.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, June 6, 2014

'Essence' dan 'Form'


Di penghujung program bersama Dr Sampath semalam, saya tertarik dengan satu topik yang disentuh beliau bertajuk ‘Essence dan ‘Form’.


Menurut beliau ‘Essence is the actual issue or the main problem’. Manakala ’Form is exterior or superficial look and feel; the environment; ways and means of communication’. Essence dan Form ini berkait rapat. Essence ialah intipati atau apa isu yang dimaksudkan manakala form merupakan jelmaan kepada ‘Essence’ dalam dunia fizikal ini. Sebagai contoh;

makna (essence), perkataan (form)
niat (essence), perbuatan (form)
cinta (essence), bunga rose (form)

Bagi menerangkan maksud ini, beliau telah memberi contoh mengenai kisah cinta beliau dengan isteri beliau. Menurut beliau, semasa di dalam alam pertunangan, beliau sentiasa menujukkan cinta (essence) beliau kepada tunang beliau dengan memberi hadiah atau kad tanda ingatan (form). Kata beliau, segala hadiah dan kad yang diberikan itu kerana beliau duduk berjauhan dengan tunangnya.

Namun setelah berkahwin dan duduk bersama dengan isterinya, beliau berhenti memberi hadiah dan kad tersebut. Pada ketika ini, isteri beliau bertanya kenapa beliau berhenti memberi hadiah dan kad (form) kerana isterinya amat menyukainya. Namun pada pendapat beliau, sudah cukup bahawa isterinya mengetahui bahawa beliau mencintai isterinya (essence) kerana kini beliau sentiasa bersama isterinya dan tidak seperti sebelum mereka berkahwin dimana mereka tinggal berjauhan.

Maka wujud satu salah faham disini antara beliau dan isterinya mengenai pengertian dari segi ‘form’ terhadap cinta mereka (essence). Kedua-dua belah pihak memang mempunyai ‘essence’ yang sama iaitu saling cinta mencintai namun masing-masing punya ‘form’ berbeza dalam meluahkan cinta ‘essense’ mereka.

Dr Sampath menyatakan bahawa dalam hidup, inilah faktor yang menyebabkan konflik dalam kehidupan. Iaitu kita punya ‘form’ yang berbeza walaupun ‘essence’nya sama. Pada waktu ini, ramai manusia tidak sedar mengenai hakikat ini lalu menyebabkan ramai yang huru hara dalam hidup ini. Kita semestinya harus menyedari apakah ‘form’ yang kita utarakan dalam setiap ‘essence’ dalam kehidupan kita.

‘Essence’ dan ‘Form’ juga harus sesuai dengan konteks atau suasana yang sedang dihadapi. Sebagai contoh katakan kita mahu menunjukkan rasa syukur (essence) terhadap seorang kawan kita yang baru datang dari India. Dan katakan kawan kita dari India ini merupakan seorang ‘vegetarian’ (konteks). Maka kita telah membawa beliau untuk makan disebuah café yang tidak menjamu sebarang makanan ‘vegetarian’ (form).

Bila ini berlaku, sudah semesti akan wujud konflik antara anda dan kawan anda itu bukan? Jadi dalam satu perhubungan, pastikan kita mengambil berat tentang soal ‘form’, ‘essence’ dan konteks ini. Jika tidak haru hidup ini dibuatnya!

Akhir kata, bila bercakap mengenai ‘essence’ dan ‘form’ ini, saya suka menghubungkan perkara ini dengan satu quote yang amat saya suka satu masa dahulu yang berbunyi; “I judge others by their actions (form) but I judge myself by my intentions (essence)”. Ini membuatkan saya tersenyum sendirian kerana wujud ketidakadilan dari pihak diri saya sendiri dalam satu perhubungan itu.


Terima kasih di atas ilmu ini. Moga ianya akan memakmurkan lagi hidup ini.

No comments:

Post a Comment