.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, May 4, 2015

'70 20 10' Part 1


Aku selalu mendengar rungutan dari pemimpin sesuatu organisasi itu mengenai ketidakupayaan sesuatu seminar atau latihan terutamanya di dalam bidang transformasi sikap atau peningkatan produktiviti di dalam mengubah cara kerja anggota kerja mereka.


“Argghhh … latihan sebegini selalu buang duit sahaja. Tahanlah seminggu, selepas itu balik cerita lama!”

Sudahnya, ramai yang merasakan seminar atau latihan sebegini membuang masa dan sudahnya ramai yang memandang sepi terhadap seminar atau latihan sebegini. Walaupun begitu, masih ramai pemimpin organisasi merasakan mereka mesti melakukan sesuatu untuk meningkatkan sikap positif dan produktiviti anggota kerja mereka tetapi masih-masih tercari-cari apakah pendekatan yang terbaik untuk melakukan ini semua.


Itulah, semasa aku menghadiri satu persidangan HAPUA di MERALCO POWER Academy, Manila beberapa bulan lepas, aku terserempak dengan satu idea yang dinamakan ‘70 20 10’. Pertama kali aku diperkenalkan dengan idea ini, aku jadi betul-betul amat teruja kerana inilah pendekatan yang aku cari selama ini bagi menangani cabaran yang dinyatakan di atas.

Memang aku cuba hadam sebanyak mungkin apa yang dikongsi di dalam persidangan ini baik dari segi teori, pengamalan dan pengalaman idea ini. Sudahnya bila aku pulang dari persidangan ini, aku cuba ‘adopt and adapt’ idea ini di dalam seminar yang aku laksanakan. Jadi, apa sebenarnya dimaksudkan dengan ’70 20 10’ itu?


Nombor –nombor ini sebenarnya mewakili peratusan dari sumber yang perlu diperuntukkan dalam melaksana sesuatu inisiatif yang diingini oleh sesuatu organisasi tersebut.

10 – 10% daripada sumber perlu diperuntukkan di dalam menyampaikan idea yang mahu dilaksanakan kepada participants di dalam bilik kelas seperti seminar, bengkel dan latihan.

20 – 20% daripada sumber perlu diperuntukkan di dalam membimbing participants menggunakan idea-idea yang diperolehi dari bilik kelas (10%) seperti coaching dan mentoring yang dilaksanakan sendiri oleh Immediate Manager mereka.

70 - 70% daripada sumber perlu diperuntukkan di dalam membantu participants mempraktikkan apa yang diperolehi di dalam kelas (10%) di dalam tugas masing-masing seperti melalui perlaksanaan projek, perkongsian pengalaman, perbincangan penambahbaikan,  ‘shadowing’ dan sebagainya.

Yang menariknya konsep ‘70 20 10’ ini ialah penekanan sangat diberatkan di dalam menentukan bagaimana setiap inisiatif yang dilakukan melalui konsep ‘70 20 10’ ini mesti dijuruskan bagi membantu pencapaian pelan strategik organisasi. Jika tidak, bak kata orang Manila itu, ini bakal mengakibatkan kebocoran sumber organisasi.


Apa yang jelas pada aku ialah melalui kaedah ini, segala ilmu yang diperoleh di dalam kelas itu tidak akan tamat bilamana kelas itu tamat. Malah ianya akan dipraktikkan di tempat kerja dengan sokongan dan bimbingan daripada para Immediate Manager participants sendiri.

Make sense bukan? Tetapi apa yang diterangkan di atas masih bersifat am. Apa yang diterangkan di atas perlu diterangkan dengan lebih spesifik bagi membantu semua pihak jelas apa yang patut dilaksanakan. Berikut adalah cubaan aku untuk menspesifikkan idea ’70 20 10’ di atas.

1 comment:

  1. Penilaian tahap tiga terlaksana menerusi 10/20/70. Tq Tuan Mior.

    ReplyDelete