.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, January 27, 2015

Bersih Hati


Pada suatu petang seorang Datuk Bandar yang bijaksana benama Abu Rayyan berjalan-jalan melewati sebuah taman permainan kanak-kanak. Abu Rayyan menyamar dan berpakaian seperti orang kebanyakan untuk melihat suasana kehidupan penduduk bandar itu. 


Kelihatan seorang kanak-kanak sedang bermain sendirian di hujung taman tersebut. Abu Rayyan mendekati kanak-kanak tersebut dan bertanya,

“Wahai anak kecil, apa yang kamu sedang lakukan?”

Anak kecil itu mendongak ke arah Abu Rayyan dan berkata, “Lihatlah, saya sedang buat eksperimen dengan air.”

Abu Rayyan terdiam seketika dan kehairanan. Dia melihat kanak-kanak itu sedang menuang air yang jernih perlahan-lahan ke dalam sebuah botol yang berisi air yang keruh.

“Apa maksud kamu wahai anak kecil?” tanya Abu Rayyan sambil mencangkung di sebelah kanak-kanak kecil itu untuk melihat dengan lebih dekat. Abu Rayyan melihat air dalam botol itu melimpah-limpah keluar kerana ditambah dengan air yang jernih dalam kuantiti yang banyak.

Kanak-kanak itu menjawab,”Cuba lihat apa yang berlaku dengan air yang keruh ni apabila saya tuangkan air yang jernih perlahan-lahan?”

“Sudah tentu ia semakin jernih,” jawab Abu Rayyan dengan jujur.

“Ya, betul tu. Nampak tak air keruh itu dibersihkan oleh air yang jernih dengan cara melimpahkan kekeruhan keluar dari botol ini? Pada asalnya saya cuba membuang kekeruhan dengan cara menapis dan menguis air ini, tetapi prosesnya amat lambat dan susah untuk air menjadi 100% jernih. Saya lihat inilah cara paling cepat !” balas kanak-kanak itu dengan riang.

Abu Rayyan tersenyum melihat gelagat anak itu dan berkata, “Wahai anak kecil. Engkau telah memberi aku suatu pengajaran. Benarlah kata orang, untuk membersihkan hati yang kotor, manusia perlu membuang kekotoran itu dengan melimpahkannya keluar. 

Cara untuk melimpahkannya keluar adalah dengan mengisi hati dengan sebanyak-banyak kebaikan iaitu bertaubat bersungguh sungguh, banyak bersedekah dan beramal. Dengan itu, pasti hati  menjadi bersih. Engkau memang anak yang pintar.”

No comments:

Post a Comment