.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, December 27, 2015

Program Better.Brighter – Building Trust and Relationship – Bah 2 (Siri 15)


Siapakah Kita?

Menurut mereka yang mengkaji manusia, manusia itu terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu;

Bahagian Diri yang Bukan Fizikal (Bahagian Diri yang tidak Nampak)
Bahagian Diri yang Fizikal (Bahagian Diri yang Nampak)

Bahagian Diri yang Bukan Fizikal terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu;

Intelektual – Bahagian Diri yang Berfikir
Emosional – Bahagian Diri yang Merasai
Spiritual – Bahagian Diri yang Membuat Pilihan/Keputusan

Manakala Bahagian Diri yang Fizikal ialah;

Fizikal atau Tubuh Badan – Bahagian Diri yang Membuat Tindakan

Dalam mengenal diri,  kita harus bermula dengan mengenali fungsi bahagian-bahagian diri ini dan seterusnya mengenali bagaimana bahagian-bahagian diri ini bekerjasama atau beroperasi sebagai satu sistem lalu meghasilkan hasil dalam hidup kita ini.

Bagi memudahkan kita mencapai maksud ini, kita memerlukan satu gambarajah tentang manusia. Masalah dengan kita ialah sebelum ini kita tidak mempunyai satu gambarajah manusia yang memaparkan ke empat-empat bahagian diri ini (Intelektual, Emosional, Spiritual dan Fizikal).

Jika tiada gambarajah manusia ini sebelum ini, kita boleh menwujudkan satu gambarajah tentang manusia ini. Harus diingati, gambarajah tentang manusia yang diwujudkan itu bukan gambarajah sebenar seorang manusia namun melalui gambarajah tersebut kita mesti berupaya …

- Melihat bahagian utama diri seorang manusia.
- Melihat fungsi bahagian utama diri manusia.
- Melihat bagaimana bahagian diri manusia itu bekerjasama atau beroperasi sebagai satu sistem lalu menghasilkan hasil dalam hidup kita.

Berdasarkan kepada keperluan di atas, seorang doktor kiropraktik dari San Antonio, Texas, Amerika Syarikat bernama Dr Thurman Fleet telah mencadangkan satu gambarajah manusia yang bernama ‘Stick Person’ seperti dibawah;




Dari gambarajah ‘Stick Person’ di atas, jelas kelihatan bulatan yang mewakilli bahagian diri yang bukan fizikal adalah lebih besar berbanding bulatan yang mewakilli bahagian diri yang fizikal bagi melambangkan KEMAMPUAN bahagian diri yang bukan fizikal adalah lebih besar berbanding bahagian diri yang fizikal.

Bulatan yang mewakilli bahagian diri yang bukan fizikal dibahagikan pula kepada tiga bahagian iaitu;

Fikiran Sedar – Dimana duduknya Intelektual (Fikiran) 
Fikiran Separuh Sedar – Dimana duduknya Emosional (Perasaan) 
Fikiran Bawah Sedar – Dimana duduknya Spiritual (Kerohanian) 

Diantara ketiga-tiga bahagian diri yang bukan fizikal ini, kemampuan Fikiran Bawah Sedar adalah lebih besar berbanding Fikiran Separuh Sedar. Manakala kemampuan Fikiran Separuh Sedar adalah lebih besar berbanding Fikiran Sedar.

Bulatan yang mewakilli bahagian diri yang fizikal itu pula ialah dimana letaknya tubug badan kita.

Fungsi atau peranan setiap bahagian diri ini ialah seperti berikut;

Fikiran Sedar – Berfikir (Intelektual)
Fikiran Separuh Sedar – Merasai (Emosional)
Fikiran Bawah Sedar – Membuat Pilihan/Keputusan (Spiritual)
Tubuh Badan – Membuat Tindakan (Fizikal)

Bagi memudahkan kita mengingati bahagian-bahagian diri ini, perumpamaan untuk bahagian diri seperti dibawah ini dibuat;

Fikiran Sedar – Umpama ‘Menteri’
Fikiran Separuh Sedar – Umpama ‘Genie’
Fikiran Bawah Sedar – Umpama ‘Raja’
Tubuh Badan – Umpama ‘Rakyat’

Nota: Mulai sekarang, saya akan menggunakan perumpamaan ini semasa merujuk kepada bahagian-bahagian diri ini.

Jika kita lihat perumpamaan diri ini, gabungan Menteri, Genie dan Raja ini sebenarnya menggambarkan cerita dalam satu ‘Istana’. Manakala gabungan cerita ‘Istana’ dan ‘Rakyat’ (Tubuh Badan) pula membentuk cerita dalam satu negeri.

Ringkasnya diri seorang manusia itu adalah umpama sebuah negeri. Dan ini membuktikan bahawa semua manusia itu adalah pemimpin kerana jika seorang manusia tidak mempunyai walau seorang pun untuk dipimpinnya namun sekurang-kurang beliau punya ‘negeri’ (dirinya sendiri) untuk dipimpin! 

Saturday, December 26, 2015

Program Better.Brighter – Building Trust and Relationship – Bah 1 (Siri 14)


Saya fikir, bila menyebut tentang ‘Building Trust and Relationship’, ramai di kalangan kita mampu memberi cadangan dan pandangan untuk bagaimana membinanya. Namun, hasil yang kita perolehi berdasarkan cadangan dan pandangan kita itu tidak begitu memberangsangkan. Apakah perkara yang perlu kita laksanakan?

Menurut pandangan program BB ini pula, untuk ‘Building Trust and Relationship’, kita perlu bermula dengan satu perkara yang sangat dasar iaitu ‘Kenal Diri’ dahulu atau ‘Kenal Siapa Manusia’ itu dahulu.

Tanpa mengenali siapakah manusia itu terlebih dahlu, mana mungkin kita mampu ‘Building Trust and Relationship’. Bila kita mula menyedari bahawa kita ini semua punya persamaan dan keunikan, maka itu bakal membuka mata kita untuk melihat manusia lain dari sudut pandang yang lebih positif. Fikirkan sejenak …

Bila menyebut mengenali manusia itu pula, program BB bermula dengan bertanyakan satu soalan pokok iaitu, bagaimana kita melihat manusia itu? Kita melikat manusia itu sebagai ‘barang’ atau ‘orang’?

Menuruti kajian yang dilakukan oleh satu institut di Amerika bernama ‘Arbinger Institute’, kita melihat manusia sebagai ‘barang’ bilamana kita melihat manusia itu sebagai;

- Batu Loncatan
- Batu Penghalang
- Tidak Relevan

Sedar tidak sedar, pada ketika-ketika inilah kita melihat manusia sebagai ‘barang’. Persoalan yang lebih penting, adakah kita melihat orang yang kita sayangi atau rapat dengan kita sebegini? Yang jelasnya, bila kita melihat manusia sebagai ‘barang’, memang sukar untuk kita ‘Building Trust and Relationship’ sesama kita! Fikirkan sejenak …

Sebaliknya, kita melihat manusia sebagai ‘orang’ ketika kita mampu hormati (respect) …

- Fikiran mereka
Perasaan mereka
- Pilihan mereka
- Tindakan mereka

… walaupun ianya berbeza dengan kita kerana mana mungkin ianya sama kerana  kita sedar latarbelakang kita berbeza. Persoalan yang lebih penting, adakah kita mampu hormati (respect) fikiran , perasaan, pilihan dan tindakan orang yang kita sayangi atau rapat dengan kita? Yang jelasnya, bila kita melihat manusia sebagai ‘orang’, memang mudah untuk kita ‘Building Trust and Relationship’ sesama kita! Fikirkan sejenak …

Berikut, mari kita dalami kefahaman kita untuk melihat manusia sebagai 'orang'.


