.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, June 28, 2014

Budaya Juara


Sudah lama saya tidak melaksanakan program untuk pelajar sekolah. Keinginan saya ini makin kuat bila saya lihat keberkesanan program Better.Brighter untuk TNB dan saya merasakan program seumpama ini semestinya juga berkesan untuk pelajar sekolah.


Saya sememangnya suka melaksanakan program ini untuk pelajar kerana dua sebab. Pertama, pelajar sekolah adalah tempat terbaik untuk saya menguji samada segala pendekatan dan teori yang saya bangunkan itu boleh diterima atau sebaliknya. Pelajarlah golongan terbaik kerana mereka selalunya 'sincere' dalam memberi pandangan. Kedua, saya suka bekerja dengan golongan muda kerana mereka mudah menerima perubahan.

Itulah. bila peluang datang, saya sedaya upaya akan cuba melaksanakan program untuk pelajar. Peluang ini datang, bilamana Bro Azman telah memohon samada saya mahu melaksanakan program satu program CSR untuk sebuah sekolah di Sungai Buloh. Semestinya saya katakan 'ya!'.

Memang ketika itu jadual saya ketat tapi peluang ini semestinya saya tidak lepaskan. Dipendekkan cerita, pertemuan dengan Bro Rohaizad dan barisan anggota PIBG dari Sekolah Bandar Baru Sungai Buloh itu telah bercadang untuk melaksanakan satu program pada Isnin dan Selasa yang lepas.


Sebelum perlaksanaan program ini, saya telah mula mengatur resepi yang saya kira paling mujarab bagi program ini. Akhirnya, lahirlah satu program yang saya namakan 'Budaya Juara'. Pendekatan saya bermula dengan bahawa setiap manusia itu merupakan alat pencapai matlamat terulung ciptaan Tuhan. Semestinya para hadirin perlu dijelaskan satu kaedah kenal diri agar mereka sedar bagaimana diri mereka beroperasi agar mudah mencapai matlamat kelak.

Seterusnya, perlu dijelaskan bagaimana menggunakan diri untuk mencapai matlamat. Satu perkara penting yang saya tekankan disini ialah peri pentingnya menjadikan SPM sebagai batu loncatan untuk mencapai matlamat dan bukan menjadikan SPM sebagai tujuan akhir pendidikan diri. Berikutnya, semesti ditunjukkan jalan bagaimana mengurus aktiviti dalam masa-masa yang ada agar matlamat tercapai dalam ruang masa yang ada.


Berbekalkan pendekatan inilah, Budaya Juara telah dilaksanakan. Hasilnya cukup memberangsangkan. Saya sendiri rasa teruja dengan sambutan yang diberikan. Mereka banyak mengajar saya. Satu pelajaran yang ditemui ialah 'some calibration' perlu saya lakukan terhadap penceritaan 'Stick Person' (Alat untuk kenal diri).

Pertama, Saya mesti menerangkan dengan mudah mengapa kita perlu kenal diri. Satu logik perlu saya ketengahkan agar para hadirin nampak jelas mengapa mereka perlu kenal diri. Contohnya, mana mungkin kita gunakan gelas untuk minum air jika pada mulanya kita tidak kenal apa itu gelas. Kedua, saya mesti menerangkan dengan mudah mengapa perlu memahami Stick Person. Caranya ialah dengan apa bezanya sebelum dan selepas mengenali konsep Stick Person ini.


All in all, dua hari saya bersama para pelajar ini memang berbaloi. Saya wrap up pengalaman saya ini dengan berkongsi 'findings' saya ini bersama sahabat saya, Tn Hj K melalui perbualan dalam telefon semasa saya ke LDC keesokkan harinya. Saya tahu apa yang saya alami ini memang berbaloi bilamana Tn Hj K sendiri 'endorse' apa yang saya alami ini. After all, bukan senng nak dapat 'endorsement' dari Tn Hj K ini :)


Terima kasih Tuhan.

Selamat Menyambut Ramadhan dan moga Tuhan rahmati dan berkati kita.

No comments:

Post a Comment