.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, June 28, 2014

Budaya Juara


Sudah lama saya tidak melaksanakan program untuk pelajar sekolah. Keinginan saya ini makin kuat bila saya lihat keberkesanan program Better.Brighter untuk TNB dan saya merasakan program seumpama ini semestinya juga berkesan untuk pelajar sekolah.


Saya sememangnya suka melaksanakan program ini untuk pelajar kerana dua sebab. Pertama, pelajar sekolah adalah tempat terbaik untuk saya menguji samada segala pendekatan dan teori yang saya bangunkan itu boleh diterima atau sebaliknya. Pelajarlah golongan terbaik kerana mereka selalunya 'sincere' dalam memberi pandangan. Kedua, saya suka bekerja dengan golongan muda kerana mereka mudah menerima perubahan.

Itulah. bila peluang datang, saya sedaya upaya akan cuba melaksanakan program untuk pelajar. Peluang ini datang, bilamana Bro Azman telah memohon samada saya mahu melaksanakan program satu program CSR untuk sebuah sekolah di Sungai Buloh. Semestinya saya katakan 'ya!'.

Memang ketika itu jadual saya ketat tapi peluang ini semestinya saya tidak lepaskan. Dipendekkan cerita, pertemuan dengan Bro Rohaizad dan barisan anggota PIBG dari Sekolah Bandar Baru Sungai Buloh itu telah bercadang untuk melaksanakan satu program pada Isnin dan Selasa yang lepas.


Sebelum perlaksanaan program ini, saya telah mula mengatur resepi yang saya kira paling mujarab bagi program ini. Akhirnya, lahirlah satu program yang saya namakan 'Budaya Juara'. Pendekatan saya bermula dengan bahawa setiap manusia itu merupakan alat pencapai matlamat terulung ciptaan Tuhan. Semestinya para hadirin perlu dijelaskan satu kaedah kenal diri agar mereka sedar bagaimana diri mereka beroperasi agar mudah mencapai matlamat kelak.

Seterusnya, perlu dijelaskan bagaimana menggunakan diri untuk mencapai matlamat. Satu perkara penting yang saya tekankan disini ialah peri pentingnya menjadikan SPM sebagai batu loncatan untuk mencapai matlamat dan bukan menjadikan SPM sebagai tujuan akhir pendidikan diri. Berikutnya, semesti ditunjukkan jalan bagaimana mengurus aktiviti dalam masa-masa yang ada agar matlamat tercapai dalam ruang masa yang ada.


Berbekalkan pendekatan inilah, Budaya Juara telah dilaksanakan. Hasilnya cukup memberangsangkan. Saya sendiri rasa teruja dengan sambutan yang diberikan. Mereka banyak mengajar saya. Satu pelajaran yang ditemui ialah 'some calibration' perlu saya lakukan terhadap penceritaan 'Stick Person' (Alat untuk kenal diri).

Pertama, Saya mesti menerangkan dengan mudah mengapa kita perlu kenal diri. Satu logik perlu saya ketengahkan agar para hadirin nampak jelas mengapa mereka perlu kenal diri. Contohnya, mana mungkin kita gunakan gelas untuk minum air jika pada mulanya kita tidak kenal apa itu gelas. Kedua, saya mesti menerangkan dengan mudah mengapa perlu memahami Stick Person. Caranya ialah dengan apa bezanya sebelum dan selepas mengenali konsep Stick Person ini.


All in all, dua hari saya bersama para pelajar ini memang berbaloi. Saya wrap up pengalaman saya ini dengan berkongsi 'findings' saya ini bersama sahabat saya, Tn Hj K melalui perbualan dalam telefon semasa saya ke LDC keesokkan harinya. Saya tahu apa yang saya alami ini memang berbaloi bilamana Tn Hj K sendiri 'endorse' apa yang saya alami ini. After all, bukan senng nak dapat 'endorsement' dari Tn Hj K ini :)


Terima kasih Tuhan.

Selamat Menyambut Ramadhan dan moga Tuhan rahmati dan berkati kita.

Sunday, June 22, 2014

Burned Biscuits


When I was a kid, my Mom liked to make breakfast food for dinner every now and then. And I remember one night in particular when she had made dinner after a long, hard day at work. On that evening so long ago, my Mom placed a plate of eggs, sausage and extremely burned biscuits in front of my dad. I remember waiting to see if anyone noticed!

