.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, January 1, 2015

Welcome 2015


Selamat Tahun Baru 2015.


Moga-moga tahun baru ini lebih baik ceritanya dari tahun sebelum ini.

Secara peribadi saya mengharapkan hidup saya lebih baik dari sebelum ini. Saya akan berusaha lebih giat untuk meningkatkan produktiviti diri. Moga-moga segala perancangan dan usaha ini semua akan membawa berkat dan rahmat dalam hidup ini.

Bagi orang-orang yang terdekat, saya doakan agar mereka terus sukses dalam hidup. Sentiasa dalam lindunganNya. Moga ceria dan moga tercapai segala matlamat yang telah ditetapkan.

Namun ada satu hajat besar saya tahun ini. Itulah apa yang ingin saya capai melalui program Better.Brighter itu. Saya bertekad dan akan berusaha sedaya mungkin bagi menyaksikan program ini bakal menjadi satu program yang terulung dalam Tenaga Nasional Berhad (TNB). Saya mahu menyaksikan anggota kerja TNB benar-benar teruja dengan tugas mereka dan sudahnya mencapai matlamat masing-masing baik secara individu maupun secara berpasukan.

Untuk persiapan ini, minggu-minggu terakhir tahun lepas telah saya gunakan bagi mempermantapkan program Better.Brighter ini.

Telah saya usahakan agar isi kandungan Better.Brighter ini utuh strukturnya, mudah untuk difahami dan jelas untuk dipraktikkan.

Disamping itu, bagi memastikan penerimaan peserta terhadap program Better.Brighter ini, telah saya wujudkan 'work book' program ini. Saya menjangka ini akan meningkatkan konsentrasi peserta sepanjang program ini.

Disamping itu, bagi memastikan diri saya benar-benar utuh dan fokus dalam membawakan program ini, akan saya amalkan empat tonggak amalan fasilitator yang telah dianjurkan oleh Arbinger. Empat tonggak itu ialah seperti berikut;

1) Saya bukan guru kepada peserta program Better.Brighter ini. Tugas saya hanyalah untuk menyediakan satu suasana yang terbaik bagi peserta itu menerima idea-idea dalam Better.Brighter ini. Dalam kata lain saya sedaya mungkin akan cuba mempengaruhi fikiran, perasaan, pilihan dan tindakan para peserta.

2) Saya akan cuba memahami segala konsep dalam Better.Brighter yang akan saya sampaikan kepada para peserta melalui satu cara pandang baru atau memahami dengan lebih mendalam.

3) Saya akan melihat kehebatan setiap para peserta kerana setiap dari mereka berpontensi besar akan memberi saya ilmu dan pengalaman baru.

4) Saya akan sentiasa berusaha sedaya mingkin untuk membina komuniti dalam usaha untuk memahami dan mengamal kandungan program Better.Brighter ini. Kenapa? Kerana setiap manusia itu akan lebih mudah belajar dan mengamal sesuatu idea itu jika melibatkan orang yang dekat dengan diri masing-masing. (Saya teringat cerita belajar menunggang basikal yang saya kongsikan pada Hj K petang semalam :) )

Berbekalkan persiapan di atas serta gandingan bersama para fasilitator-fasilitator lain, saya harap dan saya doa agar hajat ini tercapai.

Ya Tuhan, berkati dan rahmati usaha ini dan hidup saya untuk tahun ini.

Ameen.

No comments:

Post a Comment