatever yang dipilih, we have to be responsible and accountable to it.”

Termenung sebentar saya mendengar kata-kata Datuk ini. Saya terasa benar the gravity of the issue yang diketengahkan oleh Datuk ini.

Bila kita lihat kehidupan kita ini, saban hari kita terdedah dengan beraneka agenda untuk kita pertimbangkan. Namun bagi mereka yang berjaya, mereka sebenarnya mampu ‘lock in’ kepada satu agenda dan kemudian make it happen. Mereka tidak mudah digugat dengan agenda lain. Itu sebab mereka berjaya.

Teringat saya kepada quote ini … ‘If you do the little jobs well, the big ones will tend to take care of themselves’.

Di waktu ini, hasil selalu menjadi keutamaan. Sesiapa yang berupaya menghasilkan hasil, beliau akan dijulang. Jika beliau gagal menghasilkan hasil, beliau akan dilupakan. Mana mungkin kita berupaya menghasilkan hasil jika kita tidak ‘lock in’  kepada satu agenda.


Moga Tuhan beri saya kekuatan untuk amalkan apa yang dikongsi oleh Datuk ini. 

No comments:

Post a Comment