.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, January 1, 2014

Berita Tahun Baru :)


Untuk memulakan cerita Tahun Baru 2014 ini, saya ingin berkongsi satu pengalaman …

Kadang-kadang, ada masa tertentu itu kita menerima satu perkara dalam hidup ini yang membuatkan kita makin teruja dengan apa yang kita lakukan dalam hidup ini. Walaupun pada orang lain apa yang dimaksudkan itu hanya merupakan satu perkara kecil, tetapi sesekali tidak pada diri sendiri.

Rasa hilang letih bila menerima perkara sebegini. Ini bukanlah bermakna kita mengharap itu semua tetapi bila kita terima perkara tesebut tanpa kita mengharapnya, memang ianya satu kenangan yang cukup manis.

Satu contoh terbaik yang berlaku pada diri saya sendiri baru-baru ini ialah email berikut yang telah dihantar oleh wakil Connaught Bridge Power Station (CBPS) ini kepada pejabat saya baru-baru ini …


As Salam Y. Bhg. Dato’,

 Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah di atas perlantikan Y. Bhg.  Dato’ sebagai Pengarah bagi Leadership Development Centre TNB, dimana saya percaya LDC dibawah selian Y. Bhg Dato’ akan berjaya dalam memainkan peranan untuk mewujudkan kakitangan TNB yang lebih Vibrant dan berupaya mendokong aspirasi TNB untuk menjadi Domestic Dominance Regional Champion.

CBPS dalam menyahut seruan Y. Bhg. Dato’ Seri CEO untuk mewujudkan kakitangan yang Vibrant dan berproduktiviti tinggi telah merangka satu strategy yang diberi nama SJJC Vibrant Workforce Development Program.  Program ini telah dimulakan dengan kerjasama En Mior Azli Mior Mohd Isa dengan pelaksanaan Sessi 1  pada 21-24 November 2012.

Pihak CBPS berpendapat program yang dilaksanakan bagi Sessi 1  telah mendapat hasil yang baik dimana peserta-peserta yang hadir adalah lebih positif dan secara sendiri mereka telah menghasilkan beberapa projek/produk yang memberi manafaat kepada operasi CBPS. Hasil dari kejayaan program pertama ini,  pihak CBPS telah mendapat kelulusan untuk meneruskan program CBPS VWDP bagi Sessi 2 pada 9 hingga 11 Januari 2014.

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kejayaan  dan kesinambungan program CBPS VWDP Sessi 2 ini, pihak CBPS akan sekali lagi bekerjasama dengan En Mior Azli. Untuk makluman Y Bhg. Dato’, semasa perbincangan mengenai pelaksaanaan program CBPS VWDP dimuktamadkan, En Mior Azli masih berada di Bahagian Penghantaran TNB.

Memandangkan kini En Mior Azli telah ditempatkan di LDC, pihak CBPS ingin memohon kelulusan Y. Bhg. Dato’ untuk membenarkan SJJC mendapatkan khidmat En Mior Azli sebagai tenaga pembimbing bagi program CBPS VWDP Sessi 2  pada 9 hingga 11 Januari 2014 ini.

Sekian, segala petimbangan Y. Bhg. Dato’ di dahului dengan ucapan terima kasih. Bersama ini disertakan surat dari CBPS untuk pertimbangan Y. Bhg. Dato’.

 Bagi pihak CBPS,
 
Dol Malek Md.Sap
Senior Manager (Business Support Service)
Connaught Bridge Power Station
Jalan Dato' Mohd Sidin
41990 Klang
Selangor


Mengujakan! Of course saya look forward untuk laksana program ini. So much fun! May Allah bless!

No comments:

Post a Comment