.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, April 26, 2015

Kisah Dua Beg Kain


Alkisah, ada seorang yang sangat bahagia dan tenang di dalam hidupnya. Orang tersebut mempunyai dua beg kain. Pada beg kain yang satu terdapat lubang di bawahnya, tapi pada beg kain yang satu lagi tidak terdapat lubang.


Segala sesuatu yang menyakitkan yang pernah didengarnya seperti makian & sindiran, ditulisnya di sebuah kertas, digulung kecil, kemudian dimasukkannya ke dalam beg kain yang berlubang.

Tetapi semua yang indah, benar, dan bermanfaat, ditulisnya di sebuah kertas kemudian dimasukkannya ke dalam beg kain yang tidak ada lubangnya.

Pada malam hari, ia mengeluarkan semua yang ada di dalam beg kain yang tidak berlubang, membacanya, dan menikmati hal-hal indah yang sudah diperolehnya sepanjang hari itu. Dan dia mengucap syukur berulang kali atas kasih sayang dan kebahagiaan yang telah Tuhan anugerahkan kepadanya.

Kemudian ia mengeluarkan isi dari beg kain yangberlubang, tetapi ia tidak menjumpai apa-apa pun. Maka ia pun tertawa dan tetap bersukacita kerana tidak ada sesuatu yang dapat merosak hati dan jiwanya.

Sahabat ... Itulah yang seharusnya kita lakukan. Menyimpan semua yang baik di “beg kain yang tidak berlubang”, sehingga tiada satupun yang baik hilang dari hidup kita.

Sebaliknya, simpanlah semua yang buruk di “beg kain yang berlubang”. Maka yang buruk itu akan jatuh dan tidak perlu kita ingat lagi.

Namun sayang sekali ... masih ramai orang yang melakukan perkara sebaliknya!

Mereka menyimpan semua yang baik di “beg kain yang berlubang”, dan apa yang tidak baik di “beg kain yang tidak berlubang” (seperti memelihara fikiran-fikiran jahat dan segala sesuatu yang menyakitkan hati). Maka, jiwanya menjadi tertekan dan tidak ada ghairah dalam menjalani hidup.

Oleh kerana itu, agar mampu menikmati kehidupan yang bahagia dan tenang, elak menyimpan apa yang tidak baik di dalam hidup kita (Tahukah Anda: sakit hati, iri hati, dendam, dan kemarahan juga mampu menyebabkan penyakit serius bahkan kematian?).

Mari mencuba, menyimpan hanya yang baik dan bermanfaat buat kita semua. Semoga hidup kita sentiasa Sejahtera Bahagia Kaya!

No comments:

Post a Comment