.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, October 31, 2014

Negara Tikus


Kisahnya bermula di sebuah negara yang diberi nama negara Tikus. Kenapa diberi nama negara Tikus? Sebab semua penduduk negara tersebut adalah tikus. Bermacam-macam jenis tikus ada. Tikus mondok, tikus putih, tikus hitam, tikus kecik, tikus besar dan macam-macam lagi la. Ok, negara ini pada mulanya begitu aman di mana tikus-tikus dengan amannya berkeliaran dan bersosial di antara satu sama lain. Mereka hidup dengan tenang dan damai.


Namun, suatu hari, secara tiba-tiba negara Tikus ini telah diserang oleh seekor kucing gergasi. Sejak menemui negara Tikus, kucing gergasi ini sering saja menyerang negara tersebut apabila lapar. Asal lapar je, serang. Asal lapar je, serang. Asal serang je, lapar. Kucing gergasi tersebut menjadikan tikus-tikus di situ sebagai santapannya. Maka bertempiaranlah tikus-tikus setiap kali diserang oleh kucing tersebut. Kucing gergasi tersebut dengan rakusnya memakan tikus-tikus di situ. Anak tikus, bapa tikus, mak tikus, hatta tok wan tikus yang tua pun dimakannya. Kesian.

Disebabkan begitu risau dan takut dengan serangan kucing gergasi tersebut, perdana menteri negara Tikus memanggil semua tikus-tikus berkumpul untuk mebincang masalah tersebut. Mereka berkumpul di Dataran Tikus. “Semua tikus sekalian, saya memohon pandangan dan idea daripada anda semua untuk kita bersama-sama mempertahankan negara kita daripada ancaman kucing gergasi ini,” ucap perdana menteri tikus. Tetapi, perhimpunan tersebut menjadi sepi kerana masing-masing buntu memikirkan cara yang terbaik mengatasi masalah ini.

Tiba-tiba, seekor tikus tua bertaraf professor perlahan-perlahan berjalan di celah-celah ribuan tikus yang berhimpun untuk mendapatkan mikrofon yang disediakan di hadapan. Apabila diberikan mikrofon, professor tikus sambil memegang tongkat terus berkata, “Saya ada idea bagaimana untuk kita mengatasi masalah serangan kucing gergasi ini. Apa yang berlaku ialah kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyelamatkan diri apabila diserang oleh kucing tersebut. Kita tidak mempunyai sistem amaran yang memberitahu kita akan kedatangan kucing tersebut. Sebab itu ramai yang menjadi mangsa, tak sempat melarikan diri atau bersembunyi.”

Selepas batuk seketika, professor kucing ini menyambung, “Jadi, saya cadangkan kita memasang sistem amaran untuk membantu kita lebih bersedia untuk menyelamatkan diri. Kita sepatutnya memasang loceng di leher kucing tersebut. Dengan adanya loceng itu, kita pasti dapat mendengar kehadiran kucing tersebut lebih awal, jadi sempatlah untuk kita bersembunyi dan menyelamatkan diri.” Idea ini disambut baik oleh semua yang hadir di perhimpunan tersebut termasuklah perdana menteri tikus.

Setelah semua bersetuju dengan idea tersebut, perdana menteri tikus membuka ruang kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli perisik dan ejen bagi melaksanankan misi memasang loceng tersebut. Sekali lagi pelawaan perdana menteri tikus itu disambut sepi. Masing-masing kelihatan tidak mahu menawakan diri melaksanakan misi tersebut. Di sebalik sorakan gempita di awal tadi, kini Dataran Tikus senyap sepi. Semuanya mula menikus. Maka, dicadangkan untuk ditangguhkan dahulu perhimpunan tersebut dan kembali semula membincanglkan hal ini kemudiannya.

Setalah berhari-hari, masih lagi belum ada yang ingin bertindak melaksanakan misi tersebut. Hari-hari berikutnya juga masih tidak terlaksana idea tersebut. Dan disebabkan itu, misi tersebut terus tertangguh. Akibatnya, tikus-tikus tersebut terus menjadi mangsa bahaman kucing gergasi tersebut kerana loceng yang dicadangkan itu tidak dipasang. Ini kerana masing-masing tidak mahu dan tidak berani mengambil tindakan melaksanakan idea tersebut. Negara tikus terus dilanda ketakutan dan kekacauan. Akhirnya, habis semua tikus di situ menjadi mangsa kucing tersebut termasuklah professor tikus yang memberi idea tersebut. Kesian.


Pengajarannya ialah kata-kata tanpa tindakan adalah merugikan. Sebenarnya, kita terlalu banyak berkata-kata dalam hidup tetapi kurang bertindak. Kita selalu “plan” hidup kita dengan penuh semangat dan hebat, tetapi apabila bertindak, HAMPEH. Takut, risau, malas, bertangguh, antara penyakit yang menghalang kita mengambil kuasa bertindak dalam hidup kita. Ingat, kelajuan tindakan membuatkan hidup kita lebih hebat. Lebih cepat kita bertindak, lebih cepat kejayaan datang kepada kita. Jadi jika anda sering tertanya-tanya siapa yang mula dan bila nak mula, jawapannya mudah, “It’s YOU! It’s NOW!” 

No comments:

Post a Comment