.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, February 15, 2015

Kisah Nelayan


Suatu hari, seorang usahawan sedang berkelah bersama keluarganya di sebuah kampung nelayan. Dia merasa terganggu apabila melihat seorang nelayan sedang berehat-rehat di bawah pohon kelapa.


“Pakcik, kenapa pakcik tidak turun ke laut?”

“Pakcik sudah turun ke laut semalamdan pakcik perlu beristirehat.”

“Kalau pakcik turun ke laut lagi, pakcik akan dapat menangkap banyak ikan.”

“Lalu … ?”

“Pakcik boleh mengumpulkan wang untuk membeli sebuah perahu.”

“Lalu … ?”

“Dengan perahu itu, pakcik tak perlu lagi menyerahkan sebahagian pendapatan pakcik kepada tuan punya perahu.”

“Lalu … ?”

“Pakcik boleh mengumpulkan banyak wang untuk membeli perahu kedua …”

“Lalu … ?”

“Dengan dua perahu, pakcik boleh mengumpulkan banyak wang dan seterusnya pakcik boleh membeli perahuketiga, keempat dan seterusnya …”

“Lalu … ?”

“Jika perahu pakcik sudah banyak, pakcik boleh menyewakan perahu pakcik kepada nelayan-nelayan lain sehingga pakcik tidak perlu lagi turun ke laut …”

“Lalu … ?”

“Pakcik boleh hidup tenang dan bersantai sepanjang masa …”

Nelayan itu tersenyum laluberkata, “Menurut Encik, apa yang Pakcik tengah buat sekarang?”

PENGAJARAN:

Nasihat usahawan itu baik tetapi apayang dilakukan oleh nelayan tersebut juga mengajar kita satu hal iaitu HIDUP PERLU SEIMBANG.

Kita perlu secara sengaja berhenti sejenak dari kerja keras dan rutin seharian kita untuk menikmati segarnya rumput-rumput yang hijau, kicauan burung di udara dan harumnya mawaryang sedang mekar.

No comments:

Post a Comment