.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, July 2, 2014

Apa yang saya faham tentang 7 Habits? Part 2


Berikutnya, mari kita hayati makna setiap Habits ini. Bagi memudahkan penerangan ke tujuh-tujuh Habits ini, saya suka menggunakan satu analogi. Analogi ini ialah katakan kita seorang kapten sebuah kapal.


Pertama sekali, kita perlu sedar bahawa kita sebagai seorang kapten kapal, kita mempunyai kebebasan untuk memilih. Namun bagi setiap pilihan yang kita buat, kita mesti bertangungjawab (be responsible) dan dipertanggungjawab (be accountable). Inilah maksud Habit 1: Be Proactive.


Kedua, selepas kita sedar kita punya kebebasan untuk memilih, kita sebagai seorang kapten kapal semestinya kita jelas ke destinasi manakah kita mahu bawa kapal kita belayar. Inilah maksud Habit 2: Begin With End In Mind.


Ketiga, selepas kita jelas kemana destinasi kita, kita sebagai kapten kapal perlu pula mempunyai perancangan serta jelas keutamaan apa yang perlu dilakukan bagi sampai ke destinasi yang mahu kita tuju. Inilah maksud Habit 3: First Things First.

Renungkan sejenak, bukankah bila kita punya ketiga-tiga perkara ini, kita akan menjadi seorang kapten kapal yang berwibawa? Namun sebagai kapten kapal, kita bukan lagi boleh diiktiraf sebagai seorang kapten kapal yang benar-benar berwibawa jika kita tidak mampu ’leverage’ keupayaan yang ada pada setiap anak-anak kapal kita.

Untuk mampu leverage keupayaan anda sebagai kapten kapal dan anak-anak kapal anda, kita perlu amalkan habit 4 hingga 6 berikut. Namun, pengamalan habits 4 hingga 6 ini akan menjadi benar-benar berkesan bilamana terlebih dahulu anda sebagai kapten kapal serta anak-anak kapal anda telah berjaya mencapai ’private victory’. Fikirkan sejenak. Mari kita sambung cerita habits seterusnya ...


Keempat, anda sebagai kapten kapal dan anak-anak kapal anda perlu mempunyai mentaliti ’win-win’ semasa dalam pelayaran menuju destinasi kapal itu. Masing-masing perlu sedar bahawa dengan hanya saling berganding bahu, segala tugas dan tujuan dalam pelayaran itu akan menguntungkan semua. Inilah maksud Habit 4: Think Win-Win.


Kelima, namun, bagi merealisasi Think Win-Win ini, anda sebagai kapten kapal dan anak-anak kapal mestilah saling mengutamakan memahami apa fikiran, perasaan, pilihan dan tindak-tanduk orang lain sebelum mengutarakan apa fikiran, perasaan, pilihan dan tindak-tanduk diri sendiri. Sudah pasti amalan ini akan membawa harmoni dalam kapal tersebut. Inilah maksud Habit 5: Seek First To Be Understand Then To Be Understood.


Keenam, Bila segala Habits yang dinyatakan sebelum ini diterap dalam diri semua yang berada dalam kapal anda itu, barulah mudah untuk anda sebagai kapten kapal dan anak-anak kapal anda saling ber’synergy’ yang bermaksud ‘the whole is greater than the sum of its parts’.  Pada ketika ini, segala tugas yang rumit dan berat menjadi mudah dan ringan. Inilah maksud Habit 6: Synergy.


Ketujuh, anda sebagai kapten kapal juga perlu sedar bahawa segala ilmu dan kemahiran dalam pelayaran ini sentiasa berubah. Atas sebab itu anda sentiasa mengingatkan diri serta anak-anak kapal anda agar sentiasa mempertingkat dan memperbaharui ilmu dan kemahiran pelayaran masing-masing. Dengan cara ini, barulah kita mampu menangani segala cabaran bila berdepan dengan perubahan. Inilah maksud Habit 7: Sharpen The Saw.

Itulah dia serba ringkas apa yang saya fahami tentang 7 Habits ini. Namun yang lebih penting ialah bagaimana kita mahu amalkan 7 Habits ini dalam kehidupan atau tugas masing-masing? Pada pandangan saya, adalah mudah dan praktikal untuk amalkan 7 Habits ini dengan kita saling ‘tangkap’ orang sekeliling kita yang mengamalkan salah satu Habits ini. Lama-lama saya yakin dengan sendirinya 7 Habits ini akan menjadi habits diri kita.

Jom amal 7 Habits!  

No comments:

Post a Comment