Semua kita sedar bahawa setiap manusia itu memang telah dilahirkan berjaya. Buktinya, dari beratus juta sperma ayah kita yang cuba bercantum dengan ovum ibu kita, hanya satu sperma sahaja yang berjaya bercantum dan itulah kita.

Tetapi mengapa bila kita mula membesar dan dewasa di atas mukabumi ini, kita mulai memandang rendah keupayaan diri sendiri? Ini berlaku kerana kita tidak punya ilmu dan kesedaran tentang siapa kita.

Jadi, siapakah kita?

Program Better.Brighter – Gambaran Besar 1TNB – Bah 6 (Siri 13)


Selepas kita memahami Gambaran Besar 1TNB ini, persoalan berikut yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana anggota kerja TNB harus membuagt perlaksanaan bagi merealisasi segala hajat yang terkandung di dalam Gambaran Besar 1TNB ini?

Berdasarkan program BB ini, pintu masuk perlaksanaan bagi merealisasi Gambaran Besar 1TNB ini ialah seperti yang dinyatakan di dalam rajah di bawah;


Jelas sekali dari rajah di atas, bahawa pintu masuk perlaksanaan Gambaran Besar 1TNB ini ialah dengan mengambil tindakan bagi menwujudkan ‘Four Thrust’ (Building Trust & Relationship, Building Capacity, Building Performance dan Building Growth) di dalam tugas anggota kerja TNB. Dengan melaksana ‘Four Thrust’ ini, dengan sendirinya ianya juga bakal membawa tercapainya perkara-perkara lain di dalam Gambaran Besar 1 TNB itu.

Bila menyebut untuk mengambil tindakan terhadap ‘Four Thrust’ ini, semestinya anggota kerja TNB memerlukan satu kaedah dan alat bagi melaksana setiap ‘Four Thrust’ ini. BB telah mengutarakan satu kaedah dan alat yang khusus bagi menangani setiap ‘Thrust’ ini.

Secara ringkasnya, alat yang digunakan ialah seperti yang dinyatakan di dalam rajah di bawah;


Artikel-artikel  berikut di dalam nota ini akan membicarakan secara terperinci kaedah dan penggunaan alat-alat ini bagi merealisasi setiap ‘thrust’ ini. Diyakini, bila sesesorang anggota ker ja TNB atau sekumpulan anggota kerja TNB itu mampu melaksana kaedah dan alat ini, maka dengan sendirinya Gambaran Besar 1TNB ini bakal tercapai.

Jom kita susuri cerita kaedah dan alat ini dengan niat untuk memahami!

Thursday, December 24, 2015

Program Better.Brighter – Gambaran Besar 1TNB – Bah 5 (Siri 12)



Perkara 7 : Hasrat Better.Brighter

Selepas anggota kerja TNB melaksanakan perkara 1 hingga 6, sedar atau tidak sedar, anggota kerja TNB sebenarnya telah mencapai segala 8 + 2  hasrat (8 hasrat asal ditambah 2 hasrat yang dimaklumkan pada awal tahun 2015) yang terkandung dalam slogan Better.Brighter ini. Rujuk gambarajah dibawah …


Perkara 8: Konsep C.E.O.

Sebenarnya, 8 + 2 hasrat Better.Brighter ini merupakan juga ‘corak hubungan’ yang mahu dibina oleh ‘Owner’ (tuanpunya) TNB ini dengan ‘Customer’ (Pelanggan) nya dan ‘Employee’ (Anggota Kerja) nya. Inilah sebenarnya matlamat utama dalam konsep C.O.E. ini.


Perkara 9: Semangat Baru (Revitalizing)

Pencapaian 8 + 2 hasrat Better.Brighter ini bakal membawa Semangat Baru (Revitalizing) kepada TNB dan anggota kerja TNB sendiri.


Perkara 10: Brand TNB

Seterusnya, apabila anggota kerja TNB berjaya melaksanakan perkara 1 hingga 9, dengan sendirinya ianya bakal membawa timbulnya keyakinan pelanggan kepada Brand TNB itu sendiri.

Kita perlu sedar bahawa bagaimana seseorang pelanggan itu yakin dengan sesuatu brand itu (bila yakin, beliau akan sudi menggunakan produk atau servis yang ditawar oleh brand tersebut) timbul dari perasaan yang wujud dalam dirinya terhadap brand tersebut.

Perlu diingatkan disini bahawa perasaan lebih kuat berbanding fikiran/logik dalam mempengaruhi diri dalam membuat keputusan untuk mengguna sesuatu produk atau servis yang ditawar oleh brand.

Manakala perasaan yang timbul dalam diri seseorang pelanggan itu wujud dari pengalaman beliau bersama brand itu sebelum ini. Sekiranya baik pengalamannya, maka baiklah perasaannya lalu menyebabkan beliau sudi menggunakan produk atau servis yang ditawar oleh brand itu.

Kesimpulannya, anggota kerja TNB melaksana perkara 1 hingga 9 ini dengan tujuan untuk meninggalkan pengalaman yang baik pada diri pelanggan agar timbul perasaan yang baik dalam diri pelanggan TNB itu terhadap brand TNB. Ini sudahnya akan menwujudkan keyakinan pelanggan TNB itu kepada brand TNB.


Perkara 11: Make a Difference

Jika anggota kerja TNB laksanakan perkara-perkara 1 hingga 10 ini, itulah cara anggota kerja TNB ‘Make a Difference’ dalam tugas mereka.


Perkara 12: Better.Brighter Together

Ini sudahnya bakal menjadikan anggota kerja TNB semua Better.Brighter Together!


Nota: Perbezaan antara slogan Better.Brighter! dan Better.Brighter Together! ialah slogan Better.Brighter! digunakan di luar TNB manakala slogan Better.Brighter Together! digunakan sesama anggota kerja TNB (dalam TNB).

Tuesday, December 22, 2015

Program Better.Brighter – Gambaran Besar 1TNB – Bah 4 (Siri 11)




KRA3 - Mengurus Kos Dan Operasi Secara Efisien

TNB mempunyai 110 Billion nilai aset. Aset TNB ini perlu diuruskan dengan baik terutamanya dengan kos yang efisien agar produktiviti anggota kerja TNB meningkat dan keuntungan TNB bertambah.

Sasaran untuk KRA3 ini adalah …

1. Mengoptimumkan Pengurusan Aset. Memfokuskan pada C-P-R (Cost-Performance-Risk)

2. Mengoptimumkan CAPEX (projek) & Mengurangkan OPEX (Kos Operasi)

3. Kearah Sistem Perolehan (Procurement) yang terbaik


KRA4 - Meluaskan Bisnes Baru

Memfokus kepada ‘Non Regulated Business’ (bukan GTD) contohnya bisnes anak-anak syarikat sedia ada seperti REMACO, MTM, TSG, TCI. Juga meningkatkan pertumbuhan bisnes antarabangsa dengan memfokus di Asia Tenggara, Timur Tengah juga Afrika.

Sasaran untuk KRA4 ini adalah 15%-30% dari pendapatan Kumpulan TNB adalah dari bisnes-bisnes tidak dikawal selia dan bisnes luar negara menjelang tahun 2025.


KRA5 - Transformasi Organisasi

Terdapat 36 ribu anggota kerja TNB. Anggota kerja adalah kunci kepada Program Transformasi 1TNB. TNB perlu menghasilkan pemimpin untuk menjadi agen perubahan untuk mencapai aspirasi DDRC.

