.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, December 27, 2014

Renungan Untuk Bangsa Ditimpa Musibah


Kejadian banjir besar yang melanda negara ini secara mendadak benar-benar buat aku berfikir. Mungkin ini merupakan satu fenomena alam yang mampu diperjelaskan dengan logik dan ilmu semasa manusia (soal intelek) tetapi pada masa yang sama hati ini (soal spiritual) cuba memahami hakikat kejadian musibah ini.


Bila aku renung-renungkan, yang mungkin agak pelik ialah kebanyakan mangsa yang terlibat ialah dari satu bangsa sahaja. Sekali lagi, logik mungkin mampu menerangkan bahawa tempat terlibatnya banjir besar ini terjadi di kawasan-kawasan dimana majoriti bangsa ini berada namun hati aku tidak dapat lari dari ingin tahu mengapa Tuhan mencampakkan bahana banjir ini di kawasan ini?

Ada sesuatukah yang Tuhan ingin tunjukkan kepada mereka agar mereka mula sedar?

Bangsa ini ada buat silap?

Banyak!

Kalau dilihat dari segi buang anak dan penagihan dadah, bangsa inilah yang jauh ke depan.

Kalau dilihat dari segi akhlak, bangsa inilah yang paling rendah akhlaknya.

Kalau dilihat dari segi buruk sangka sesama bangsa, bangsa inilah yang paling terkenal dengan hal ini.

Kalau dilihat dari segi bekerjasama sesama bangsa, bangsa inilah yang paling tidak boleh bekerjasama.

Kalau dilihat dari segi perpaduan bangsa, bangsa inilah yang yang paling tidak berpadu.

Untuk ceritakan semuanya memang tak muat nak disenaraikan disini. Tapi apa yang dinyatakan di atas rasanya sudah cukup untuk Tuhan turunkan bala kepada mereka. Bala itu pun kalau tidak buat bangsa ini sedar akan kealpaan mereka, aku tak tahu apa lagi nak jadi dengan bangsa ini.

Walau apa pun, satu kebaikan yang aku nampak ialah rata-rata bangsa ini mengakui berpegang kepada agama Islam. Aku harap mereka sedar dan punya kekuatan untuk amalkan agama ini sebaik mungkin dalam hidup mereka seperti yang ditunjukkan oleh Rasul mereka. Jangan sudahnya timbul fitnah bahawa Islam itu mundur disebabkan apa yang dilakukan oleh bangsa ini.


Moga-moga Tuhan selamatkan bangsa ini dan Tuhan rahmati mereka.

No comments:

Post a Comment