.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, November 3, 2013

Tindakan dan ‘Passion’


Ramai yang mahu capai matlamat masing-masing. Dari ramai-ramai orang itu, hanya segelintir yang mampu capai matlamat. Ini adalah kerana ramai diantara kita tiada kekuatan untuk mengambil tindakan.  Tindakan membezakan segalanya. Tapi bukan itu sahaja, dalam zaman serba moden ini, tindakan kita perlu mempunyai dua ciri.

Pertama segala tindakan perlu laju. Jika tidak sudah tentu kita ketinggalan. Teringat kata-kata seorang sahabat ini,

Fast Action, Fast Result
Slow Action, No Result!

Berbeza jauh dengan apa yang biasa saya dengar semasa kecil-kecil dahulu, ‘Biar Lambat Asal Selamat’. Sudah tidak boleh dipakai lagi pepatah ini.

Kedua, segala tindakan kita perlu dibuat sehingga selesai. Ramai yang bertindak dengan begitu semangat pada mulanya tetapi makin lama langsung ditinggalkan begitu sahaja. Tindakan yang separuh jalan tidak akan membawa kita mencapai matlamat kita.


Beberapa hari lepas, semasa memfasilitatorkan program ‘Young Executive Forum’ untuk Bahagian Penghantaran, TNB, saya mendapat satu ilham bagaimana untuk membina ‘passion’ dalam apa yang kita kerjakan. Bagaimana? Ini penjelasannya …

Setiap satu kerja itu bila kita ambil tindakan, lama kelamaan akan menwujudkan ‘suka’ terhadap kerja tersebut. Dan jika kita terus mengambil tindakan terhadap kerja tersebut, ‘suka’ itu akan bertukar pula menjadi rasa ‘passion’ terhadap kerja tersebut.

Rahsia merasai ‘passion’ itu rupanya berdasarkan kepada tindakan berterusan walaupun pada mulanya kita mungkin tidak menyukai kerja tersebut. Kenapa bila kita ambil tindakan boleh menwujudkan rasa ‘passion’ pada akhirnya?

Ini adalah kerana bila kita mengambil tindakan, dua perkara akan berlaku,

1) Mampu melihat perkara-perkara baru mengenai kerja tersebut.
2) Mampu melihat kerja tersebut dari satu sudut pandang baru.

Mana mungkin seorang yang tidak mengambil tindakan itu mampu terdedah kepada dua perkara di atas? Perasaan yang timbul ini mudah digambarkan seperti ceritanya dalam lagu berikut. Renungkan kata-kata lagu tersebut.




Saya harap anda mampu nampak apa yang saya nampak mengenai bagaimana rasa ‘passion’ itu mulai wujud dalam diri kita. Moga selepas ini kita mempunyai sebab yang kukuh untuk mengambil tindakan.

No comments:

Post a Comment