Sasaran untuk KRA5 ini adalah …

1. Setiap anggota kerja memahami, menyokong, fokus dan mengambil tindakan untuk mencapai aspirasi DDRC - Program Transformasi Wave1, Wave2 dan Program Better.Brighter ini sendiri.

2. Menghasilkan Pemimpin di setiap lapisan. Program 7Habits & TNB Future CEO.

3. Perlaksanaan Value Unlocking Program (VUP)




VUP terdiri daripada tiga inisiatif utama iaitu;

Unlocking Financial Value
Unlocking Customer Value 
Unlocking People Value

Berdasarkan kepada tiga inisiatif di atas, selain mengemaskini pengurusan kewangan TNB, ‘Unlocking Financial Value’ dicapai dengan mengemaskini pengurusan pelanggan. Selanjutnya, selain mengemaskini pengurusan pelanggan, ‘Unlocking Customer Value’ dicapai dengan mengemaskini pengurusan sumber manusia.

Dibawah inisiatif ‘Unlocking People Value’, terdapat tiga perkara utama perlu dilaksanakan iaitu,

Penyusunan Semula Struktur Organisasi
Penyusunan Semula Sistem Pembinaan Kompetensi
Penyusunan Semula Proses Kerja

Diharapkan, bila ketiga-ketiga inisiatif dibawah VUP ini terlaksana, ianya bakal meningkatkan nilai TNB  itu sendiri.


KRA6 Memperkukuh SESB

Memfokus untuk menambahbaik Kawal Selia, Keselamatan Bekalan, Perkhidmatan Pelanggan, Aliran Tunai dan Transformasi Organisasi.


Pencapaian 5 + 1 KRA bakal menyaksikan pencapaian DDRC. Pada ketika itu, anggota kerja TNB boleh berdiri dan melaungkan seruan ‘Unlock the Talent, Unleash the Potential’ yang merupakan perkara ke 6 dalam Gambaran Besar TNB ini.  


Perkara 6: ‘Unlock the Talent, Unleash the Potential’

Seruan ini sebenarnya berkait rapat dengan empat thrust yang telah dinyatakan sebelum ini iaitu ‘Unlock the Talent’ berkait rapat dengan dengan ‘Building Trust and Relationship’ dan ‘Building Capacity’. Manakala ‘Unleash the Potential’ berkait rapat dengan ‘Building Performance’ dan ‘Building Growth’

Untuk kemudahan mengingati seruan ini, disyorkan untuk mengkaitkan seruan ini dengan video ‘Red Bull’ yang mengkisahkan cerita seorang penunggang motosikal yang berjaya melompat dan terjun dari satu bangunan dengan menunggang motosikalnya.

Program Better.Brighter – Gambaran Besar 1TNB – Bah 3 (Siri 10)



Perkara 5: 5 + 1 KRA

Apa itu KRA? KRA ialah Key Result Area (Bidang Keberhasilan Utama). 5 + 1 KRA telah dikenalpasti  sebagai kayu ukur untuk menentukan samada TNB telah menghampiri atau mencapai  Domestic Dominance, Regional Champion.

Asalnya 5 KRA dikenalpasti kemudian 1 lagi KRA mengenai SEBS ditambah. Untuk itu terdapat 5+1 KRA untuk program Transformasi 1TNB.


KRA1    Enhance Regulatory Management (Menambahbaik Hubungan Dengan Pihak Kawalselia)
KRA2    Exceed Customer Expectation (Melangkaui Kehendak Pelanggan)
KRA3    Drive Operational Cost Efficiency (Menggurus Kos Dan Operasi Secara Efisien)
KRA4    Grow Profitable New Business (Meluas Bisnes Baru)
KRA5    Oragnization Transformation (Transformasi Organisasi)
KRA6    SESB Turnaround (Memperkukuh SESB)


KRA1 - Menambahbaik Hubungan Dengan Pihak Kawalselia

KRA ini diwujudkan untuk mengambil kira pihak2 berkepentingan yang menentukan kewujudan (keputusan tentang hidup mati) operasi Regulated Business TNB. Regulated Business TNB adalah Generation Transmission Distribution (GTD) yg mempunyai tanggungjawab untuk pembekalan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Pihak berkepentingan ini adalah Suruhanjaya Tenaga, KeTTHA (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) dan Ahli-ahli Politik/Wakil Rakyat.


Sasaran untuk KRA1 ini adalah …

1. Mengekalkan TNB sebagai VIU (Vertical Integrated Unit). TNB kekal menjadi satu entiti GTD dan tidak dipecah-pecahkan.

2. Kapasiti penjanaan oleh TNB >60%. Contohnya kapasiti pasaran penjanaan sekarang adalah 16,900MW (Stesen Janakuasa TNB + IPP). Kita inginkan menguasai 10,140MW (60%) atau lebih.

3. FCPT - Fuel Cost Pass Through (Perlepas Kos Bahan Api). Kos operasi TNB tidak terkesan dengan naik turun harga bahan api.


KRA2 - Melangkaui Kehendak Pelanggan

Terdapat 8.6 juta pelanggan TNB - domestik dan komersial. Jika pelanggan TNB puashati dan suka pada TNB, mereka akan menyokong TNB untuk mencapai aspirasinya.


Sasaran untuk KRA2 ini adalah …

1. Menambahbaik ‘customer touchpoint’ (titik hubungan) supaya lebih cekap dan mesra.  Adalah disasarkan:

a. Supply Connection Period dalam tempoh 7hari atau kurang.

b. Menambahbaik Pusat Khidmat Pelanggan dan Customer Channel (saluran untuk pelanggan berhubung)

c. Projek SMART Meter.

2. CSI (Customer Satisfaction Index) disasarkan 8.0

Monday, December 7, 2015

Program Better.Brighter – Gambaran Besar 1TNB – Bah 2 (Siri 9)


Untuk mencapai DDRC, ianya adalah umpama satu peperangan. Ini adalah kerana bukan TNB sahaja ingin mencapai apa yang terkandung dalam DDRC malah banyak lagi syarikat yang mahu mencapainya. Sudahnya TNB mesti ‘bverperang’ dengan syarikat lain bagi mencapainya.

Untuk pergi ‘perang’, anggota kerja TNB perlukan kepada ‘senjata’. ‘Senjata’ anggota kerja TNB itu adalah seperti yang terkandung dalam ‘Vibrant Workforce Productivity Revolution’.


Perkara 3: Vibrant Workforce Productivity Revolution (VWPR)

Apa yang terkandung di dalam  VWPR itu?

Terdapat dua komponen utama di dalam VWPR ini. Pertama ialah Vibrant Workforce. Tanda anggota kerja TNB ini ‘vibrant’, anggota kerja TNB ini perlu mempunyai dua kualiti antara mereka. Pertama, hubungan sesama mereka perlu berada pada tahap yang baik lalu menimbulkan saling mempercayai antara mereka. Inilah yang dinamakan sebagai ‘Building Trust and Relationship’

Kedua, sebagai tanda anggota kerja TNB itu vibrant ialah ilmu, kemahiran, pengalaman dan kompetensi setiap mereka  baik secara individu maupun secara berpasukan adalah sangat baik. Itulah maksudnya ‘Building Capacity’

Bilamana ‘Building Trust and Relationship’ dan ‘Building Capacity’ ada di kalangan anggota kerja TNB, ianya bukan sahaja tu menandakan mereka vibrant, malah ianya juga bakal memudahkan mereka membina prestasi tugas yang lebih baik (‘Buiding Performance’) dan menwujudkan pertumbuhan di dalam usaha mereka (‘Building Growth’)

Apabila anggota kerja TNB mampu ‘Buiding Performance’ dan ‘Building Growth’ ini menandakan pencapaian ‘Productivity Revolution’. Rajah di bawah adalah ringkasan kepada penerangan VWPR di atas.


