.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, December 30, 2014

Cerita Aku Tahun 2014


Tahun 2014 bakal melabukan tirainya.


Sedar tak sedar, banyak pengalaman aku perolehi dalam tahun ini.

Pengalaman yang aku perolehi ini sebenarnya membuat aku lebih komited untuk beri yang lebih baik pada tahun baru yang bakal tiba ini. Insyaallah.

Banyak pengalaman yang memperkayakan soal intelektual, emosional, spiritual mahupun fizikal aku.

Dari segi intelektual, aku sedar melalui kerja, aku amat berterima kasih dengan pengalaman yang aku perolehi melalui pembangunan dan perkongsian yang diperolehi melalui seminar Better.Brighter. Banyak perkara dalam bidang yang aku minati ini telah aku tingkatkan pengetahuannya teutamanya melalui seminar-seminar yang aku hadiri sepanjang tahun ini. Terima kasih kepada guru-guru yang sudi berkongsi ilmu dengan aku.  Aku sedar tahun ini aku kurang sangat membaca. Mungkin sebab mata aku dah rabun. Tapi dengan cermin mata yang baru aku perolehi ini, akan aku beri keutamaan dalam membaca.

Dari segi emosional pulak, sepanjang tahun 2014 ini, aku telah menjalin hubungan dengan beberapa individu yang telah memberi maksud baru dalam hidup aku. Aku mulai sedar, a good networking tersangatlah penting. Aku harap aku belum terlambat untuk ini semua. Kepada mereka-mereka yang baru aku bina hubungan sepanjang tahun ini, I must say, thank you very much kerana telah mendedahkan aku pada apa ertinya satu hubungan dalam hidup ini.

Dari segi spiritual, ada beberapa perkara yang benar-benar menyentuh hati aku. Pertama, aku mulai mendapat satu cara pandang baru mengenai maksudnya kebergantungan kepada Tuhan secara total.  Memang hidup ini menjadi lebih ringan bila kita bergantung kepada Dia secara total. Kedua, aku mulai memahami dengan cara mudah maknanya niat kerana Tuhan. Memang aku terasa lebih confident dalam menyusuri hidup ini bila berpegang kepada memasang niat sebegini. Ketiga, apa makna masa dalam hidup ini. Masa itu sifatnya makin lama makin pendek dan sudahnya apa yang mahu aku lakukan dengan masa yang sifatnya sedemikian. Hebat!

Dari segi fizikal, aku mulai sedar betapa pentingnya kesihatan. Semalam aku telah pergi mencabut gigi yang sekian lama mendatangkan perit kepada aku. Bila gigi ini dirasakan makin kurang sakitnya, satu semangat baru untuk benar-benar menjaga kesihatan ini menyelinap dalam diri aku. Aku nak jaga kesihatan sebab aku nak sihat. Aku nak sihat sebab aku nak mempunyai kekuatan untuk deliver seminar aku itu.

Ini antara perkara penting yang berlaku sepanjang tahun ini. Ada banyak lagi sebenarnya tapi untuk tujuan artikel ini, ini perkara-perkara yang datang dahulu dalam layar fikiran aku. Apapun, aku bertekad dan berdoa agar sepanjang tahun 2015 ini, aktiviti aku lebih berstruktur dan berupaya dilaksanakan bagi membina hidup yang Sejahtera, Bahagia dan Kaya … Dunia Akhirat. 

Ameen …

No comments:

Post a Comment