.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, November 9, 2013

What Really Matter


Pertama kali saya saksikan video clip ini memang buat saya teruja. Memang video ini mampu menceritakan segala intipati (essence) dalam program yang saya bawakan iaitu Sedia Untuk Berjaya (SUB).  Mari kita sama-sama saksikan video ini ...


video


Agar hidup ini penuh bermakna, pertama sekali mesti kita ketahui apa ilmu dan skill yang mahu kita bina dalam diri kita. Itu sebab satu alat bernama S.W.O.T. digunakan bagi mencapai maksud ini. 

Namun tak mampu kita guna diri untuk mencapai segala matlamat jika kita tidak tahu bagaimana diri beroperasi. Itu sebab satu alat yang dinamakan 'Stick Person' digunakan bagi mencapai tujuan ini. Bila kita tahu bagaiamana diri beroperasi maka lebih mudah kita memperbetulkan diri bilamana timbul sebarang cabaran.

Bagi memperkuatkan diri agar kukuh dalam perjalananan kita untuk capai matlamat tersebut pula, kita harus tahu apakah nilai yang boleh dibawa oleh matlamat kita itu. Tanpa mengetahui nilai ini terutama bagaimana ianya bernilai pada orang lain, kita mungkin terjerumus kedalam satu mindset yang bernama 'syok sendiri'. Itu sebab satu alat bernama 'Business Model Canvas' digunakan bagi mengenalpasti dan membina nilai ini.

Jika segala aktiviti di atas kita hubungkan kepada niat diri kita untuk beri yang terbaik dalam hidup sebagai tanda syukur kita terhadap apa yang Tuhan berikan kepada kita, dengan izin Tuhan, hidup kita sentiasa diberkati dan dirahmati.

Moga dengan bantuan dari tiga alat ini, kita mampu mencapai maksud dari video di atas. Wallahu'alam.

Insya Allah akan saya masukkan video clip ini dalam SUB.

No comments:

Post a Comment