Itulah dia ‘senjata’ anggota kerja TNB untuk pergi ‘berperang’ bagi mencapai DDRC. Disamping ‘senjata’, anggota kerja TNB juga memerlukan satu slogan perang b agi memastikan semangat mereka pada tahap yang tinggi. Seruan perang TNB ialah ‘Transformasi 1TNB’.

Perkara 4: Transformasi 1TNB

Dalam bahasa mudah, Transformasi 1TNB bermakna ‘Satu TNB mahu berubah!’. Selagi seseorang anggota kerja TNB itu ‘dibayar gaji’ oleh TNB, maka beliau termasuk dalam golongan yang mahu berubah ini. Maksud akhir kepada Transformasi 1TNB ialah seperti rajah di bawah.


Maksudnya;

TNB Untung, Anggota Kerja TNB Untung
Anggota Kerja TNB Untung, TNB Untung

Program Better.Brighter – Gambaran Besar 1TNB – Bah 1 (Siri 8)


Mari sama-sama kita fahami apa yang terkandung di dalam Gambaran Besar 1 TNB di atas.


Perkara 1: Anggota Kerja TNB

Siapa anggota kerja TNB? Bagi TNB, inilah sumber utama TNB untuk mencapai matlamatnya. Bagi TNB, semua anggota kerja TNB penting kerana ada peranan yang perlu dimainkan dalam TNB ini. Jika tidak, mengapa TNB sanggup membayar gaji kepada anggota kerjanya? Fikirkan …

Semestinya setiap anggota kerja TNB perlu tahu apa peranan yang dimainkan melalui tugas masing-masing bagi mencapai matlamat TNB itu. Soalnya apa matlamat TNB itu?

Perkara 2: Domestic Dominance Regional Champion (DDRC)

DDRC ini merupakan matlamat bersama semua anggota kerja TNB tidak kira dimana mereka berada di dalam TNB ini. Apakah maksud DDRC ini?

Domestic Dominance bermakna TNB menetapkan matlamat agar segala bisnes pembekalan elektrik di Malaysia ini di BOLOT oleh TNB. Memandangkan pembekalan elektrik ini merupakan satu bisnes, sudah semestinya TNB harus mempunyai mindset bisnes.

Sekiranya TNB tidak berhasrat membolot bisnes ini, pasti ada pihak lain yang akan cuba mengambil peluang bisnes ini. Ingatlah, bisnes pembekalan elektrik di Malaysia ini tidak cukup besar untuk kewujudan TNB ini sendiri. Jadi, bila ada syarikat lain yang memasuki bisnes ini, sudah pasti kedudukan TNB tergugat.

Bagi memastikan TNB sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan, itulah sebabnya mengapa TNB juga berhasrat untuk ke luar negara dengan bertemakan mencapai ‘Regional Champion’. Regional Champion bermakna bagi tempat-tempat yang telah dikenalpasti di luar negara, TNB mahu menjadi juara bilamana ada projek atau tender yang dikemukakan di tempat-tempat berkenaan. Tempat-tempat berkenaan itu di waktu ini  ialah seperti di negara-negara Pakistan, Arab Saudi dan negara-negara Afrika.

Dengan pencapaian DDRC ini, ianya bakal menyaksikan TNB terus relevan dan dapat terus memberi faedah kepada rakyat Malaysia amnya dan anggota kerja TNB khususnya.  Atas sebab itu, anggota kerja TNB mesti diprsiapkan dan mempersiapkan diri untuk menyahut cabaran DDRC ini.

Kesan Penjualan aset EDRA kepada Syarikat Luar kepada TNB.

Kesan ini ada baik dan buruknya. Kesan buruknya dan yang sangat jelas ialah ianya melambatkan usaha TNB mencapai DDRC. Ianya juga telah mengutarakan satu bentuk pertandingan yang sangat hebat kepada TNB baik dalam atau luar negara kerana syarikat yang memenangi aset EDRA ini bukan calang-calang kemampuannya.

Kesan baiknya pula ialah kegagalan ini sebenarnya membuatkan anggota kerja TNB tidak terus duduk dalam zon selesa (Itupun bergantung kepada cara pandang anggota kerja TNB berkenaan). Sudah jelas di masa depan TNB tidak akan terus memboloti bisnes pembekalan elektrik di dalam negara.


Segala inisiatif untuk menjadi TNB makin ‘BIG, FAST, SMART’ perlu dipercepatkan agar mampu bertanding dengan syarikat gergasi pembekalan elektrik dari seluruh dunia. Yang pastinya, kelewatan ini bakal menyaksikan TNB kian cepat menjadi tidak relevan!

Atas sebab itu segala inisiatif TNB masakini seperti seperti VUP. Pencarian '50 CEO', ‘Merger and Acquisition’ dan lain-lain lagi perlu sangat di beri perhatian dan disokong! 

Wednesday, December 2, 2015

Program Better.Brighter – Empat Renungan dan Gambaran Besar 1TNB (Siri 7)



Itulah dia empat renungan yang perlu kita benar-benar hayati yang bakal memudahkan kita berdepan dan melaksana perubahan. Empat Renungan ini bilamana menjadi mindset kita, ianya bakal menghindarkan diri kita terkena ‘Penyakit Bangau’.

‘Penyakit Bangau’ ini sebenarnya merupakan satu mindset yang sangat merbahaya. Seseorang yang terkena ‘Penyakit Bangau’ ini sentiasa suka memberi alasan mengapa beliau tidak melaksanakan sesuatu perkara yang patut beliau laksanakan.


Saya rasa, anda masih ingat cerita Bangau Oh Bangau yang selalu kita dengar semasa kita kecil-kecil dahulu. Kalau diperhatikan kata-kata dalam cerita itu, bangau suka sangat memberi alasan. Bila ditanya mengapa engkau kurus, jawab bangau, macam mana dia tak kurus sebab ikan tak mahu timbul. Bukankah ini alasan namanya?

Sudahnya jika dilihat dalam cerita selanjutnya, semua terkena ‘Penyakit Bangau’. Semua suka memberi alasan! Tetapi tidak kepada ular. Bila di Tanya kepada ular, mengapa engkau makan katak? Dijawab ular, itu makanan aku!. Ular dalam cerita ini tidak memberi alasan tetapi sebaliknya berterus terang memberitahu apa yang perlu dilakukan agar dirinya tidak lapar! Ular merupakan contoh terbaik mereka yang tetap pendiriannya!

Ringkasnya,

‘Penyakit Bangau’ – Sentiasa beri alasan mengapa tidak berusaha mencapai matlamat.
Tetap Pendirian – Sentiasa mencari jalan untuk berusaha mencapai matlamat.

Berikutnya, apa kata kita halakan mindset yang berdasarkan kepada empat renungan ini untuk mencapai ‘Gambaran Besar 1TNB’ seperti yang tertera di bawah ini? Pilihan Di Tangan Saya!


Berikut mari kita sama-sama fahami maksud ‘Gambaran Besar 1TNB’ ini dalam bahasa yang mudah. Bila kita bercakap dalam bahasa yang mudah, maka mudah kita fahami dan sudahnya mudah wujud niat untuk menyokong dan mendokong cerita yang terkandung dalam ‘Gambaran Besar 1TNB’ ini.