Yet all dad did was reached for his biscuit, smile at my Mom and ask me how my day was at school. I don’t remember what I told him that night, but I do remember watching him smear butter and jelly on that biscuit and eat every bite!

When I got up from the table that evening, I remember hearing my Mom apologize to my dad for burning the biscuits. And I’ll never forget what he said: “Honey, I love burned biscuits.”

Later that night, I went to kiss Daddy good night and I asked him if he really liked his biscuits burned. He wrapped me in his arms and said, “Your Momma put in a hard day at work today and she’s real tired. And besides – a little burned biscuit never hurt anyone!”


Moral: Life is full of imperfect things and imperfect people. I’m not the best at hardly anything, and I forget birthdays and anniversaries just like everyone else. But what I’ve learned over the years is that learning to accept each others faults – and choosing to celebrate each others differences – is one of the most important keys to creating a healthy, growing, and lasting relationship.

Five More Minutes


While at the park one day, a woman sat down next to a man on a bench near a playground. “That’s my son over there,” she said, pointing to a little boy in a red sweater who was gliding down the slide. "He’s a fine looking boy” the man said. “That’s my daughter on the bike in the white dress.” 

Then, looking at his watch, he called to his daughter. “What do you say we go, Melissa?” Melissa pleaded, “Just five more minutes, Dad. Please? Just five more minutes.” The man nodded and Melissa continued to ride her bike to her heart’s content. Minutes passed and the father stood and called again to his daughter. “Time to go now?”

Again Melissa pleaded, “Five more minutes, Dad. Just five more minutes.” The man smiled and said, “OK.” “My, you certainly are a patient father,” the woman responded.

The man smiled and then said, “Her older brother Tommy was killed by a drunk driver last year while he was riding his bike near here. I never spent much time with Tommy and now I’d give anything for just five more minutes with him. I’ve vowed not to make the same mistake with Melissa. She thinks she has five more minutes to ride her bike. The truth is, I get Five more minutes to watch her play.”


Moral: Life is all about making priorities, and family is one and only priority on top of all other, so spend all time you can with loved ones.

Monday, June 16, 2014

Teambuilding EWRM TNB - Better.Brighter!


Beberapa hari yang lepas, bertempat di Corus Hotel, PD, satu teambuilding untuk anggota kerja EWRM, TNB telah diadakan. Tujuan teambuilding ini ialah untuk membina produktiviti serta image yang lebih baik untuk Jabatan EWRM ini.

Saya perlu mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Bro Fauzul Naim, Bro Hj Fauzi, Bro Zairam serta segala mereka yang terlibat menjayakan teambuilding ini yang benar-benar telah menceriakan teambuilding ini. Saya harap anggota kerja EWRM ini mendapat satu ilham baru bagi membina masa depan yang lebih cemerlang bagi diri mereka sendiri serta Jabatan mereka.

Juga diharapkan kerjasama diantara menreka akan lebih mantap sesuai dengan laungan mereka di akhir program ini iaitu ... 1 EWRM! 

Akhir kata, moga CRO (Chief Risk Officer) TNB, En Lim Tong Kang berpuas hati dengan aktiviti dalam teambuilding ini dalam membantu beliau mencorak Jabatan EWRM ke arah satu hala yang dikehendaki oleh pelanggan mereka.

Berikut merupakan sedutan foto-foto sepanjang program teambuilding tersebut ...



Hidup 1 EWRM!

Thursday, June 12, 2014

Aku Kesah?


Video berikut cukup memberi erti dalam mengesahkan makna aku kesah. Cuba kita perhatikan makna dalam video ini …


Saya terpanggil untuk berkongsi video ini kerana sejak beberapa ketika ini, saya banyak menyaksikan bagaimana ramai manusia yang saya lihat begitu mementingkan diri dan hanya melihat manusia lain sebagai kenderaan bagi mencapai maksud mereka.

Saya bertambah pelik kerana manusia-manusia ini bukannya dari golongan sebarangan. Pelajaran mereka tinggi. Kedudukan mereka tinggi. Mereka begitu berlumba-lumba untuk mencapai matlamat masing-masing langsung lupa untuk ‘memberi’ kepada organisasi mereka yang telah banyak menyumbang kepada mereka sendiri.

