.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, May 3, 2015

Bab Syukur


Dalam Better.Brighter, aku selalu berbicara mengenai syukur. Aku selalu teringat kata-kata bilamana tiada syukur dalam diri, mana mungkin aku punya kekuatan untuk laksana sesuatu perkara itu.

Maka pagi ini, aku ingin renungi sebentar tentang perkataan syukur ini. Bukan apa, sekadar mahu bina kekuatan dalam diri aku semula.


Aku tertarik dengan satu sketsa yang dipersembahkan oleh Bro Fauzul Naim bila bercakap mengenai samada dalam hidup ini kita lebih fokus kepada perkara positif atau negatif. Beliau telah meminta seorang participant untuk  berdiri disampingnya. Selepas itu, beliau memberi pandangan negatif tentang participant itu.

Kemudian beliau berhenti seketika dan lantas memberitahu participants bahawa beliau juga mampu memberi pandangan positif pula kepada participant yang sama. Lalu mengutarakan pandangan positif beliau terhadap participant tersebut.  Ini membuktikan bahawa kita berkuasa terhadap cara pandang kita.

Kenapa aku bercakap hal fokus ini dalam bab syukur ini? Ini adalah kerana, jika kita ingin wujudkan rasa syukur dalam diri, kita harus fokus melihat apa yang berlaku disekeliling kita dari sudut pandang yang positif. Baru senang timbul rasa syukur dalam diri! Setuju?

Contoh?

Pada ketika ini, aku sebok laksana program Better.Brighter. Boleh dikatakan setiap minggu, ada saja program yang harus aku sampaikan. Kadang-kadang gayat juga sebab mampukah aku laksana program ini sebab almaklumlah aku makin tua dan bukan makin muda.

Sebut erti letih memang letih. Setiap kali habis program, aku rasakan diri aku macam kain buruk. Kenapa? Aku tired giler. Berdengung kepala. Rumah aku sekarang boleh dikatakan bilik-bilik hotel. Aku dah tak larat nak makan yang disaji di hotel sebab itu kadang kala aku bawa spare maggi untuk hilangkan rasa monotonous makanan aku itu.

Itulah yang aku rasakan jika aku tumpukan apa yang aku laksanakan sekarang dari sudut pandang yang negatif. Namun aku juga mampu lihat apa yang aku laksanakan ini dari sudut pandang yang positif. Ikuti cara pandang berikut …

Sebenarnya, ketika ini aku sedang hidup seperti yang pernah aku impikan 10 tahun dahulu. Masa itu aku impikan agar aku mampu buat seminar ini sepenuh masa. Aku impikan masa itu agar masyarakat mahu menerima konsep-konsep yang ada dalam Better.Brighter ini seperti Stick Person, SWOT dan lain-lain lagi.

Aku lihat program yang sedang aku bawakan ini tidak putus-putus permintaannya dan jika ikut teori jadual yang disusun, dua tahun lagi pun tak habis! Ramai yang mahukan mereka didahulukan dalam menerima idea-idea program ini. Bukankah ini satu kerumitan yang mampu buat aku tersenyum?

Malah, program yang sedang aku bawakan ini melebihi dari jangkaan awal aku. Aku lihat, program ini bukan semata-mata satu program dalam bilik kelas tetapi kini program ini juga punya program susulan yang mantap dan praktikal. Ringkasnya kini program ini boleh di kategorikan sebagai program Transformasi Diri dan Organisasi!

Kini, aku juga berpeluang mengenali mereka-mereka yang hebat dalam bidang yang aku ceburi ini. Baik dari kalangan participants mahupun rakan facilitators yang lain. Melalui mereka, mesti aku katakan aku belajar banyak perkara baru yang tidak aku impikan selama ini.

Last but not least, melalui penglibatan ini, aku juga kini berpeluang bersemuka dengan ilmu-ilmu dari seminar-seminar mahupun buku-buku yang telah aku temui. Terkumpul di depan aku, satu kumpulan ilmu dan pengalaman yang cukup mahal harganya dan sememangnya harganya mahal.

Bak kata seorang GM HR dalam TNB baru-baru ini, nilaian ilmu yang diberi kepada seseorang itu melalui program Better.Brighter ini bukan sahaja bernilai ribuan ringgit malah tiada siapa di luar sana mampu berkongsi idea ini sebegini rupa. Perggghhhh …!


Akhir kata, aku mahu pilih sudut pandang negatif atau positif? Of course, aku mahu pilih sudut pandang yang positif sebab aku mahu timbulkan rasa syukur dalam diri dan seterusnya punya kekuatan dalam diri untuk teruskan apa yang aku amat minati ini.

PILIHAN DI TANGAN AKU! 

No comments:

Post a Comment