Ayuh!

Tuesday, December 1, 2015

Program Better.Brighter – Empat Renungan - Renungan Keempat - Perubahan (Siri 6)


Renungan Keempat: Perubahan

Sebut mengenai perubahan, kita biasa dengan satu maksud hadis yang berbunyi;

“Bagi setiap sesuatu yang hidup (yang ditolong), ada ganjarannya (bagi kamu).” Hadis dilapurkan oleh Bukhari dan Muslim.

Soalnya, ramai dari kita yang telah mendengar hadis ini tetapi berapa ramai di kalangan kita yang beramal dengan maksud hadis ini!

Sebut mengenai perubahan, saya suka menyentuh tentang satu konsep yang di beri nama Garisan Hidup seperti yang tertera di bawah ini;


Berdasarkan dari rajah Garisan Hidup ini, dapat kita simpulkan bahawa semua kita sebenarnya berjalan dan terus berjalan menuju titik akhir kita di atas mukabumi ini. Maka rugilah jika hidup seseorang itu tidak berubah.

Namun, kita lihat juga, ramai manusia yang tidak berubah bukan disebabkan mereka tidak mahu berubah. Semuanya gara-gara kenyatan di bawah ini;

“Ramai orang tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu berubah, tetapi mereka tidak nampak keperluan mengapa perlu  berubah dan tidak tahu bagaimana berubah.”

Ayat di atas sebenarnya menerangkan bahawa untuk berubah kita perlu jelas tentang dua persoalan iaitu WHY saya berubah dan HOW saya berubah. Jika kita perhatikan hidup manusia di atas mukabumi ini mengapa mereka susah untuk berubah adalah disebabkan ketidakupayaan mereka mencari jawapan kepada dua persoalan di atas. Fikirkan …

Lain orang lain kefahaman mereka tentang dua persoalan ini. Sudahnya itu yang kita ihat ada antara kita yang cepat melakakan perubahan, ada yang lambat melaksanakan perubahan dan ada yang sentiasa ‘blur’ dalam melaksanakan perubahan!

Bila bercakap mengenai perubahan, kita sebenarnya akan lebih peka dengan soal ini bilamana kita mengingat cerita ‘katak rebus’. Cerita katak rebus ini mengesahkan bagaimana seekor katak itu bila berada dalam satu air yang dipanaskan perlahan-lahan akan cuba terus kekal didalam air tersebut walau air itu bakal membunuhnya.

Ini berlaku disebabkan keselesaan katak tersebut dalam air itu membuatkan beliau alpa dengan keadaan sekelilingnya. Kita katakana katak itu di dalam Zon Selesa. Apa itu Zon Selesa?

Ianya merupakan satu tempat yang kita rasa selesa dan bila datang keperluan untuk berubah, kita rasa tidak perlu melakukan perubahan disebabkan keselesaan itu tadi. Namun jika kita tidak menyahut perubahan tersebut, kita sebenarnya akan mundur kebelakang dan akhirnya membawa kepada kehancuran kita. Bahaya zon selesa ialah ia tidak menyakitkan dan malah mungkin menyeronokkan.

Lawan Zon Selesa ialah Zon Tempur! Perbezaan antara dua zon ini ialah seperti rajah di bawah;


Bila sebut mengenai perubahan, satu perkara perlu kita renungkan. Semua orang merasakan           perubahan itu payah! Dalam kata lain, bukan anda seorang sahaja yang merasakan perubahan itu payah! Jadi, laksanakan perubahan tersebut sehingga terlaksana perubahan itu!

Akhir kata, bila bercakap mengenai perubahan, tanyakan pada diri. Adakah Aku ingin Berubah?

Hidup adalah satu permainan tentang perubahan. Tidak wujud berdiam diri dalam dunia ini. Tidak wujud berdiam diri dalam hidup ini. Aku tidak boleh berdiam diri selamanya! Aku samada bergerak ke depan atau ke belakang. Jika aku tidak berminat untuk bergerak ke depan, Aku semestinya sedang bergerak ke belakang! Aku akan berubah kerana itu tanggungjawab aku. Bukan tanggungjawab orang lain mengubah aku!

Sunday, November 29, 2015

Perjalanan Seorang Bakal Facilitator Better.Brighter



Malam tadi, aku sempat berbual dgn seorang manager dlm TNB ini. Sebelum ni dia ni telah sukarela tawarkan diri jadi part time facilitator program BB ini.

Masa mula2 aku kenal dia, aku pernah tanya dia mengapa nak jadi facilitator BB ni. Masa tu dia kata, dia tertarik dgn nama prog ni, tu sebab dia nak join. 

Masa tu aku senyum je.

Lepas dia hadir program BB kat PD utk para bakal faci baru BB, aku lihat dia mcm excited. Aku tanya lagi dia apa pendapat dia tentang BB. Kata dia masa tu, BB ni lainlah. Kalau tak dpt jadi facilitator BB pun, dia nak terapkan idea BB ni pada orang2nya sebab dia fikir idea BB ni mudah dan praktikal. 

Aku senyum je.

Kini selepas dua kali dia bawak BB secara live depan participants (syarat wajib utk dpt tauliah jadi faci BB), ni yang aku tanya dia mlm tadi ...

Apa tuan dpt dr BB?

Banyak! Yang paling penting idea2 ini bnyk bantu saya dlm kerja utk memimpin team saya dlm kerja saya. Tak macam sebelum ni, kini team saya lebih independent, lebih proaktif, lebih baik kerjasamanya dan lebih suka menyumbang!

Apa yang tuan buat sampai anak buah tuan boleh jadi begitu?

Secara santai, saya terapkan idea2 BB pd mereka setiap kali kami meeting.

Senang ke mereka faham?

So far, Alhamdulillah. Saya rasa mereka faham sebab mereka guna apa yg saya sampaikan tu dlm kerja mereka. Saya rasa lega sgt. Skrg baru saya ada masa utk merancang kerja dgn lebih baik ... kalau tidak asyik bnyk masa habis utk tangani perkara2 terdesak.

Aku tersenyum dengar cerita dia. 

Bukan apa, itulah yang aku hajati selama aku buat BB ni ... nak tengok ada seorang ketua satu unit dlm TNB ni berjaya apply idea BB ni dlm tugas mereka dan sudahnya mencapai matlamat kerja mereka.

Sudahnya, aku kata pada manager ni ... tuan dah lebih dari layak jadi facilitator BB ni. Tuan dah dapat tauliah jadi facilitator BB!


Program Better.Brighter – Empat Renungan - Renungan Ketiga - Hukum Memberi dan Menerima (Siri 5)


Renungan Ketiga: Hukum Memberi dan Menerima

Sudah lama kita hidup di atas mukabumi ini. Adakah kita memahami Hukum Memberi dan Menerima ini? Jika kita memahaminya, adakah ini telah menjadi amalan hidup kita?


Hukum ini secara asasnya menyatakan bahawa untuk menerima sesuatu kita perlu memberi dahulu. Tidak mungkin kita boleh menerima sesuatu sebelum kita memberi dahulu. Sebagai contoh, jika kita mahukan aman damai, kita perlu beri sangka baik dahulu. Jika kita mahukan pengalaman dalam tugas, kita perlu beri masa dan tenaga dalam tugas tersebut. Jika kita mahukan keredhaan Tuhan, kita perlu menuruti perintah Tuhan dahulu.

