.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, July 2, 2014

Apa yang saya faham tentang 7 Habits? Part 1


Minggu lepas saya berpeluang menghadiri program 7 Habits of Highly Effective People ver 4.0. Terimakasih kepada fasilitator program tersebut iaitu En C.F. Wong. Saya banyak belajar dari beliau. Kudos to him!


Soalnya apa takeaways dari 7 Habits ini? Berikut antara apa yang saya faham …

Untuk menjadi seorang yang efektif, kita perlu menjadi seorang yang mempunyai maturity. Maturity dicapai melalui jalan-jalan yang ada dalam rangkakerja ’Maturity Continuum’ seperti rajah di bawah.


Habit 1 hingga Habit 3 adalah habits yang perlu kita ada bagi mencapai apa yang dinamakan sebagai ’Private Victory’. Apa signicant capai ’Private Victory’ ini? Bilamana kita capai ’Private Victory’ ini bermakna kita menjadi orang yang boleh dipercayai (Trustworthiness).

Satu lagi konsep yang perlu kita fahami ialah dengan tercapainya Private Victory ini ialah kita mampu bawa diri kita dari hanya bergantung kepada orang lain (Dependence) kepada menjadi orang yang berdikari (Independence).

Manakala Habit 4 hinga Habit 6 adalah habits yang perlu kita ada bagi mencapai apa yang dinamakan sebagai ’Public Victory’. Apa signicant capai ’Public Victory’ ini? Bilamana kita capai ’Public Victory’ ini bermakna kita mudah saling mempercayai antara anggota pasukan kita. (Trust).

Satu lagi konsep yang perlu kita fahami ialah dengan tercapainya Public Victory ini ialah kita bukan setakat menjadi orang yang mampu berdikari (Independence) malah kita mampu untuk saling ’leverage’ dengan anggota pasukan kita yang lain bagi mencapai sesuatu hajat bersama itu. (Interdependence)

 

Satu lagi perkara yang perlu kita renungkan ialah tidak mungkin kita boleh melangkah masuk ke Habit 4, 5 dan 6 jika kita pada mulanya tidak capai Private Victory terlebih dahulu. Fikirkan sejenak.

Bila kita melangkah dari Private Victory (Trustworthiness) untuk masuk ke Public Victory (Trust), satu persoalan penting yang perlu kita tangani ialah soal bagaimana untuk membina Trust itu sendiri. Covey telah mengusulkan agar kita membina Emotional Bank Account (EBA)

Sepertinya akaun bank kita, tahap trust kita dengan orang lain mempunyai 'deposit' (perkara yang meningkatkan trust orang pada kita) dan 'withdrawal' (perkara yang mengurangkan trust orang pada kita). Atas sebab itu, bagi sesuatu hubungan dengan orang lain, perhatikan adakah kita banyak melakukan 'deposit' atau 'withdrawal'. Sekali lagi, fikirkan sejenak.  

No comments:

Post a Comment