.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, July 17, 2014

Sangka Baik - Satu Tauladan


Semalam, saya terbaca dalam whatsapp group ‘Game Changer TNB Rawang’ bahawa berlaku satu kejadian voltan tinggi di Kuala Kubu Baru. Diberitakan lebih kurang 11 buah rumah telah mengalami gangguan tersebut yang menyebabkan kerosakan alat elektrik di rumah-rumah tersebut.


Saya agak ‘concern’ bagaimana orang TNB Rawang menangani tuan punya rumah yang terlibat. Tak kurang juga saya concern adakah orang TNB Rawang ini menerima sebarang teguran dari pihak atasan dan bagaimana mereka menerimanya.

Persoalan-persoalan ini ingin sangat saya ketahui. Maka sudahnya pagi tadi, saya telah menelefon salah seorang ‘informal leader’ di kawasan Kuala Kubu Baru ni. Saya bertanya kepada beliau apa yang telah terjadi dan apa yang telah mereka lakukan.

Maka dengan bersahaja saja beliau memeberitahu saya bahawa tuan-tuan rumah yang terlibat telah datang dengan penuh kemarahan ke pejabat beliau. Saya amat teruja apabila beliau memberitahu saya bahawa kakitangan TNB di Kuala Kubu Baru dengan penuh ‘humble’ telah melayani kerenah tuan-tuan rumah tersebut. Sudahnya, tuan-tuan rumah itu telah pulang dengan puas hati setelah menerima penerangan dari anggota kerja TNB. Hebat!

Saya bertanya kepada ‘informal leader’ ini apa rahsia mereka sehingga mampu melayani tuan-tuan rumah tersebut. Jika diikutkan tabiat mereka dulu, sudah semestinya lagi panas keadaan dibuatnya. ‘Informal leader’ ini memberitahu saya bahawa beliau dan rakan-rakan beliau telah mengamalkan sangka baik kepada tuan-tuan rumah tersebut. Memang hebat!

Saya bertanya lagi, mengapa mereka bersangka baik? Jawab ‘informal leader’ itu lagi bahawa tidak guna mereka mahu bersangka buruk kerana sangka buruk akan membawa keadaan yang lebih stress. Bila stress semua benda tidak akan jadi.

Sebaliknya, bila bersangka baik, mereka yakin ini semua datang dari Tuhan. Semestinya ada sesuatu yang perlu dijadikan pelajaran atau tauladan  disini. Tambah pula, bila bersangka baik, diri mereka menjadi aman dan sudahnya semua kerja mampu dilaksanakan dengan  baik. Memang terbaik!

Bunyi kata-kata ‘informal leader’ ini nampak simple saja tetapi pengertiannya cukup mendalam.

Berikut saya tanya lagi, adakah mereka menerima teguran dari pihak atasan? ‘Informal leader’ ini memberitahu saya bahawa setakat pagi tadi tiada lagi. Tetapi kata ‘informal leader’ ini lagi, kalau mereka terima sebarang teguran, mereka akan terima dengan hati terbuka kerana pada mereka, mereka lakukan tugas kerana Tuhan sebagai tanda syukur di atas segala nikmat yang telah Beliau kurniakan. Wow!

Saya tidak tahu nak kata apa-apa. Bukan apa, mereka ini bukannya berpangkat besar pun tetapi sikap mereka sungguh mulia. Terharu sungguh saya dibuatnya. Saya yakin sedikit sangat orang luar yang menyedari apa yang mereka lalui tetapi  merekalah sebenarnya ‘the unsung hero’!


Moga Tuhan merahmati dan memberkati hidup ‘informal leader’ ini serta rakan-rakan setugas beliau. Ameen.

No comments:

Post a Comment