.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, October 2, 2014

Siapakah Qarin?


Terpanggil untuk berkongsi cerita di bawah ini bila teringat penerangan mengenai Stick Person ...


Tentu ramai daripada kita telah tahu tentang adanya Qarin ini tetapi mungkin juga ada lagi yang masih belum tahu tentang Qarin. begitulah kehendak Allah SWT bahawa setiap manusia yang dilahirkan sehinggalah matinya anak Adam, kita mempunyai satu jin kafir yang menjadi peneman ke mana sahaja kita pergi samada siang mahupun malam.

Qarin ini akan mengajak kita  melakukan kejahatan dan menahan daripada melakukan ketaatan kepada Allah SWT.  Oleh sebab ia terlalu rapat dengan manusia maka ianya  digelar Qarin atau Jin pendamping manusia.

Oleh yang demikian, maka Allah mengutuskan pula malaikat yang akan mengajak manusia ke arah  kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan. Maka manusialah pula yang membuat pilihan sama ada mentaati arahan malaikat ataupun jin Qarin.

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia.  Boleh dikatakan ianya sebagai “kembar” setiap manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah SAW sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong manusia membuat kejahatan. Sebagai contoh dalam situasi kita hari ini, Qarin  akan sering membisikkan was-was, melalaikan solat, berasa berat hendak membaca al-Quran, terasa manisnya tatkala melakukan  maksiat dan sebagainya. Malah ia akan bekerja sekuat tenaga untuk menghalang kita daripada membuat ibadah dan kebaikan.

Maka dengan itu, untuk mengimbangi usaha Qarin ini lalu Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana  yang lebih kuat.

Ibn Muflih al-Muqaddasi pula menceritakan: “Suatu ketika Qarin yang mendampingi orang yang beriman, bertemankan Qarin yang mendampingi orang kafir. Qarin yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk.

Maka ditanya mengapa engkau kurus? Jawab Qarin tadi  “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, tatkala makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya Qarin yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

Kita telah diberi akal oleh Allah untuk berfikir mana yang baik dan buruk, Usah ikutkan sangat Qarin buruk, ikutlah malaikat mulia yang telah Allah dampingkan kepada kita semua.  Wallahu'alam 

No comments:

Post a Comment