.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, January 6, 2015

Cerita Di Airport


Petang kelmarin, aku pergi menghantar anak aku, Soraya ke Subang Airport untuk beliau pulang ke Kubang Kerian. Sementara menunggu sampai waktu penerbangan, aku bawa Soraya pergi minum di salah satu café di Airport Subang ini.


Aku lihat Soraya semacam stress dengan apa yang bakal dilalui dalam pelajaran beliau. Macam-macam yang diadukan pada aku. Risau tentang tugasan. Risau tentang patient. Risau tentang kawan. Dan macam-macam risau lagi yang dinyatakannya.

Aku mesti lakukan sesuatu agar beliau tenteram. Apa yang aku nak cakapkan dalam masa yang dah suntuk itu? Fikir punya fikir ini yang aku katakan pada Soraya petang semalam.

Hidup ini banyak  bergantung kepada cara pandang kita terhadap apa yang berlaku terhadap kita. Dari cara pandang itulah datangnya samada kita stress atau bahagia. Sudahnya cara pandang yang bagaimana harus kita utamakan agar kita sentiasa terasa bahagia?

Tak kisah lah siapa kita, samada kita seorang doktor, jurutera atau seorang penyapu jalanan, jika kita merasakan apa yang terjadi adalah hasil daripada tindakan kita samada perkara baik atau sebaliknya, pasti kita akan merasa tertekan. Kita merasakan kitalah yang bertanggungjawab di atas kenapa perkara itu terjadi. Ini bukan bermakna kita mahu lari dari tanggungjawab.

Sepatutnya, kita mesti berkeyakinan penuh setiap apa yang terjadi itu adalah ketentuan Tuhan. Baik bagi apa juga hasil yang kita terima. Tugas kita pada setiap ketika ialah memastikan kita beri yang terbaik dari diri kita. After all, bukankah lagi banyak kita memberi, lagi banyak akan terima dalam hidup ini. Hukum Memberi dan Menerima.

Sekiranya hasilnya baik, perbanyakkan syukur. Jika hasilnya tidak baik, cuba pelajari apa perkara yang boleh kita lakukan bagi menambahbaik perkara tersebut. Dengan cara itu kita mampu lihat perkara yang tidak baik itu sebagai peluang terbaik untuk mempelajari suatu yang baru dari perkara tersebut.

Tapi adat kita manusia, semestinya kita tidak dapat lari dari rasa frust bila sesuatu itu tidak berlaku sebagaimana hajat kita. Kalau jika mahu frust, frust lah! Tapi frust ini perlu ada jangkamasanya. Bila tamat jangkamasa itu, bangun semula dan perbaikilah keadaan.

Kenapa? Kerana hidup ini sementara dan masa kita atas dunia im kian lama kian singkat. Semestinya masa yang ada itu perlu dimenafaat sebaik mungkin. Hidup umpama satu pengembaraan. Pengembaraan itu mesti ada titik hujungnya dan apa yang mahu dicapai dihujung titik itu.

Dan semestinya matlamat hujung titik pengembaraan bernama 'Hidup' ini ialah mendapat keredhaan Tuhan. Ini tiket kita untuk hidup bahagia di alam alam akan datang. Untuk itu ingat diri lagi dan lagi agar segala tindak tanduk kita atas mukabumi ini menjurus kepada maksud hidup ini. (Keredhaan Tuhan). Apa pun .., Pilihan Di Tangan Saya! Semestinya kita mesti bertanggungjawab dan dipertanggungjawab atas segala apa yang kita pilih.  


Aku lihat Soraya semacam terkesan. Dia menangis. Aku tanya mengapa? Kata Soraya, dia rasa teruja dan dia mahu beri yang terbaik dalam hidup. Aku senyum sambil high five dengan Soraya. Tak lama kemudian panggilan untuk penerbangan beliau kedengaran. Soraya hugs aku dan beredar lalu hilang dari pandangan aku.

May Allah bless Soraya and her siblings. Ameen.

No comments:

Post a Comment