Malah ada yang sanggup untuk mencari salah ‘orang lain’ walaupun ‘orang lain’ itu telah membantu mereka menyelesaikan masalah mereka. Walaupun ada yang mengatakan terima kasih tetapi ‘terima kasih’ mereka masih bersifat ‘conditional’. Tindak tanduk mereka menggambarkan bahawa mereka melihat manusia lain hanya sebagai benda atau objek dan jauh sekali menghargai nilai diri seseorang manusia itu.

No wonder ramai orang bawahan mereka memberontak. Bila orang bawahan mereka memberontak, makin tebal sangka buruk mereka kepada orang bawahan mereka. Sudahnya ‘vicious cycle’ ini makin besar langsung tidak menguntungkan sesiapa! 

Kekadang saya terfikir adakah orang seumpama ini boleh bertemu bahagia? Rasanya tidak …

Tuesday, June 10, 2014

Seruling Sakti


Pada zaman dahulu terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik terletak di kaki bukit. Pekan tersebut di kenali Hamelyn. Penduduk di pekan tersebut hidup dengan aman damai, tetapi sikap mereka tidak perihatin terhadap kebersihan. Pekan tersebut penuh dengan sampah sarap. Mereka membuang sampah di merata-rata menyebabkan pekan tersebut menjadi tempat pembiakan tikus. Semakin hari semakin banyak tikus membiak menyebabkan pekan tersebut dipenuhi oleh tikus-tikus.


Tikus-tikus berkeliaran dengan banyaknya dipekan tersebut. Setiap rumah tikus-tikus bergerak bebas tanpa perasaan takut kepada manusia. Penduduk di pekan ini cuba membela kucing untuk menghalau tikus dan ada diantara mereka memasang perangkap tetapi tidak berkesan kerana tikus terlampau banyak. Mereka sungguh susah hati dan mati akal bagaimana untuk menghapuskan tikus-tikus tersebut.

Musibah yang menimpa pekan tersebut telah tersebar luas ke pekan-pekan lain sehinggalah pada suatu hari seorang pemuda yang tidak dikenali datang ke pekan tersebut dan menawarkan khidmatnya untuk menghalau semua tikus dengan syarat penduduk pekan tersebut membayar upah atas kadar dua keping wang mas setiap orang.

Penduduk di pekan tersebut berbincang sesama mereka diatas tawaran pemuda tadi. Ada diantara mereka tidak bersetuju oleh kerana mereka tidak sanggup untuk membayar upah yang sangat mahal. Setelah berbincang dengan panjang lebar akhirnya mereka bersetuju untuk membayar upah seperti yang diminta oleh pemuda itu kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain.

Keputusan tersebut dimaklumkan kepada pemuda tadi, lalu dia mengeluarkan seruling sakti dan meniupnya. Bunyi yang keluar dari seruling itu sangat merdu dan mengasik sesiapa yang mendengarnya. Tikus-tikus yang berada dimerata tempat didalam pekan tersebut mula keluar dan berkumpul mengelilinginya.

Pemuda tadi berjalan perlahan-lahan sambil meniup seruling sakti dan menuju ke sebatang sungai yang jauh dari pekan tersebut. Apabila sampai ditepi sungai pemuda tadi terus masuk kedalamnya dan diikuti oleh semua tikus.Tikus-tikus tadi tidak dapat berenang didalam sungai dan semuanya mati lemas.

Kini pekan Hamelyn telah bebas daripada serangan tikus dan penduduk bersorak dengan gembiranya. Apabila pemuda tadi menuntut janjinya, penduduk tersebut enggan membayar upah yang telah dijanjikan kerana mereka mengangap kerja yang dibuat oleh pemuda tadi tidak sepadan dengan upah yang diminta kerana hanya dengan meniupkan seruling sahaja.

Pemuda tadi sangat marah lalu dia menuipkan seruling saktinya sekali lagi. Irama yang keluar dari seruling itu sangat memikat hati kanak-kanak menyebabkan semua kanak-kanak berkumpul di sekelilingnya. Setelah semua kanak-kanak berkumpul pemuda tadi berjalan sambil meniupkan seruling dan diikuti oleh semua kanak-kanak. Pemuda itu membawa kanak-kanak tersebut keluar dari pekan Hamelyn.

Setelah Ibu Bapa menyedari bahawa mereka akan kehilangan anak-anak, mereka mulai merasa cemas kerana kanak-kanak telah meninggalkan mereka dan mengikuti pemuda tadi. Mereka mengejar pemuda tadi dan merayu supaya menghentikan daripada meniup seruling dan memulangkan kembali anak-anak mereka. Merka sanggup memberi semua harta benda yamg ada asalkan pemuda tersebut mengembalikan anak-anak mereka.

