.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, June 5, 2015

Antara Dosa dan Rasa Tenteram


Suatu hari ada tiga orang adik beradik sedang bermain dengan burung-burung yang baru mereka beli. Mereka mengikatkan tali ke kaki burung-burung tersebut dan ketika burung itu terbang mereka menarik tali tersebut, sehingga burung tersebut tidak dapat terbang dengan bebas. Mereka sangat gembira bermain dengan burung tersebut, kerana mereka boleh menerbangkan kemudian menarik kembali burung tersebut, sehingga burung tersebut tidak terlepas dari mereka.


Akhirnya burung pertama menjadi lemah kerana terus ditarik oleh adik beradik tersebut. Burung tersebut kelelahan dan tidak mampu terbang lagi. Adik beradik tersebut menjadi marah kemudian mereka mengangkat tali yang terikat di burung tersebut lalu menendang burung tersebut berulang-ulang. Akhirnya burung tersebut menjadi semakin lemah.

Burung kedua yang dipegang oleh adik beradik yang lain berjaya melepaskan diri kemudian terbang ke pokok. Hal itu berlaku disebabkan anak tersebut tidak terlalu kuat memegang talinya. Burung tersebut terbang ke pokok, tetapi tidak mampu terbang lagi kerana tali yang terikat di kaki burung tersebut tersangkut di pokok tersebut.

Anak tersebut menjadi kecewa sehingga dia berusaha menangkap burung tersebut, tetapi tidak mampu kerana anak tersebut tidak boleh memanjat pokok tersebut. Adik beradik yang lain berusaha membantunya, tetapi tidak berjaya juga.

Kerana terlalu asyik melihat burung saudaranya yang terbang ke pokok, adik beradik yang ketiga tidak menyedari ada seekor kucing sedang mengintai burung kepunyaanya. Ketika anak itu lalai, kucing tersebut menerkam burung kepunyaannya. Anak tersebut tersedar lalu dia mencuba menarik burung tersebut, akibatnya terjadi saling tarik sehingga kaki burung tersebut terputus, dan kucing tersebut membawa lari burung tersebut.

Apa yang dapat kita pelajari dari kejadian tersebut?


Begitu juga dengan hidup kita jika kita masih terikat dengan dosa, kita akan seperti ketiga-tiga burung tersebut. Pertama, hidup kita menjadi penuh dengan kelelahan, kesesakan, down, dan tidak mempunyai harapan. Kedua, hidup kita tidak akan terbebas, kerana kemana pun kita mencuba untuk pergi, hidup kita tidak akan merasa kebebasan, kerana masih ada dosa yang mengikat kita. Dan yang ketiga, jika kita masih terikat dengan dosa, kita akan mati binasa dengan dosa tersebut.

Segeralah lepaskan diri kita dari terikat kepada dosa agar hidup kita sentiasa rasa tenteram.

No comments:

Post a Comment