.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, June 9, 2015

20 Cara Untuk Mulai Mencintai Diri Anda - Part 2



11. Jujur pada diri sendiri.

Jangan mengatakan ya bila bererti tidak, begitu juga sebaliknya. Dengarkan perasaan anda. Apa yang ia katakan dan apakah anda menghormatinya? Jujur pada diri sendiri adalah cara untuk menghargai diri sendiri.

12. Minta bantuan orang lain ketika menghadapi hal-hal sulit.

Anda tidak harus melalui masa-masa sulit dengan bersendirian. Ini tidak  bererti mengasihani diri sendiri. Meminta bantuan adalah tanda kekuatan bukan kelemahan.

13. Bersyukurlah!

Pada akhir hari, bersyukur atas semua yang anda miliki. Syukur adalah cara paling pantas untuk membalikkan keadaan. Hal ini juga akan membuka jalan untuk hal-hal yang lebih indah masuk ke dalam hidup anda.

14. Temukan cara untuk menjadi kreatif.

Kreativi adalah luahan diri. Hal ini boleh datang dalam segala bentuk; tarian, yoga, berjalan, menulis, melukis, atau bermain dengan anak-anak. Anda memiliki cara unik untuk meluahkan keindahan anda.

15. Maafkan diri anda.

Semua orang pernah melakukan sesuatu yang membuat mereka merasa tidak selesa atau malu. Ketika itu telah dilakukan, maka sudah tidak dapat diubah, namun itu tidak bererti anda harus membawanya kemanapun dan selamanya. Biarkan saja! Itu sudah berakhir!

16. Belajarlah untuk menerima semua perasaan dan suasana hati.

Anda adalah manusia dan hal-hal pasti berubah. Inilah realiti kehidupan anda untuk menjadi bahagia setiap saat, setiap hari. Beri diri anda waktu istirahat sejenak dan terima semua emosi anda. Emosi berubah sepanjang waktu.

17. Keluar dari zon selesa anda.

Ketika anda mencuba sesuatu dimana anda rasa takut atau tidak yakin dan kemudian Berjaya mencapainya, maka anda akan mengalami satu perasaan yang amat hebat. Mencuba hal-hal baru akan menjaga kehidupan dari hal-hal yang membosankan. Ambil beberapa risiko dan lihat apa yang anda temui mengenai diri anda.

18. Bersabar dan konsisten.

Mencintai diri adalah sebuah proses yang perkembangan diri dan terlasksana secara berterusan. Hal ini memerlukan latihan. Berbaik hatilah dan penuh kasih kepada diri sendiri kerana anda adalah makhluk yang luar biasa.

19. Bersenang-senanglah!

Keluarlah dan bersenang-senanglah. Jangan menahan diri, biarkan diri anda yang unik meledak dan nikmati kehidupan anda yang luar biasa.


20. Apa yang akan anda tambahkan pada senarai ini?

No comments:

Post a Comment