Rayuan penduduk tidak diendahkan oleh pemuda tadi lalu mereka membawa kanak-kanak tersebut menuju kesuatu tempat dan apabila mereka sampai disitu muncul sebuah gua dengan tiba-tiba. Pemuda tadi masuk ke dalam gua itu dan diikuti oleh kanak-kanak. Setelah semuanya masuk tiba-tiba gua tersebut ghaib dan hilang daripada pandangan penduduk pekan tersebut.

Mereka tidak dapat berbuat apa-apa oleh kerana mereka telah memungkiri janji yang mereka buat. Mereka menyesal diatas perbuatan mereka tetapi sudah sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.


Sehingga hari ini penduduk pekan Hamelyn tidak melupakan kesilapan yang dilalukan oleh nenek moyang mereka. Menepati janji adalah pegangan yang kuat diamalkan oleh penduduk pekan Hamelyn sehingga hari ini.

Friday, June 6, 2014

'Essence' dan 'Form'


Di penghujung program bersama Dr Sampath semalam, saya tertarik dengan satu topik yang disentuh beliau bertajuk ‘Essence dan ‘Form’.


Menurut beliau ‘Essence is the actual issue or the main problem’. Manakala ’Form is exterior or superficial look and feel; the environment; ways and means of communication’. Essence dan Form ini berkait rapat. Essence ialah intipati atau apa isu yang dimaksudkan manakala form merupakan jelmaan kepada ‘Essence’ dalam dunia fizikal ini. Sebagai contoh;

makna (essence), perkataan (form)
niat (essence), perbuatan (form)
cinta (essence), bunga rose (form)

Bagi menerangkan maksud ini, beliau telah memberi contoh mengenai kisah cinta beliau dengan isteri beliau. Menurut beliau, semasa di dalam alam pertunangan, beliau sentiasa menujukkan cinta (essence) beliau kepada tunang beliau dengan memberi hadiah atau kad tanda ingatan (form). Kata beliau, segala hadiah dan kad yang diberikan itu kerana beliau duduk berjauhan dengan tunangnya.

Namun setelah berkahwin dan duduk bersama dengan isterinya, beliau berhenti memberi hadiah dan kad tersebut. Pada ketika ini, isteri beliau bertanya kenapa beliau berhenti memberi hadiah dan kad (form) kerana isterinya amat menyukainya. Namun pada pendapat beliau, sudah cukup bahawa isterinya mengetahui bahawa beliau mencintai isterinya (essence) kerana kini beliau sentiasa bersama isterinya dan tidak seperti sebelum mereka berkahwin dimana mereka tinggal berjauhan.

Maka wujud satu salah faham disini antara beliau dan isterinya mengenai pengertian dari segi ‘form’ terhadap cinta mereka (essence). Kedua-dua belah pihak memang mempunyai ‘essence’ yang sama iaitu saling cinta mencintai namun masing-masing punya ‘form’ berbeza dalam meluahkan cinta ‘essense’ mereka.

Dr Sampath menyatakan bahawa dalam hidup, inilah faktor yang menyebabkan konflik dalam kehidupan. Iaitu kita punya ‘form’ yang berbeza walaupun ‘essence’nya sama. Pada waktu ini, ramai manusia tidak sedar mengenai hakikat ini lalu menyebabkan ramai yang huru hara dalam hidup ini. Kita semestinya harus menyedari apakah ‘form’ yang kita utarakan dalam setiap ‘essence’ dalam kehidupan kita.

‘Essence’ dan ‘Form’ juga harus sesuai dengan konteks atau suasana yang sedang dihadapi. Sebagai contoh katakan kita mahu menunjukkan rasa syukur (essence) terhadap seorang kawan kita yang baru datang dari India. Dan katakan kawan kita dari India ini merupakan seorang ‘vegetarian’ (konteks). Maka kita telah membawa beliau untuk makan disebuah café yang tidak menjamu sebarang makanan ‘vegetarian’ (form).

Bila ini berlaku, sudah semesti akan wujud konflik antara anda dan kawan anda itu bukan? Jadi dalam satu perhubungan, pastikan kita mengambil berat tentang soal ‘form’, ‘essence’ dan konteks ini. Jika tidak haru hidup ini dibuatnya!

