.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, May 17, 2015

Manusia - Satu Cara Pandang


Selama kita hidup, bagaimanakah kita cara kita pandang manusia itu?

Adakah dalam hidup ini kita mampu pandang manusia itu dengan menghargai Fikiran, Perasaan, Pilihan dan Tindakan mereka walaupun ianya berbeza dengan Fikiran, Perasaan, Pilihan dan Tindakan kita sendiri?

Jika itu mampu kita laksanakan, kata pengkaji manusia, itulah caranya bagaimana kita pandang manusia lain maupun diri kita sendiri benar-benar sebagai manusia.

Apa kata cuba anda hargai Fikiran, Perasaan, Pilihan dan Tindakan manusia-manusia dalam video di bawah ini.


video


Apa pengalaman anda setelah mencuba syor saya di atas? Anda rasa lebih mengenali mereka? 

Ramai manusia pandang manusia lain atau diri sendiri hanya sebagai benda. Bak kata Arbinger Institute, kita pandang manusia sebagai benda bilamana, manusia lain atau diri sendiri itu hanyalah sebagai ...

Batu Loncatan untuk capai hajat saya
Batu Penghalang untuk capai hajat saya
Tidak relevan dalam hidup kita

Moga info di atas buat anda berfikir apa makna manusia lain atau diri anda sendiri kepada anda. Moga info ini dapat bantu anda bina hidup yang Sejahtera Bahagia Kaya, Dunia Akhirat. :)

No comments:

Post a Comment