.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, December 21, 2013

Adam McKenna


Saya pernah menceritakan mengenai Adam dalam cerita blog saya tahun lepas. Mula mengenali beliau semasa satu majlis anjuran Teach For Malaysia (TFM). Since then, kami jadi baik. I guess we have mutual respect. Saya tertarik dengan young man ini kerana visi hidupnya. Hebat sekali!


Semalam, kami went for breakfast somewhere near Mercu UEM. Bukan apa, hanya nak celebrate bahawa Adam akan melanjutkan pelajarannya ke University of Victoria, Canada. Hari ini, beliau berangkat ke sana.

Saya tanya Adam apa pelajaran utama yang beliau perolehi semasa bersama TFM. Saya suka dengan respon beliau. Kata beliau, disamping mesti mempunyai gambaran besar tentang apa yang hendak dilaksanakan, TFM menekankan soal effective implementation. Ini satu soal yang menarik kerana banyak organisasi yang mempunyai masalah dalam hal ini. Tambah pula TFM ini dianggotai Gen Y (mereka yang berumur bawah 33 tahun).

Baru-baru ini, semasa satu sessi discussion dengan segolongan Pengurus-Pengurus Kawasan TNB Distribution, soal Gen Y ini telah dibincangkan. Dalam discussion ini, saya lihat ramai yang mempunyai cabaran untuk mempengaruhi Gen Y ini untuk beri yang terbaik dalam tugas mereka. Ini berlaku kerana pada pandangan pengurusan ini, Gen Y mempunyai characteristic yang unik berbanding keperluan menjadi seorang anggota kerja yang berkesan dalam tugas. Yet, Gen Y dalam TFM ini hebat sekali sokongan mereka dalam kerja mereka.

So, saya tanya Adam, apa yang diamalkan oleh TFM yang pada penglihatan saya berjaya membuatkan anggota kerja TFM ini melaksanakan segala implementation dengan mudah. Adam beritahu saya bahawa, sememangnya wujud seribu satu masalah dalam soal implementation ini, namun anggota kerja ini sentiasa mengamalkan ketelusan (transparency) dalam tugas. Ketelusan yang bagaimana?

Pertama, TFM benar-benar membawa anggota kerjanya agar benar memahami apakah visi dan misi TFM. Visi bermaksud kemana maksud akhir TFM dan misi bermaksud bagaimana TFM mahu mencapai visinya. Penerangan ini dilakukan secara informal maupun secara formal bermula semenjak temuduga anggota kerja lagi.

Kedua, TFM sentiasa menggalak ‘active discussion’ semasa berdepan segala cabaran melaksana tugas. Anggota kerja digalak untuk memberi pendapat bagaimana untuk mengatasi cabaran yang dihadapi dari hanya mengharapkan apa keputusan dari ketua mereka.

Bagi saya, ini merupakan ‘crucial conversations’ yang amat perlu ada dalam sesuatu organisasi itu bagi memastikan engagement dari anggota kerja organisasi ini. Tambah pula bila berdepan dengan mereka dari Gen Y ini. Satu realization datang pada saya dalam bentuk begini;

Gen Y = Gen ‘Why’

Ini sesuai benar dengan kenyataan seorang ahli psikologi barat, Victor E Frankl dalam bukunya ‘Man’s Search for Meaning’ iaitu ‘People have enough to live, but nothing to live for; They have the means, but no meaning’.

Dalam kata lain manusia zaman sekarang memerlukan makna(meaning) yang jelas dalam membina commitment mereka melaksana sebarang tugas itu. Sememangnya ini amat benar bagi mereka dari kalangan Gen Y ini!


Disini saya inginkan utarakan beberapa quotes yang terbit semasa perbualan Adam dan saya untuk kita sama-sama renungkan;

       1) Everyone should have an equal access to create in whatever fields of life.
       2) We in a business to create values for our customers.
       3) Our products or services are merely our instrument to create better and brighter life.

Syukur banyak-banyak pada Tuhan kerana saya really enjoy discussion ini. Saya nampak ada beberapa perkara yang perlu saya update dalam module-module seminar saya hasil daripada information baru yang diperolehi ini. Adam mungkin masih dalam perjalanan ke Canada semasa saya upload artikel ini.  Anyway, all the best Adam and May Allah bless you.

No comments:

Post a Comment