Jika kita mengamalkan hukum ini di dalam hidup kita, dengan izin Tuhan, memang banyak kejayaan yang kita raih dalam hidup ini tidak kira apa juga cabang hidup itu, baik dalam kerjaya, famili atau masyarakat. Cuba semak diri sendiri, adakah sebelum ini kita berjaya mencapai apa yang kita hajati? Jika ianya benar, sememangnya kita banyak memberi untuk mencapai apa yang kita hajati baik dari segi masa, tenaga mahupun wang ringgit.

Hukum ini, kita sedar atau tidak, kita faham atau tidak, tetap berlaku kepada diri kita. Itu sebab penting sangat kita memahaminya agar kita tidak dimakan ‘sumpah’ hukum ini. Sudah ramai manusia kecundang dalam hidup ini kerana cuai dengan hukum ini.

Satu perkara yang perlu kita jelas tentang hukum ini ialah hukum ini tidak pernah lupa. Hukum ini tetap akan kita terima padahnya walaupun masa telah berlalu. Mungkin minggu depan, mungkin bulan depan, mungkin tahun depan kita akan terima padahnya. Mungkin juga keturunan kita yang akan menerima balasannya atau mungkin kita akan terima di alam akhirat nanti. Apa pun kita tetap akan menerima balasan akibat apa yang kita beri sebelumnya!  


Sebagai contoh, dalam program Better.Brighter, kita telah dipertontonkan video cerita Dr. Prajak Arunthong. Moga-moga cerita Dr. tersebut menjadi peringatan untuk kita semua.

Dalam usaha kita di TNB untuk mentransformasi TNB ini agar mencapai hajat bersama kita iaitu DDRC, sangat penting kita memerhatikan hukum ini dalam segenap tindak tanduk kita semasa bertugas. Jika kita benar-benar mahu mencapai DDRC tersebut, inilah satu mindset yang perlu kita pegang dan dengan izin Tuhan, ini bakal membawa kita laju mencapai DDRC itu.

Moga-moga selepas ini kita diberi kesedaran dan kekuatan untuk mengamalkan hukum ini di dalam hidup kita.  
 

Monday, November 23, 2015

Program Better.Brighter: Empat Renungan - Renungan Kedua - Niat (Siri 4)


Renungan Kedua: Niat

Telah lama kita hidup. Apa yang kita faham tentang niat? Saya yakin lain orang lain erti mereka tentang niat. Tetapi dalam BB, niat diertikan sebagai;

NIAT + TINDAKAN = HASIL

Persamaan di atas bermaksud apa juga yang kita lakukan atas dunia ini semuanya bermula dengan niat. Sedar atau tidak sedar, faham atau tidak faham, semuanya bermula dengan niat. Niat menentukan corak tindakan kita. Mana mungkin tindakan kita berlawanan dengan niat kita! Fikirkan …

Sudahnya, dengan izin Tuhan, tindakan kita akan menghasilkan hasil yhang kita terima dalam hidup ini.

Seperkara lagi, berdasarkan persamaan di atas, dapat kita lihat dengan jelas bahawa kita mampu melihat niat kita di masa lepas dengan hanya melihat hasil yang kita terima sekarang. Siapa anda sekarang adalah sebenarnya niat anda di masa lalu!

Rumusannya, jika kita ingin hasil yang lebih baik di masa depan, perbetulkan niat kita!

Bila bercakap tentang niat, biasa kita dengar orang berkata, “Aku niat kerana Tuhan”. Apa yang anda faham tentang maksud ini. Sekali lagi, saya yakin, lain orang lain fahamnya. Soalnya adakah apa yang orang lain faham itu salah? Bagi BB semua jawaban itu betul kerana ianya melambangkan latarbelakang mereka sendiri.

Begitu juga BB, BB punya pandangannya tentang maksud niat kerana Tuhan ini. Bagi BB, ianya bermaksud;

Niat kerana Tuhan bermaksud kita berniat akan laksanakan segala aktiviti yang positif dengan terbaik tanda syukur kita kepada Tuhan yang telah dan akan memberi banyak nikmat yang tidak mampu kita balas.

Seperkara lagi, sebarang niat yang kita buat itu perlu dipastikan agar tindakan atau hasil kita itu nanti tidak melanggar perintah Tuhan dan tidak mengambil kepentingan orang lain. Jika ini kita perhatikan, dengan izin Tuhan, kita sentiasa dalam keredhaanNya.

Sekiranya, soal hubungan dengan Tuhan dan Manusia ini tidak diperhatikan, maka jadilah kita seperti golongan-golongan yang kita lihat dalam rajah di bawah.


Apa pun, jika kita benar-benar kita perhatikan dua perkara ini, maka mudahlah kita menjadi seorang yang berintegriti (cakap serupa bikin. bikin serupa cakap!) dan produktif atau berkat dalam hidup kita.

Saturday, November 21, 2015

Better.Brigter Setia kepada Anda


Perlaksanaan Program Better.Brighter anjuran Pusat Pembangunan Kepimpinan TNB (Leadership Development Center - LDC) telah masuk tahun ke tiga dalam menyediakan satu 'platform' untuk membantu para anggota kerja TNB melalui perubahan ke arah pencapaian Domestic Dominance, Regional Champion (DDRC).

Semenjak dimulakan, program ini telah dilaksanakan agar benar-benar sejajar dengan arah yang direncanakan oleh kepimpinan tertinggi TNB. Atas sebab itu, program ini sentiasa ditambahbaik dari masa ke semasa agar ianya tetap relevan.

Pendekatan utama program ini ialah menekankan soal mempengaruhi segala dimensi seorang manusia iaitu intelektual, emosional, spiritual dan fizikal. Diyakini, dengan pendekatan secara holistik ini, ianya bakal memudahkan untuk mempengaruhi anggota kerja TNB menerima perubahan dan melaksanakan perubahan.

Kata-kata dalam lagu berikut menggambarkan komitmen Program Better.Brighter kepada anggota kerja TNB. Renungkan ... 


video


Jom Better.Brighter Together!!!


Sunday, November 15, 2015

Program Better.Brighter – Empat Renungan - Renungan Pertama - Tiga Tanda Orang Bijak (Siri 3)


Better.Brighter menuntut perubahan dari semua anggota kerja bagi membantu TNB mencapai segala matlamat TNB yang telah ditetapkan. Untuk memudahkan anggota kerja TNB melalui satu perubahan, perkara asas yang perlu ada di kalangan anggota kerja TNB ialah satu mindset atau cara pandang yang bersesuaian.

Mindset ini sangat penting.

Mindset positif, Hasil positif.

Mindset negatif, Hasil negatif.

Satu perkara yang perlu kita fahami tentang mindset ini ialah bilamana kita melihat satu perkara itu, lain orang, lain fahamnya. Sudahnya apa yang difaham itu membentuk mindset seseorang itu.


Bagi mempengaruhi mindset ini agar ia mahu kepada perubahan, ianya perlu bermula dengan seseorang itu sedar tentang maksud hidup beliau dalam hidup ini. Maksud hidup ini bolehlah diterangkan berdasarkan rajah di bawah;



Berdasarkan rajah di atas, dapat dilihat bahawa hidup seorang manusia di atas dunia ini adalah umpama seorang pengembara. Memandangkan hidup beliau di atas mukabumi ini akan tamat satu masa nanti, maka semestinya hidup beliau di atas muka bumi perlu bermatlamatkan untuk mencari Keredhaan Tuhannya sebagai ‘passport’ untuk beliau hidup aman di alam-alam akan datang. (Sila faham erti matlamat ini berdasarkan kefahaman agama masing-masing).

