.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, June 5, 2015

Pokok


Dalam satu perjalanan se orang ayah dengan anak lelakinya, mereka bertemu dengan sebatang pokok tinggi yang menarik untuk mereka bincangkan. Kedua-duanya pun berhenti di bawah pokok yang rendang itu.


“Anakku,” ucap sang ayah tiba-tiba. Anak usia belasan tahun ini pun menatap wajah ayahnya. Dengan sapaan seperti itu, sang anak faham bahawa ayahnya bakal mengucapkan sesuatu yang penting.

“Apakah pelajaran yang boleh kau dapati dari sebuah pokok?” tanya sang ayah sambil tangan kanannya memegang batang pokok tersebut.

“Pada pandangan saya, pokok mampu dijadikan tempat berteduh yang nyaman, tempat penyimpanan air yang bersih, dan dapat menyejukkan cuaca panas.” jawab sang anak sambil matanya menantikan sebuah kepastian dari ayahnya.

“Bagus,” jawab spontan sang ayah. “Tapi, ada hal lain yang menarik untuk kita semak dari sebuah pokok,” tambah sang ayah sambil tiba-tiba wajahnya mendongak ke hujung dahan pokok yang paling tinggi.

“Perhatikan hujung pokok ini.  Semuanya tegak lurus ke arah yang sama. Walaupun ia berada di tanah yang bercerun, pokok akan memaksa dirinya untuk tetap lurus menatap cahaya,” jelas sang ayah.

“Anakku,” ucap sang ayah sambil tiba-tiba tangan kanannya memegang bahu anak lelakinya. “Jadikan dirimu seperti pokok, walau keadaan apa pun, tetap lurus mengikuti cahaya kebenaran,” ungkap sang ayah dengan penuh bermakna.

Keadaan tanah kehidupan yang kita pijak saat ini, kadang kala tidak berada pada hamparan luas yang datar. Selalu saja ada keadaan tidak seperti yang kita inginkan. Ada tebing yang curam, ada cerun yang melelahkan, ada cerun landai yang melenakan, dan ada lubang-lubang yang muncul di luar dugaan.

Pokok-pokok, seperti yang diucapkan sang ayah kepada anak lelakinya, selalu memposisikan diri untuk kukuh tegak lurus mengikuti sumber cahaya kebenaran. Walaupun berada di tebing ancaman, tanjakan hambatan, turunan godaan, dan lubang jebakan.

“Jadikan dirimu seperti pokok, walau keadaan apa pun, tetap lurus mengikuti cahaya kebenaran.”

Sahabat, Jadikan dirimu seperti pokok, walau keadaan apa pun, tetap lurus mengikuti cahaya kebenaran,” Siapapun Anda, Bagaimanapun Anda, dan Dimanapun Anda... tetap dan ikutilah cahaya lurus kebenaran... kerana jika tidak, anda akan tersesat dalam kegelapan. Dan ila terperangkap dalam gelap, jangan mengutuki kegelapan, tapi nyalakanlah cahaya walaupun dengan sebatang lilin ...

No comments:

Post a Comment