.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, February 2, 2014

S.C.I.P.A.B.


Saya selalu menghadapi masalah bagaimana untuk membuat ‘executive summary’ untuk sesuatu perkara yang saya lakukan baik samada ianya merupakan satu lapuran, seminar atau perbincangan.  Saya sentiasa menghadapi masalah apa yang mahu saya masukkan ke dalam sesuatu ‘executive summary’ itu memandangkan saya biasanya punya banyak maklumat untuk dipertimbangkan.


Teka teki ini terjawab baru-baru ini bila secara bidan terjun, saya telah menyertai satu program dua hari bertajuk ‘Selling to the Decision Maker’ hasil kajian Mandel Communications dari Amerika Syarikat.

Salah satu idea hebat di dalam seminar ini ialah S.C.I.P.A.B. yang memberi maksud ‘Situation + Complication + Implication + Position + Action + Benefits.'


Saya diberitahu oleh Daniel Kwok iaitu fasilitator program ini bahawa S.C.I.P.A.B. dibangunkan oleh Mr Mandel pada tahun 80an dahulu bagi membantu para technologists di Silicon Valley agar mudah menyakinkan para pelabur atau ‘angel investor’ untuk sudi melabur dalam idea-idea mereka. Keperluan ini timbul kerana para technologists ini tidak mahir untuk menceritakan idea mereka yang mempunyai elemen ‘business sense’.

Jadi bagaimana kita aplikasi idea S.C.I.P.A.B. ini? Untuk itu kita perlu memahami dahulu apakah makna terperinci S.C.I.P.A.B. ini.

Situation – Huraikan ‘context’ atau suasana keadaan yang menjadi tumpuan.
Complication – Apakah kesulitan yang dihadapi oleh ‘situation’ di atas.
Implication – Apakah akibat daripada ‘complication’ di atas.
Position – Apakah cadangan anda untuk menangani ‘Complication’ di atas.
Action – Apakah tindakan yang anda sarankan kepada sasaran anda.
Benefits – Apakah faedah yang bakal diterima oleh sasaran anda di atas tindakan di atas.

Contoh penggunaan S.C.I.P.A.B. di atas ialah seperti berikut;

Hujung minggu ini saya akan mengadakan satu majlis makan malam sempena Tahun Baru Cina. (Situation) Namun saya tidak mempunyai buah limau. (Complication) Apalah makna majlis makan malam Tahun Baru Cina jika tiada buah limau (Implication). Saya mendapat tahu buah limau yang dijual di kedai buah Bahagia itu sungguh manis. (Position) Boleh tak anda tolong beli buah limau di kedai tersebut semasa dalam perjalanan ke majlis makan malam ini nanti? (Action) Anda pasti akan puas hati bila majlis makan malam ini diserikan lagi dengan adanya buah limau. (Benefits).

Apakah kebaikan jika sesuatu perkara itu mempunyai elemen S.C.I.P.A.B. seperti contoh di atas?

Pertama, segala maklumat penting yang perlu diketahui oleh sasaran kita sudah dinyatakan dalam kenyataan ini. Kedua, kenyataan di atas tidak memfokuskan kepada diri kita tetapi lebih kepada sasaran kita. Ketiga, aliran fikiran (terrain of thoughts) kita untuk menerangkan isu kita ini sangat tersusun.


Dengan gaya sebegini mudah untuk sasaran kita memahami kita dan seterusnya peluang kita untuk mempengaruhi sasaran kita untuk menyetujui syor kita itu makin tinggi.

Menarik bukan? Cubalah!

No comments:

Post a Comment