Bertolak dari kesedaran di atas, seseorang yang jelas maksud hidupnya akan sentiasa ingin melakukan perubahan agar hidupnya tidak sia-sia. Secara asasnya, mereka yang tergolong dalam golongan ini mempunyai beberapa mindset yang disimpulkan dalam empat renungan di bawah; 



1- Tanda Orang Bijak
2 - Niat
3 - Hukum Memberi dan Menerima
4 - Perubahan

Mari sama-sama kita menghayati empat renungan ini. Moga-moga kita diberi kefahaman dan kekuatan untuk menjadikan empat renungan kita ini sebagai mindset kita.


Renungan Pertama: Tanda Orang Bijak

Bila di tanya tentang apakah tanda orang bijak itu, pasti lain orang lain jawabnya. Perbezaan jawaban ini terletak kepada pengalaman dan ilmu yang diperolehi masing-masing dalam hidupnya. Soalnya adakah sesiapa yang salah atau betul? Tidak! Kerana siapa kita untuk mempersoalkan jawaban masing-masing kerana itu adalah pengalaman dan ilmu yang diperolehi masing-masing dalam hidupnya!

Namun melalui program Better.Brighter ini, dibawa satu sudut pandang tentang apakah tanda-tanda orang bijak itu. Ada tiga tanda orang bijak iaitu;

1 - Bolehkah saya melayani diri sendiri?

Maksud tanda pertama ini ialah sekiranya kita gagal, mampukah kita ketawa dan pujuk diri sendiri sambil berkata ini semua pelajaran bagi kita. Sudahnya kita mampu bangun dan belajar dari kegagalan itu. Sebaliknya, jika kita berjaya mencapai satu kejayaan, mampukah kita untuk menangis sambil mengucapkan syukur kepada Tuhan?

2 - Bolehkah saya melayani orang lain?

Kita akan mampu melayani orang lain jika pada mulanya kita mampu layani diri sendiri! Fikirkan. Amalan yang dianjurkan oleh program Better.Brighter bagi mengamalkan tanda kedua orang bijak ini ialah dengan mengamalkan ‘Salam Semut’.

Ahli Sains yang mengkaji kelompok semut ini telah merumuskan bahawa amalan ‘salam’ yang dilakukan di kalangan semut ini adalah pencetus kerjasama yang hebat di kalangan kelompok semut. Salahkah kita belajar dari kelompok semut ini?

3 - Bolehkah saya melayani Idea Baru?

Selalunya kita memilih untuk melayani sebarang idea. Pilihan kita sangat kuat dipengauhi oleh siapa yang menyampaikan idea tersebut. Lagi tinggi status orang tersebut, lagi sudi kita melayani idea yang disampaikan. Fikirkan. Soalnya, perlukah begitu? Semestinya tidak!

Apa kata selepas ini, mari kita beri peluang kepada diri sendiri agar cuba memahami apa yang disampaikan oleh orang yang menyampaikan idea itu walaupun siapa juga beliau. Selepas kita memahaminya barulah kita membuat keputusan samada untuk menerima atau menolaknya.

Jangan Terima, Jangan Tolak tetapi Fikirkan samada idea ini mampu membawa saya mencapai apa yang dihajati.

Pilihan Di Tangan Saya! 

Wednesday, November 11, 2015

Program Better.Brighter - Apa itu Better.Brighter? (Siri 2)


Ianya merupakan satu slogan yang sedang digunapakai dalam TNB ketika ini. Slogan Better.Brighter ini merupakan janji TNB kepada pelanggan dan anggota kerjanya.


Sudahnya, apa makna Better.Brighter itu sendiri? Ianya ialah seperti apa yang tertulis dalam rajah di bawah;


Dari keterangan dalam rajah di atas, ianya ingin menjadikan kehidupan semua (pelanggan dan anggota kerja TNB) Better.Brighter dengan …

- memberi sinar kepada semua impian
 - memberi harapan baru untuk hari esok

… dengan membekalkan tenaga kepada setiap orang dan pada setiap hari.

Contoh kepada ‘memberi sinar kepada semua impian’ ialah dengan asbab membekalkan tenaga elektrik, ramai anak-anak yang sedang belajar dapat belajar dengan selesa bagi mencapai impian dalam pelajaran masing-masing.

Contoh kepada ‘memberi harapan baru untuk hari esok’ ialah dengan asbab membekalkan tenaga elektrik, ramai pesakit-pesakit yang sedang menjalani pembedahan di hospital mempunyai harapan untuk terus hidup.

Berdasarkan dua contoh di atas tentang impian dan harapan, saya yakin anda dapat memikirkan contoh-contoh lain. Sudahnya, bukankah tugas kita bersama TNB merupakan satu tugas yang sangat murni dan jika betul niatnya kerana Tuhan , kita bakal mendapat keredahaanNya.

Sebenarnya makna Better.Brighter ini sangat rapat dengan senikata lagu 'Sinar Menyinari' yang selalu diputarkan di serata TNB ini. Perhatikan apa maksud saya ini berdasarkan kepada rajah di bawah;


Berdasarkan kepada rajah di atas, bukankah setiap perenggan dalam lagu ‘Sinar Menyinari’ ini menerangkan secara tersurat mahupun secara tersirat makna kepada setiap ayat-ayat yang digariskan di dalam makna Better.Brighter itu?

Jadi diharapkan, selepas ini, bilamana kita menyanyikan lagu ‘Sinar Menyinari’ ini sebenarnya kita sedang mengulangkaji makna Better.Brighter itu sendiri. Moga-moga dengan kita sentiasa menyanyikan lagu ini, kita akan mendapat tenaga baru bagi merealisasi makna Better.Brighter ini.

Baru-baru ini, kita lihat perkataan Better.Brighter itu telah di tambah dengan perkataan Better.Brighter Together. Apa beza antara dua slogan ini?


Sebenarnya, slogan Better.Brighter dipakai di luar TNB iaitu semasa kita warga kerja TNB berhadapan dengan pelanggan TNB bagi mengingatkan kita warga kerja agar menyampaikan makna Better.Brighter kepada pelanggan TNB. Manakala slogan Better.Brighter Together dipakai di dalam TNB iaitu sesama anggota kerja TNB bagi mengingatkan sesama kita betapa pentingnya kita menuju kepada makna Better.Brighter itu bersama-sama.

Program Better.Brighter - Pengenalan (Siri 1)


Mulai artikel ini, saya akan menulis mengenai apa yang terkandung di dalam Program Better.Brighter (BB). Moga-moga sesiapa yang membaca artikel-artikel ini nanti mampu memahami maksud dan pendekatan Program BB ini, InsyaAllah.

Saya mulakan dengan mengapa program BB ini diwujudkan dengan menggunapakai kerangka SCIPAB (Situation + Complication + Impact + Position + Action + Benefit) …

Situation
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang melaksanakan Transformasi 1TNB bagi memastikan TNB terus relevan di mata pelanggannya serta pihak yang berkepentingan. Untuk itu, TNB telah menetapkan sasaran seperti terkandung dalam Domestic Dominance Regional Champion (DDRC). Manakala kayu ukur bagi menentukan samada DDRC ini tercapai adalah seperti yang terkandung dalam 6 Key Results Area (6KRA).

Complication 
Kejayaan pencapaian matlamat ini banyak bergantung kepada kesudian para anggota kerja TNB untuk  menyokong dan mendokong hasrat ini. Walaubagaimanapun, sebahagian besar warga kerja TNB kelihatan tidak mampu melakukan semua ini disebabkan wujudnya masalah ‘mind set’ anggota kerja TNB yang mudah berpuas hati dengan apa yang mereka telah perolehi.

