.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, May 4, 2015

'70 20 10' Part 2



Pertama sekali (10), segala training yang dibuat perlu dijelaskan bagaimana ianya membantu  pencapaian pelan strategik organisasi. Apa yang dimaksudkan ialah soal 5W + 1H mengenai training itu perlu dijelaskan sejelas-jelasnya.  5W + 1H ini mengandungi …

What – Apakah ilmu atau kemahiran yang akan disampaikan dalam training tersebut.
Why – Mengapakah training itu perlu terutama dalam hubungannya dengan pelan strategik.
Where – Dimanakah ilmu dan kemahiran ini perlu disalurkan.
Who – Siapakah yang terlibat dengan ilmu dan kemahiran dalam training ini.
When – Bilakah ilmu dan kemahiran harus digunakan di dalam tugas.
How – Bagaimanakah perlaksanaan ilmu dan kemahiran ini di dalam tugas.

Kedua (20), para Immediate Managers bagi participants yang menghadiri training dalam kelas itu perlu mempunyai idea yang disampaikan didalam kelas itu sekurang-kurangnya secara am dan mesti mempunyai keupayaan untuk melaksanakan coaching atau mentoring.

Sebut perkataan coaching atau mentoring , mungkin ada yang terfikir mengenai perbelanjaan yang besar bagi membina skill coaching dan mentoring. Namun sebagai permulaan, cukup bagi para Immediate Managers ini menggunakan 5W + 1H di atas sebagai panduan dalam melaksanakan coaching dan mentoring.

Yang penting, melalui sessi coaching dan mentoring itu, wujud komunikasi dua hala antara participants dan Immediate Manager mereka agar para participants itu mendapat sokongan dan bimbingan sekiranya berlaku sebarang masalah dan cabaran dalam mengamalkan apa yang diperolehi di dalam bilik kelas.

Ketiga (70), para participants yang menghadiri latihan di dalam kelas itu perlu mengamalkan idea-idea dalam latihan tersebut di dalam tugas mereka. Pengamalan ini perlu dibuat secara berkumpulan dan secara individu.

Pengamalan secara Berkumpulan

Pengamalan secara berkumpulan ialah dengan mengadakan satu projek bagi mencapai sesuatu hajat dalam tugas dengan menggunakan idea-idea dari bilik kelas. Sebelum projek itu  dilaksanakan, dua perkara perlu jelas antara ahli kumpulan. Ianya ialah perkara WHY projek itu dilaksanakan dan HOW projek itu dilaksanakan.

WHY projek itu dilaksanakan harus menuruti langkah-langkah berikut;

Langkah 1: Apakah projek yang boleh dilakukan oleh kumpulan bagi memudahkan pelanggan kumpulan melaksana tugas/tanggugjawab mereka?

Langkah 2: Projek itu perlu bertujuan seperti berikut bagi mencapai maksud langkah 1 di atas;

        menwujudkan satu perkara baru.
        menghapus satu perkara sedia ada.
        menambahbaik satu perkara sedia ada.
        mengurangkan satu perkara sedia ada.

Nota: Projek itu mesti dalam bidang kuasa kumpulan.


HOW projek itu dilaksanakan harus menuruti langkah-langkah berikut;


Pengamalan secara Individu

Pengamalan secara individu ialah dengan melaksanakan ‘Packaging Expertise’ untuk diri participants itu. ‘Packaging Expertise’ bermaksud para participants itu secara individu berusaha untuk membina kepakaran dalam diri sendiri berdasarkan kepada pengalaman mengamal idea-idea yang diperolehi di dalam bilik kelas. Bentuk kepakaran ini boleh di bentuk kepada 5 bentuk utama iaitu;

·         Sijil
·         Produk
·         Lesen sebagai Pemberi Servis
·         Lesen sebagai Perunding
·         Modul Seminar

Sebelum sesuatu ‘Packaging Expertise’  itu  dilaksanakan, dua perkara perlu jelas di dalam diri seseorang individu itu. Ianya ialah perkara WHY ‘Packaging Expertise’ itu dilaksanakan dan HOW ‘Packaging Expertise’ itu akan dilaksanakan.

WHY ‘Packaging Expertise’ itu dilaksanakan,  gunakan alat ‘S.W.O.T.’ seperti dibawah;



HOW ‘Packaging Expertise’ itu dilaksanakan,  gunakan alat ‘P.D.C.A.’ seperti dibawah;



Kesimpulannya, itulah dia cerita ‘70 20 10’ secara terperinci. Saya yakin inilah pendekatannya yang perlu kita laksanakan jika kita mahu lihat sesuatu training itu diamalkan oleh participants. Mungkin ada yang merungut kaedah ini bakal memakan masa dan kemungkinan pihak pengurusan atasan ‘tidak sabar’ untuk melihat hasil yang diingini.


Tetapi saya teringat kata-kata Adrian, kawan saya dari Manila yang berkongsi idea ini dengan saya. Katanya, mulakan dengan kecil-kecilan dahulu dan bila ianya mula menunjukkan hasil, baru para pengurusan atasan mula nampak keberhasilannya. Juga elak guna ‘jargon  70 20 10’ ini sebab itu akan membuat pihak atasan beranggapan bahawa adakah ini satu lagi ‘flavour of the month’.

Nota: Saya sedang berusaha untuk mengaplikasi pendekatan ini di di dalam seminar ‘Better’Brighter’. So far so good. 

No comments:

Post a Comment