.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, June 12, 2014

Aku Kesah?


Video berikut cukup memberi erti dalam mengesahkan makna aku kesah. Cuba kita perhatikan makna dalam video ini …

video

Saya terpanggil untuk berkongsi video ini kerana sejak beberapa ketika ini, saya banyak menyaksikan bagaimana ramai manusia yang saya lihat begitu mementingkan diri dan hanya melihat manusia lain sebagai kenderaan bagi mencapai maksud mereka.

Saya bertambah pelik kerana manusia-manusia ini bukannya dari golongan sebarangan. Pelajaran mereka tinggi. Kedudukan mereka tinggi. Mereka begitu berlumba-lumba untuk mencapai matlamat masing-masing langsung lupa untuk ‘memberi’ kepada organisasi mereka yang telah banyak menyumbang kepada mereka sendiri.

Malah ada yang sanggup untuk mencari salah ‘orang lain’ walaupun ‘orang lain’ itu telah membantu mereka menyelesaikan masalah mereka. Walaupun ada yang mengatakan terima kasih tetapi ‘terima kasih’ mereka masih bersifat ‘conditional’. Tindak tanduk mereka menggambarkan bahawa mereka melihat manusia lain hanya sebagai benda atau objek dan jauh sekali menghargai nilai diri seseorang manusia itu.

No wonder ramai orang bawahan mereka memberontak. Bila orang bawahan mereka memberontak, makin tebal sangka buruk mereka kepada orang bawahan mereka. Sudahnya ‘vicious cycle’ ini makin besar langsung tidak menguntungkan sesiapa! 

Kekadang saya terfikir adakah orang seumpama ini boleh bertemu bahagia? Rasanya tidak …

No comments:

Post a Comment