.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, December 17, 2013

Better.Brigher!


Beberapa minggu lepas, aku telah diminta untuk merancang dan melaksana satu program bagi meningkatkan kesedaran di kalangan anggota kerja TNB bagi menyokong dan mendokong segala aspirasi yang telah dibangunkan oleh pengurusan TNB bagi menghadapi dunia yang semakin mencabar.

Bila aku lihat scenario dalam TNB ini, sebenarnya terdapat banyak slogan, inisiatif dan rancangan yang telah disampaikan kepada anggota kerja TNB ini. Sudahnya apa yang berlaku? Aku lihat ramai anggota kerja ini yang confuse. Confuse kerana tidak nampak bagaimana segala slogan, inisiatif dan rancangan ini berhubung kait dan apakah peranan yang mereka perlu mainkan bagi menjayakan ini semua.

Aku fikir, langkah pertama yang paling penting untuk dilaksanakan ialah membina satu gambaran menyeluruh bagaimana semua ini berhubungkait di atas satu muka surat. Hasilnya? Cuba tuan puan hayati gambaran besar dibawah ini …


Soalan berikut yang harus aku fikirkan ialah bagaimana anggota kerja TNB ini samada secara individu maupun secara berkumpulan mampu menyokong gambaran besar ini. Fikir punya fikir, aku fikir, kita perlu memulakan hasrat ini dengan memberi satu pendedahan untuk bagaimana kenal diri. Ini adalah soal yang paling asas.

Untuk itu aku telah ketengahkan konsep ‘Stick Person’, satu kaedah mudah untuk mengetahui bagaimana diri beroperasi dalam menghasilkan sebarang hasil dalam hidup ini. Bila mereka punya pengetahuan tentang hal ini, mudah bagi mereka untuk memperbaiki sebarang kepincangan dalam diri.

Hasil dari ilmu kenal diri ini, diharapkan anggota kerja TNB ini mulai menyedari betapa berharga diri masing-masing. Sudah semesti diri tidak boleh dipersia-siakan. Jadi bagaimana untuk mereka menghargai diri? Bagi menjawab persoalan ini, aku harus menekankan kepada mereka bahawa mereka perlu mempunyai matlamat diri dan kemudian sebokkan diri cuba mencapai matlamat tersebut.

Bagi membantu mereka menetapkan matlamat, aku ketengahkan alat S.W.O.T. Sebagai permulaan, aku akan usulkan kepada mereka agar tetapkan matlamat dalam tugas masing-masing dan matlamat peribadi dalam tugas itu pula mesti sejajar dengan apa yang organisasi mahukan dari mereka. Jika tidak, mereka akan hanya ‘syok sendiri’!


Berbekalkan kepada pendekatan di atas, maka wujudlah program Better.Brighter (B.B). Pilot program ini telah disampaikan kepada sebilangan anggota kerja TNB Rawang. Hasilnya? Amat membanggakan. Rata-rata menyetujui B.B. ini telah membuka mata mereka dan faham jelas bagaimana mereka secara individu maupun secara berkumpulan boleh membantu mencapai hasrat TNB itu.


Bukan itu sahaja, mereka telah mengesyorkan agar B.B ini dikongsi khasnya dengan anggota kerja TNB Rawang yang lain dan amnya dengan seluruh anggota kerja TNB bagi mempengaruhi mereka untuk menyokong dan mendokong transformasi yang mahu dilaksanakan. Ini satu permulaan yang sangat mengujakan.

B.B ini bukan tamat dengan terlaksananya program 3hari 2 malam ini sahaja. Akan ada ‘homework’ dan program susulan yang perlu dilaksanakan oleh peserta program B.B ini. Ini bagi memastikan hasil akhir program B.B. ini boleh dicapai. Apapun, aku mesti salute dengan anggota kerja TNB Rawang ini. Mereka telah memberi komitmen yang cukup tinggi semasa menyertai program B.B. ini.

Sememangnya, TNB Rawang Better.Brighter!  

No comments:

Post a Comment