.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, March 8, 2014

Sedarlah Wahai Sahabatku


Suatu waktu dahulu … kita bebas bermain …
Suatu waktu dahulu kita bebas berlari …
Suatu waktu dahulu kita bebas di bumi ini…

Kini … bumi ini tidak lagi seperti dahulu …
Jarak usia semakin merangkak ke angka yang jauh ...
Kini …. kita juga telah berbeza …
Larian kita juga berbeza kerana kita mengejar masa …
Kini … kita berbeza … kerana … jiwa kita berbeza …
Kini … kita berbeza … kerana haluan kita sudah berbeza ...
Kini ... kita berbeza … kerana organisasi ini hebat dicabar!

Kita perlu sedar apakah wasiat nenek moyang kita?
Kita perlu sedar apakah hala tuju kita?
Kita perlu sedar apakah nasib kita nanti?
Kita perlu sedar apakah tinggalan buat generasi mendatang?

Jiwa kita perlu dibajai semula …
Hati kita perlu disirami semula …
Ukhwah kita perlu dieratkan semula …
Silaturahim kita perlu dirapatkan semula …
Demi agama, negara dan organisasi ini ...

Bersatulah kita wahai warga TNB …
Bersatulah kita wahai warga TNB …
Bersatulah kita wahai insan terpelajar …
Bersatulah kita di bawah satu naungan …
Bersatulah kita di bawah langit yang cerah …











Biarlah ia menjadi milik kita yang abadi hingga akhirnya …
Bersatulah demi sebuah harapan pada sebuah impian …
Agar senyuman dapat lagi terukir di bibir …
Tak kan TNB hilang di dunia !!!
Perjuangan kita belum selesai !!!

No comments:

Post a Comment