.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, July 23, 2014

Coaching


Beberapa minggu yang lepas, aku telah berpeluang menghadiri satu program Coaching anjuran Coaching Minds International yang telah disampaikan oleh pasangan suami isteri, Colin Cox dan Lena Gray.


Bukan apa, sekian lama, ramai dari kenalan aku telah mengesyorkan agar aku menceburi bidang coaching ini dan kata mereka, sekurang-kurangnya ianya akan membuatkan aku menjadi fasilitator program yang lebih berkesan.

Sudahnya apa pandangan aku selepas hadir program coaching ini? Memang berbaloi betul setiap ringgit yang aku laburkan untuk hadir program ini. Memang terbuka sungguh mata aku selepas didedahkan dengan dunia coaching ini. Banyak idea-idea baru aku temui termasuklah beberapa persoalan yang aku ingin tahu jawapannya sejak sekian lama.

Salah satu persoalan itu ialah mengenai perbezaan antara Mentoring, Training, Consulting, Counseling dan Coaching itu sendiri. Puas aku baca buku sana sini dan termasuk bertanya kepada orang, aku masih tidak ketemukan satu jawapan yang benar-benar memuaskan hati.

Sudahnya aku ketemukan jawapannaya dalam program ini. Aku ingin rekodkan maklumat ini dalam blog ini agar menjadi panduan di masa depan. Bagi menerangkan perbezaan ini dengan mudah, aku suka menggunakan satu analogi. Berikut adalah penerangan perbezaan antara bidang-bidang itu.

Katakan Ahmad ingin memulakan satu perjalanan dari Ipoh ke Johor Bharu.

Sekiranya, Ahmad memerlukan saya untuk menyampaikan kepada beliau ilmu atau kemahiran untuk beliau mampu sampai ke JB, maka itu namanya ‘Training’.  Kerja saya sebagai trainer tamat bila ilmu atau kemahiran itu telah disampaikan. Saya tidak bertanggungjawab apa yang akan dilakukan oleh Ahmad selepas tamat training tersebut.

Sekiranya Ahmad memerlukan saya untuk membimbing beliau disepanjang perjalanan tersebut memandangkan saya telah berpengalaman dalam setiap liku perjalanan tersebut, maka itu namanya Mentoring. Sebagai mentee, Ahmad perlu menuruti segala tunjuk ajar saya disepanjang perjalanan tersebut. Saya sebagai mentor, akan benar-benar kisah mengenai pencapaian Ahmad untuk sampai ke JB.

Sekiranya, Ahmad memerlukan saya memberi khidmat nasihat untuk beliau sampai ke JB memandangkan saya berpengalaman dalam perjalanan itu, maka itu namanya Consulting.  Tanggungjawab saya sebagai consultant akan tamat selepas khidmat nasihat diberikan. Apa yang berlaku selepas itu bukan merupakan tanggungjawab saya lagi.

Sekiranya, Ahmad mengalami tekanan atau sebarang masalah dalam perjalanan itu dan beliau memerlukan saya untuk ‘heal’beliau dari segi psikologi (intelektual, emotional dan spiritual), maka itu namanya Counseling. Saya sebagai counselor akan memastikan Ahmad mampu untuk pulih dan sihat untuk meneruskan perjalanannya. Dalam hal ini, Ahmad mempunyai ilmu dan kemahiran untuk perjalanan ini dan saya sebagai counselor tidak punya ilmu dan kemahiran untuk perjalanan ini.


Kata Colin, coaching bukan merupakan salah satu dari perkara di atas. Jadi apakah coaching?

Sekiranya Ahmad memerlukan saya untuk menjadi teman dalam perjalanan beliau ini dan tugas saya sebagai teman dalam perjalanan ini hanya untuk bertanyakan soalan. Soalan-soalan seperti samada Ahmad sedar beliau masih dalam landasan atau tersasar dari perjalanan itu atau samada Ahmad makin hampir atau tidak dalam perjalanan itu atau samada sumber untuk perjalanan itu cukup atau sebaliknya , maka itu namanya Coaching. Coaching juga sebenarnya merupakan facilitating yang bermaksud ‘to make it easy’.

Dalam perjalanan ini, saya sesekali tidak dibenarkan untuk memberi pandangan kerana Ahmad mempunyai ilmu dan kemahiran untuk perjalanan ini dan saya sebagai coach tidak punya ilmu dan kemahiran untuk perjalanan ini. Kemahiran saya sebagai coach banyak bergantung kepada sejauh mana saya mampu bina hubungan yang baik dengan Ahmad agar beliau selesa untuk menerima dan mempertimbangkan segala soalan-soalan yang akan saya lontarkan kepada beliau.

Puas hati aku selepas berjaya menulis artikel ini. Moga aku tidak keliru bila persoalan ini datang lagi di masa depan.

No comments:

Post a Comment