.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, October 25, 2014

Hijrah – Satu Pengalaman Peribadi


Tahun Hijrah kali ini bertepatan dengan genap setahun aku berhijrah dari Bahagian Penghantaran ke TNB Leadership Development Center (LDC). Jika diingatkan kembali kisah satu tahun yang lalu, aku sebenarnya agak kekok keluar dari Bahagian Penghantaran walaupun aku sendiri yang memohon untuk ditukar ke LDC ini.


Bukan apa sepanjang career aku bersama TNB yang hampir 25 tahun itu, inilah pertama kali aku keluar dari satu Bahagian dalam TNB. Namun di atas semangat Hijrah, (dengan izin Tuhan, pasti ada kemajuan dalam hidup bila Hijrah dilaksanakan) aku gagahkan juga.

Masih aku ingat, untuk beberapa bulan pertama di LDC, aku rasa agak kekok dan aku lihat apa yang dihajati di tempat baru ini tidak seperti apa yang aku harapkan. Namun, aku katakan pada diri aku bahawa aku ke tempat baru ini atas niat untuk belajar sebanyak mungkin mengenai ilmu kepimpinan dan ilmu tentang manusia bagi memperkayakan apa yang telah aku bina sebelum ini. Itu saja yang menjadi teman aku.

Tidak beberapa lama kemudian, seperti satu mimpi, pengurusan tertinggi TNB meminta aku melaksanakan satu program intervention bagi ‘memulihkan’ keadaan di satu Unit Bisnes dalam TNB itu. Sekali peluang datang, pasti akan aku pulun cukup-cukup. Aku tidak teragak-agak telah gunakan beberapa idea utama dalam PPB3K itu untuk program intervention ini.

Ketika itu terasa juga peritnya sebab banyak sumber yang aku perlukan tidak wujud. Dari mengharapkan kepada pihak lain untuk membantu, aku fikir adalah lebih aku gunakan saja sumber-sumber yang ada dalam tangan aku. Kenapa? Sebab aku rasakan hasil yang mahu diwujudkan dari program intervention ini sangat penting bagi membuktikan segala apa yang ingin aku ketengahkan itu relevan.

Dipendekkan cerita yang panjang, aku puas hati dengan hasil yang telah wujud. Memang nampak hasil yang diinginkan. Dan aku juga nampak dengan jelas mengenai faktor-faktor yang akan menggagalkan program intervention ini. Satu pelajaran dan pengalaman yang amat-amat tinggi.

Yang lebih penting, pengurusan tertinggi mulai menerima apa yang aku cuba ketengahkan. Mereka mulai memberi aku lebih banyak ruang untuk aku bergerak. Sumber-sumber bagi menjayakan program intervention ini mulai sampai. Yang paling aku hargai ialah peluang untuk aku menghadiri program-program lain yang memang cukup tinggi nilainya.


Program intervention sulung LDC ini memang mendapat rating yang cukup tinggi di kalangan anggota kerja TNB. Malah aku lihat program ini layak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan program-program lain anjuran LDC yang mana semuanya di datangkan dari luar negeri. Program intervention yang diberi nama Better.Brighter ini sememangnya boleh menjadi signature program LDC.

Adakah aku berpuas hati? Memang aku puas hati dan aku banyak-banyak syukur di atas itu semua. Tetapi itu tidak bermaksud aku akan goyang kaki. Malah aku lihat, aku harus menggandakan usaha untuk membawa Better.Brighter kepada semua anggota kerja TNB.

Sengaja aku ceritakan pengalaman peribadi ini bagi memudahkan kita memahami apakah yang patut kita lakukan untuk Hijrah. Hijrah bukan semata-mata dengan mengucapkan dibibir sahaja. Tetapi berdasarkan cerita di atas, Hijrah mesti melibatkan Hijrah dari segi pemikiran, perasaan, pilihan dan tindakan  bagi mendapatkan hasil yang diingini. (Ingat cerita Stick Person)


Moga Tahun Hjrah kali ini akan membawa banyak keberkatan dan kerahmatan dalam hidup masing-masing. Ameen.

1 comment:

  1. I read this subject with interest as I went through one twenty years ago, one that changed my life and one that has given a complete satisfaction. Then I read about the 'BRICK' of your earlier posting. I happened to have that story from a friend and decided to make an entry in my blog.. For a number of similar aspects between us I enjoy reading your train of thought. But I am sure I am about 20 years older - lebih makan garam kata orang tua tua - not necessarily any wiser. We have similar backgrounds.

    Do drop by. if you have time. For personal information you may use my email shown in my blog.

    salaam to you.

    ReplyDelete