.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, July 14, 2014

Syukur dan Produktiviti


Minggu lepas, pada satu pagi, sedang aku dalam perjalanan untuk menghadiri satu kursus ‘Coaching’, Baha, my former classmate masa di college dulu called. Bukan apa, dah lama tak dengar khabar, itu sebab beliau called aku pagi itu.


Kami berbual bertanya khabar itu dan ini sebelum perbualan pagi itu bertukar kepada soal mengenai dunia pekerjaan. Dan bila sebut dunia pekerjaan, kami berdua bincangkan soal produktiviti dalam kerja. Aku dengar apa keluhan Baha mengenai cabaran yang dihadapi dalam soal membina produktiviti di kalangan orang yang dipimpinnya. Sudahnya beliau bertanya pada aku apa yang aku lakukan untuk menghadapi cabaran sebegini.

Termenung sekejap aku mendengar pertanyaan sahabat aku ini. Namun aku terkenangkan kerja-kerja yang telah aku lakukan di TNB Rawang. Aku beritahu Baha tentang apa yang aku alami di Rawang sana. Aku bagi tahu beliau bagaimana orang TNB Rawang banyak terkesan dengan pendekatan yang aku bawakan kepada mereka. Baha tanya aku apa yang aku lakukan?

Ini yang aku bagitahu pada Baha …

Kalau kita lihat, semua yang datang kerja itu punya tujuan yang murni. Semua ingin mencari nafkah untuk sara diri atau tanggungan masing-masing. Maka dengan sendirinya, masing-masing memang ada niat nak buat kerja yang memberi menafaat.

Namun masalahnya, suasana di tempat kerja serta bimbingan yang tidak seberapa selalunya membuatkan orang lupa hasrat awal mereka itu. Sudahnya masing-masing porak peranda. Sepatutnya perlu wujud satu bentuk kesedaran di kalangan mereka.

Kesedaran tentang apa? Kesedaran bahawa walau apa jua kerenah kerja kita itu, hakikatnya, itulah pintu rezeki yang Tuhan berikan pada kita sehingga ketika ini. Seharusnya tanpa mengesahkan apa juga keadaan di tempat kita bekerja itu, kita mesti bersyukur dengan pemberian Tuhan ini. Mampukah kita bersyukur?

Bila hati kita penuh dengan kesyukuran, maka mudah untuk kita beri yang terbaik. Dan kita beri yang terbaik bukan disebabkan untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain tetapi hanyalah untuk menunjukkan tanda syukur kita kepada Tuhan. After all, Tuhan paling suka hambanya menujukkan syukur mereka melalui perbuatan dan bukan hanya syukur di mulut sahaja.

Jadi,apa kata kita niatkan bahawa kita akan beri yang terbaik dalam segala tugas (perbuatan) kita dalam kerja sebagai menandakan syukur kita kepada Beliau yang telah mengurniakan segala macam kebaikan dalam hidup kita. Semestinya lagi sukalah Tuhan pada kita. Susah sangat ke untuk berpandangan sebegini?

Formulanya: Hati Syukur membawa Perbuatan Terbaik = Peningkatan Produktiviti!

Perkara mudah tetapi jarang disedari orang!

No comments:

Post a Comment