Impact 
Sekiranya keadaan ini berleluasa, sudah pasti segala perancangan TNB untuk mencapai segala hasrat yang ada dalam Transformasi 1TNB ini tidak akan  tercapai. Ini sudahnya membawa ketidakupayaan TNB bagi memenuhi keperluan pelanggan dan pihak berkepentingan lalu membuatkan TNB tidak relevan lagi di mata mereka seperti yang dinyatakan di atas.


Position 
Berdasarkan kepada keperluan ini, Pusat Pembangunan Kepimpinan TNB telah menwujudkan satu program perubahan ‘mindset’ bertajuk Better.Brighter. Program Better.Brighter akan menekankan soal-soal berikut;

- ‘Gambaran Besar’ mengenai perkara yang perlu diberi penekanan dalam TNB di waktu ini.

- Kaedah bagaimana untuk melaksana pencapaian ‘Gambaran Besar’ ini secara individu atau berpasukan.

Action
Di atas sebab ini, setiap Unit Bisnes di dalam TNB dijemput untuk memahami dan mengamalkan pendekatan yang di bawa oleh Program Better.Brighter ini.

Benefit
Diyakini bilamana semua peringkat anggota kerja TNB itu benar-benar memahami dan mengambil tindakan terhadap kedua-dua soal ini, ianya akan mempengaruhi ‘mindset’ mereka untuk lebih positif lalu memudahkan mereka menyokong dan mendokong Transformasi 1TNB ini.

Sunday, November 1, 2015

The Travellers And The Monk Story



One day a traveller was walking along a road on his journey from one village to another. As he walked he noticed a monk tending the ground in the fields beside the road. 

The monk said "Good day" to the traveller, and the traveller nodded to the monk. The traveller then turned to the monk and said "Excuse me, do you mind if I ask you a question?".

"Not at all," replied the monk.

"I am travelling from the village in the mountains to the village in the valley and I was wondering if you knew what it is like in the village in the valley?"

"Tell me," said the monk, "What was your experience of the village in the mountains?"

"Dreadful," replied the traveller, "to be honest I am glad to be away from there. I found the people most unwelcoming. When I first arrived I was greeted coldly. I was never made to feel part of the village no matter how hard I tried. The villagers keep very much to themselves, they don't take kindly to strangers. So tell me, what can I expect in the village in the valley?"

"I am sorry to tell you," said the monk, "but I think your experience will be much the same there".

The traveller hung his head despondently and walked on.

A while later another traveller was journeying down the same road and he also came upon the monk.

"I'm going to the village in the valley," said the second traveller, "Do you know what it is like?"

"I do," replied the monk "But first tell me - where have you come from?"

"I've come from the village in the mountains."

"And how was that?"

"It was a wonderful experience. I would have stayed if I could but I am committed to travelling on. I felt as though I was a member of the family in the village. The elders gave me much advice, the children laughed and joked with me and people were generally kind and generous. I am sad to have left there. It will always hold special memories for me. And what of the village in the valley?" he asked again.

"I think you will find it much the same" replied the monk, "Good day to you".

"Good day and thank you," the traveller replied, smiled, and journeyed on.

What is the lesson learned?

The Piano Story



A mother wished to encourage her small girl's interest in the piano and so took her a local concert featuring an excellent pianist. In the entrance foyer the mother met an old friend and the two stopped to talk.

The little girl was keen to see inside the hall and so wandered off, unnoticed by her mother. The girl's mother became concerned when she entered the hall and could see no sign of her daughter.

Staff was notified and an announcement was made asking the audience to look out for the little lost girl. With the concert due to start, the little girl had still not been found. In preparation for the pianist's entrance, the curtains drew aside, to reveal the little girl sitting at the great piano, focused in concentration, quietly picking out the notes of 'Twinkle Twinkle Little Star'.

The audience's amusement turned to curiosity when the pianist entered the stage, walked up to the little girl, and said "Keep playing."

The pianist sat down beside her, listened for a few seconds, and whispered some more words of encouragement. He then began quietly to play a bass accompaniment, and then a few bars later reached around the little girl to add more accompaniment.

At the end of the impromptu performance the audience applauded loudly as the pianist took the little girl back to her seat to be reunited with her mother. The experience was inspirational for everyone, not least the small girl.

It takes just a few moments to make somebody's day, to help someone with their own personal aims and dreams - especially someone who looks up to you for encouragement and support.

Get in the Frontline Yourself



Close to a battlefield over 200 years ago a rider passes a group of exhausted soldiers who were digging themselves into an important defensive position. 

Noticing their section leader was mounted as well, and shouting orders at the men to work faster, dig deeper and threatening to whip anyone that didn’t complete their work within the hour.

Asked by the stranger, “If this is so important why are you not helping?” The section leader advised that he is in charge, and the men must do as he says. 

The section leaders exact comments where, “You should help them yourself if you feel so strongly about it.”

Much to the surprise of the section leader the stranger dismounted, and worked in the trenches, side by side with the men until the job was finished. 

Once the work was done he congratulated the men, and approached the puzzled section leader.

“Next time your rank prevents you from supporting your men, you are to notify top command and I will provide a more permanent solution,” said the stranger.

This lesson is a fantastic one for supervisors and leaders that you are coaching to help them – help their own teams. The ultimate goal is to realize that you’re only a true leader if you’re willing to do the work of your team without complaint, when they need you most.

This is what makes you a truly motivational leader

Friday, October 23, 2015

My Mom Only Had One Eye ...


My mom only had one eye. I hated her… She was such an embarrassment. She cooked for students and teachers to support the family.

There was this one day during elementary school where my mom came to say hello to me. I was so embarrassed.

How could she do this to me? I ignored her, threw her a hateful look and ran out. The next day at school one of my classmates said, “EEEE, your mom only has one eye!”

I wanted to bury myself. I also wanted my mom to just disappear. I confronted her that day and said, “If you’re only gonna make me a laughing stock, why don’t you just die?”

My mom did not respond … I didn’t even stop to think for a second about what I had said, because I was full of anger. I was oblivious to her feelings.

I wanted out of that house, and have nothing to do with her. So I studied real hard, got a chance to go abroad to study.

Then, I got married. I bought a house of my own. I had kids of my own. I was happy with my life, my kids and the comforts. Then one day, my Mother came to visit me. She hadn’t seen me in years and she didn’t even meet her grandchildren.

When she stood by the door, my children laughed at her, and I yelled at her for coming over uninvited. I screamed at her, “How dare you come to my house and scare my children! GET OUT OF HERE! NOW!!!”

And to this, my mother quietly answered, “Oh, I’m so sorry. I may have gotten the wrong address.” – and she disappeared out of sight.

One day, a letter regarding a school reunion came to my house. So I lied to my wife that I was going on a business trip. After the reunion, I went to the old shack just out of curiosity.

My neighbours said that she died. I did not shed a single tear. They handed me a letter that she had wanted me to have.


“My dearest son,

I think of you all the time. I’m sorry that I came to your house and scared your children.

I was so glad when I heard you were coming for the reunion. But I may not be able to even get out of bed to see you. I’m sorry that I was a constant embarrassment to you when you were growing up.

You see … when you were very little, you got into an accident, and lost your eye. As a mother, I couldn’t stand watching you having to grow up with one eye. So I gave you mine.

I was so proud of my son who was seeing a whole new world for me, in my place, with that eye.

With all my love to you,


Your Mother.