Akhir kata, bila bercakap mengenai ‘essence’ dan ‘form’ ini, saya suka menghubungkan perkara ini dengan satu quote yang amat saya suka satu masa dahulu yang berbunyi; “I judge others by their actions (form) but I judge myself by my intentions (essence)”. Ini membuatkan saya tersenyum sendirian kerana wujud ketidakadilan dari pihak diri saya sendiri dalam satu perhubungan itu.


Terima kasih di atas ilmu ini. Moga ianya akan memakmurkan lagi hidup ini.

Wednesday, June 4, 2014

Petani dan Mata Air Ajaib.


Alkisah, seorang petani menemui sebuah mata air ajaib. Mata air itu boleh mengeluarkan kepingan wang emas yang tak terhingga banyaknya. Mata air itu boleh membuat si petani menjadi kaya raya seberapapun yang diinginkannya, sebab mata air wang emas itu hanya akan berhenti bila si petani mengucapkan perkataan “cukup”. Seketika si petani terpana melihat kepingan wang emas berjatuhan di depan matanya.


Diambilnya beberapa baldi untuk menampung wang percuma itu. Setelah semuanya penuh, dibawanya ke pondok kecilnyanya untuk disimpan disana. Pancuran wang terus mengalir sementara si petani terus mengisi semua karungnya, seluruh tempayannya, bahkan mengisi penuh rumahnya.

Masih kurang! Dia menggali sebuah lubang besar untuk menimbun emasnya. Belum cukup, dia membiarkan mata air itu terus mengalirkan wang emas hingga akhirnya petani itu mati tertimbus bersama ketamakannya kerana dia tak pernah boleh berkata cukup. Perkataan yang paling sukar diucapkan oleh manusia kemungkinan adalah perkataan “cukup”. Bilakah kita boleh berkata cukup? Hampir semua pegawai merasakan gajinya belum boleh dikatakan sepadan dengan kerja kerasnya.

Peniaga hampir selalu merasakan keuntungan perniagaanya masih di bawah target. Isteri mengeluh suaminya kurang beri perhatian padanya. Suami berpendapat isterinya kurang mengerti kehendaknya. Anak-anak menganggap orang tuanya kurang murah hati.

Semua merasa kurang dan kurang. Bilakah kita boleh berkata cukup?

Cukup bukanlah pasal berapa jumlahnya. Cukup adalah persoalan kepuasan hati. Cukup hanya boleh diucapkan oleh orang yang boleh bersyukur. Tak perlu takut berkata cukup.

Mengucapkan perkataan cukup bukan bererti kita berhenti berusaha dan berkerja. “Cukup” jangan diertikan sebagai keadaan berpuas hati.

Mengucapkan perkataan cukup membuat kita melihat apa yang telah kita terima, bukan apa yang belum kita dapatkan. Jangan biarkan kerakusan manusia membuat kita sukar berperkataan cukup. Belajarlah mencukupkan diri dengan apa yang ada pada diri kita hari ini, maka kita akan menjadi manusia yang berbahagia.


Belajarlah untuk mengucapkan perkataan “Cukup”.

Monday, June 2, 2014

Two Short Zen Stories


Story 1


A young student of Zen happened to break a precious vase belonging to his teacher.

When he heard his teacher's footsteps, he quickly held the broken vase behind him. As the teacher walked up to him, he asked, "Why does one die, master?"

"It's natural," said the teacher. "Everything has a beginning and an end. Everything has just so long to live and then has to die."

The student held out the pieces of the broken vase and said, "The time for your vase to die had come."


Story 2


A Zen student said to his teacher, “Master, I have an ungovernable temper. Help me get rid of it.”

“You have something very strange, show it to me.” said the teacher.

“Right now I cannot show it to you.” replied the student.

“Why not?" asked the teacher

“It arises suddenly.” answered the student.

“Then it cannot be your own true nature,” said the teacher, “if it were, you would be able to show it to me at any time. Why are you allowing something that is not yours to trouble your life?”

Thereafter whenever the student felt his temper rising he remembered his teacher’s words and checked his anger.

In time, he developed a calm and placid temperament.

Sunday, June 1, 2014

A Message to Humanity!


Jauh dalam hati seorang manusia, tidak kira apa bangsa, agama dan tempatnya, beliau menginginkan kedamaian dan keamanan di muka bumi ini. Moga Allah S.W.T. memberi petunjuk kepada manusia-manusia sebegini Dunia Akhirat. Ameen.