.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, June 5, 2015

Cicit dan Cuit


Dua ekor burung bernama Cicit dan Cuit memutuskan untuk membuat sarang pada cabang-cabang pohon cemara. Hari demi hari mereka mencari rumput kering dengan menyepit rumput-rumput itu di paruh, mereka menghantarnya ke cabang pokok cemara.


Kedua-dua burung itu bekerja keras, mematuk, menarik, dan merangkai. Tak lama kemudian terciptalah sebuah sarang yang cukup besar dan nyaman. Di situlah mereka tinggal selama berbulan-bulan. Mereka tidur, bercanda, bahkan bertelur di sarang itu, sehingga rasanya sarang itu sudah menjadi sebahagian daripada hidup mereka.

Suatu hari seorang petani menebang pokok cemara tersebut. Kedua burung yang sudah berbulan-bulan lamanya tinggal di pohon itu terpaksa terbang meninggalkan sarang mereka. Beberapa butir telur menggelunsur dari sarang burung-burung itu dan akhirnya pecah. Tak jauh dari situ, sambil bertenggek di sebuah rantai kering, Cicit dan Cuit melihat semua yang terjadi.

Cicit berkata sambil menangis : "Oh sarangku, oh telurku ... aku sudah kehilangan segalanya, di mana lagi akan kudapatkan pokok cemara yang kukuh untuk membina sarangku." Cicit nampak sangat bersedih dan ia terus menangis sepanjang hari. Melihat kesedihan temannya, Cuit berusaha menghibur kawannya; "Tenanglah kawan, tak perlu risau. Kita masih boleh mencari tempat lain dan kita akan membina sarang yang baru di sana."

Namun, Cicit terus meratapi nasibnya dan tidak mahu berganjak dari ranting kering di mana ia bertenggek. Merasa sia-sia memujuk temannya, Cuit meninggalkan Cicit dan terbang mencari pohon lain di mana ia boleh membina sarang yang baru. Sedangkan Cicit masih tetap bertenggek di ranting kering sambil meratapi nasibnya.

Panas, hujan, dan angin datang silih berganti, tetapi Cicit tetap tinggal di ranting kering dalam kesedihan. Lama-kelamaan kerana tidak mempedulikan dengan dirinya, Cicit mati di ranting kering itu. Berbeza dengan nasib Cicit, Cuit yang memutuskan untuk pergi mencari pohon lain kini sudah bertemu tempat tinggal yang baru. Ia membina sarangnya di sebuah pohon beringin yang sangat rendang dan kukuh serta bertelur dan beranak pinak di sana.

Kehidupan tidak pernah menjanjikan sesuatu yang abadi. Banyak hal yang dapat berubah dan tidak berjalan seperti yang kita harapkan. Janganlah terperangkap dalam kesedihan dan penyesalan kerana kenangan indah atau kejayaan yang pernah kita raih. Tuhan mengajar kita untuk mampu menghadapi segala situasi dan keluar sebagai juara. Jangan meratap ketika "sarang" kita dibongkar.

Percayalah bahwa pertolongan Tuhan sentiasa terhulur dan siap mengangkat kita kembali. Tidak ada kekalahan bagi orang yang menaruh harapan serta percaya kepada Tuhan. Ketika "sarang"nya dibongkar, ia akan terbang mencari tempat lain dan membina "sarang" baru yang lebih baik.


Jika anda mahu tahu bagaimana menjadi juara dalam hidup ini, sertailah program ‘Budaya Juara’. Apa-apa hubungi saya.

No comments:

Post a Comment