.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, November 6, 2013

Erti Kepimpinan - Satu Cara Pandang


Adakah anda mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi

Pelanggan Anda
Penyelia Anda
Rakan Anda
Orang Bawahan Anda
Diri Anda

… bagi mencapai apa yang anda mahu capai?

Bukankah bila kita mampu laksanakan perkara di atas, dengan sendirinya kita menjadi pemimpin yang berkesan?

Inilah yang telah disuarakan oleh seorang General Perang Dunia Kedua dahulu. Saya rasa General ini tahu apa yang dicakapkannya kerana beliau perlu memimpin/mempengaruhi askar-askar beliau yang perlu mempertaruhkan nyawa mereka bagi mencapai hasrat General ini. Fikirkan …

Segala kompetensi seperti merancang, berkomunikasi, mendeligasi, coaching, mentoring, memotivasi, berinovasi, mengurus konflik, mengurus masa dan problem solving merupakan antara elemen penting yang perlu ada pada seorang pemimpin untuk berupaya mempengaruhi dengan berkesan.  

Bukan itu saja, agar mampu memimpin/mempengaruhi dengan berkesan, seorang pemimpin mesti juga mempunyai nilai-nilai murni seperti berintegriti, prihatin, berkomitmen, bersemangat tinggi dan bertanggungjawab.

Apa kata kita jadikan keupayaan untuk mempengaruhi ini sebagai ‘The One Thing’ yang perlu kita fokuskan dalam hasrat membina leaders dalam organisasi kita? Dalam kata lain, segala usaha membina leaders perlu bermula dari titik ini iaitu keupayaan untuk mempengaruhi.

Kita jadikan ini sebagai ‘Our One Common Language’ bila bercakap mengenai Kepimpinan. Rasanya ini membuatkan kita semua senang fokus dalam membina kepimpinan di kalangan kita.

Bukan apa, apabila saya berjalan dalam satu-satu organisasi itu, saya lihat pemimpin-pemimpin organisasi itu mempunyai pelbagai takrif untuk kepimpinan. Masalah bila kita mempunyai pelbagai takrif kepimpinan dalam satu-satu organisasi itu ini ialah kita sukar untuk menyatu-padukan segala usaha membina pemimpin. Banyak sangat kepala. Sudahnya nothing happen. Fikirkan …


Saya mengimpikan agar satu masa nanti ada organisasi di Malaysia ini akan menjadikan slogan di atas sebagai ‘The One Thing’ mereka dalam membangunkan kepimpinan dalam organisasi mereka. Insyaallah. 

No comments:

Post a Comment